nuffnang

Sunday, August 5, 2012

Tips hilangkan rasa marah

Hye. Assalamualaikum.
memang ta dinafikan lagi semua org pun ada sifat marah.
Tapi yang membezakan pemarah dengan penyabar adalah cara.
Cara utk mengatasi marah.

Astagfirullahalazim…
Ya Allah berikan aku kesabaran. Jangan biarkan marah itu mengatasi segalanya.

Bila marah. macam2 boleh berlaku.
Hilang kawalan.
Hilang pertimbangan.
Tanpa fikirkan perasaan org len.
Bila saya marah. saya jadi jahat. mungkin! :(


cara-cara menghilangkan marah dalam Islam :

1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita.

Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.

“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.

Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.

Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.

Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.

Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.

Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

credit to : INFONEWBIE

Saturday, August 4, 2012

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum.
lama kot ta update.
almaklum sibuk berniaga sekarang.
wah! gaya macam org lama berbisnes jep. hehehehe.

lama jugak la berbisnes. bisnes topup! hahaha. itu time kat U je la.
tp klu ikutkan lama gak la kan. dari diploma sampai ke degree. uihh lama gak. hahhaa

eh ta nak cakap sal bisnes topup la.

nak story sal bisnes di bulan Ramadhan nie.
 :)

"untung ler ada bisnes" kata dia.

"ala boleh la nak bagi sorg anak buah tuh duit rayo.." kata saya.

sepanjang puasa nie hari-hari kena buat karipap tamosa. 
kuih batik.[biskut marie tuh] saya panggil kuih batik.hehehe

Alhamdulillah!

ta penat sangat pun.
lagi seronok ada.:)

pagi buat kuih, ptg berniaga. malam ke terawih. ha makanya sebab itu lah jarang online.

apa2pun! 
selamat menjalani ibadah buasa dengan sebaiknya ok!
kerana bulan Ramadhan kian hampir meninggalkan kita.
ntah tahun depan sempat kita berjumpa dengan bulan Ramadhan atau tidak.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...