nuffnang

Monday, June 18, 2012

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum.
Mati itu pasti?
yes! hidup umpama roda. adakala di bawah dan di atas. so belum pasti lagi kemana kita.
tapi
yang pasti kita semua akan mati.

mimpi ngeri malam tadi.
mimpi maa meninggal. sedih. dalam mimpi tu teresak-esak saya menangis.
menangis.
menangis dan terus menangis.
saya mahu memandikan maa saya. kata2 dalam mimpi itu.

sehingga terjaga dari tidur. air mata mengalir.
"maa.." menitiskan air mata.

pagi2. msg maa .
"salam maa. maa buat apa?"

"salam, maa baru buat solat dhuha. ida exam hari ini kan?"

saya tak balas. menitiskan air mata di hadapan buku project management.

handphone SE kedengaran lagu "ruang rindu" maa call!

"hello assalamualaikum. awak exam pukul berapa?" kedengaran suara maa.

"waalaikumussalam. tak. ida tak exam pun hari ini. Esok baru ada paper. doakan ida ok."

bla.. bla. bla..banyak dibualkan.

"maa.." saya memangil. saya tahu suara saya mula menahan sebak. 
tapi cuba untuk mengawalnya. 
cuba mengawal sampai maa tidak mengendahkan panggilan saya itu.

sekali lagi. "maa..." air mata mula menitis.
"iye.. " suara maa kedengaran ceria.

"maa.. tadi ida mimpi maa meninggal." air mata laju mengalir dari pipi.

maa terdiam seketika.
dan bersuara "mati itu pasti ida."

tapi ida sedih dengan mimpi tu.
"mimpi mainan tidur." kata maa.

sedih. :(

maa ubah topik perbualan.
maa rancak bercakap.
sedang saya. 
masih dalam sedih.

"tak apa lah maa, ida nak sambung study."

selepas memberi salam.

saya memandang kedua gambar desktop backgroud laptop.
gambar maa dan abah.
sekali lagi saya mengalirkan air mata.

saya tak nak kehilangan maa setelah 10 tahun kehilangan abah.
iye. 20/6 nie genap 10 thun abah pergi tinggal kami.
tapi sikit pun saya tak pernah lupa saat terakhir saya mencium dahi abah sebelum kain kafan menutup muka.

"ya ALLAH. saya tahu mati itu pasti. saya mohon ya ALLAH. Panjang umur ibuku.. supaya saya dapat membalas jasanya. berbakti padanya."

dalam minggu nie. maa menyatakan hasratnya utk ke tanah suci. "Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ibuku.. dan permudahkanlah."

2 comments:

mrS pinu said...

ya..mati itu pasti..tapi kita sebgia mnusia yg ada perasaan akan sedih bila saat tu tiba pada org yg kita syg...tapi sebgai mnusia yg dikurniakan iman kita boleh berdoa semoga pnjg umo semuanya..tapi bila saat mati tiba..semoga semuanya dipermudahkan...dan semoga ma mu dipermudahkan nak g mekah..aminnn

IdaRaida said...

iye mrs pinu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...