nuffnang

Sunday, December 14, 2014

Hadiah Perkahwinan

walaupuan terlewat 2 bulan, tp ia masih segar diingatanku. wah! gitu.

Hadiah Perkahwinan
utk genap sebulan perkahwinan kami
12/09/2014 Ikatan Suci disatukan
12/10/2014 ku hadiahkan kepada mereka2 tersayang.

yeahhh..
Alhamdulillah,

Hadiah utk diri sendiri
kerana berjaya memilik segulung ijazah,
sedaya upaya berusaha nak siapkan assignment last minute. hahahaha
menangis sambil siapkan final project..
berusaha setiap kali final exam...
wah! bangga dengan diri sendiri bila ingat sem awal masa mula masuk U.. menangis je nak behenti belajar.
yeahh! yeah! berjaya juga akhirnyaaaaa.. Alhamdulillah.
ini semua
Hadiah utk Maa Tersayang juga,
sebab sepanjang belajar,
maa bagi seluruh semangat doa dan keyakinan utk anak maa nie berjaya menamatkan degree.
Alhamdulillah.
Thanks sebab maa bagi Ida kahwin dulu sebelum memegang ijazah
Dan Ijazah ini ku hadiahkan juga pada suamiku tercinta
thanks dear suami ku,
sebab berjaya curi hatiku dan melamarku pada waktu yang tepat...
eh tepat tak tepat sgt lah, dapat tentangan juga sbb belum habis study kan...
dan alhamdulillah sbb menjadi insan yang memahami.

Hadiah utk adik beradik tersayang
sebab menjadi semangat, kekuatan, jatuh bangun saya thanks!

Thanks
kawan-kawan UTHM yang bersama dalam berusaha utk memiliki Ijazah
yeah!! Alhamdulillah.

Now, dah genap 3 bulan perkahwinan kami
so en.Suami bagi peluang utk sambung Master.
inshaaAllah jika murah rezeki utk sambung.
yes i will..



with Mun & Nisa :) ex-housemate

Para isteri menerima Ijazah Sarjana Muda..
eh2 sorang je masih single but not available.

menuju puncak...sebelum pulang jubah

penerima Ijazah atas kejayaan menyatukan kami :) yeah. Alhamdulillah

only u.. one & one. i love u maa

Kami syg maa

sebelum masuk dewan.

berarak masuk ke dewan ..welfie jap

Yeah keluar dewan, saya pesan siap2...saya tak nak bunga sebab nak hadiah lain. so Maa hadiahkan Big Froggy yeah! i love it.

Yeah. I love u Dear.

menunggu masuk ke dewan

kami ex-dip selepas 3thn terima diploma, kini Ijazah Sarjana Muda milik kami.

my adik-adik kesayangan.

Thursday, December 11, 2014

R.I.N.D.U

Rindu
itu
yang 
mampu
seorg 
isteri
luahkan
setiap 
hari
by
mesej
call
or
wassapp


selebihnya
ku
hanya
mampu
mendoakanmu
dalam
setiap
baris
ucapan
doaku.

semoga
Allah
Sentiasa
menjaga
melindungi
menyayangi
mu, suamiku.
yang
jauh
di mata
dan
tetap
dekat
di hatiku

Sunday, November 16, 2014

Part 3 : Sambut Menantu

18/09/2014


Jadi warga Kg. Limbat.

lepas family balik,
airmata mengalir. Sedih.
seolah-olah family dah tinggal saya. hahahahha

En.Suami memujuk.. "dah2 jgn nangis, kesat airmata..kita keluar.. ramai tetamu kat luar.."

Perasaan tu nervous sebab first time kat rumah mertua.
macam nak control je semua. hahahahha. control Ayu. hahahaha.

Masa kat dapur, seronok dengar diorang cakap kelantan..laju sgt...hihiiihi
diorang hidang makan desert ramai2...
belum sempat makan. Mek (mak mertua) panggil sebab tetamu datang nak jumpa pengantin..
masa tu duk terfikir... mesti habis sagu berkuah nie.. tak dan dah saya nak makan..hahahaha

tengah dengar mek berbual dengan tetamu, ku disisi mek hanya menjawab apa org tanya ha...
nak tanya pun mcm tak ada idea nak bertanya... jawab apa org tanya je.. hehehe..
dan sy sentiasa tersenyum.. sampai ada sorg nie cakap... "manis dia,senyum je.." hahhahaha
dah takkan nak masam kan? heheheh

pastu encik suami datang duduk sebelah.
bisik kat en.suami "awk, sy teringin nak makan yg diorang makan..."
"diorang makan apa?" suami tanya...
"ala.diorang tengah makan kat dapur tu.."
encik suami pun ke dapur.... tlg simpankan. hihihihi

lepas tetamu balik,
saya ke dapur.. encik suami keluarkan sagu dari freeze.
Waaaaaaaaa bestnya makan sejuk2.
kami makan sama-sama. :)
rasa dia kan! mabelessssssssssssss. Sedap sangat!!

So sepanjang 4hari di kelantan.
saya dan suamii djemput ke rumah saudara mara encik suami.
banyak dapat kain batik...:) Alhamdulillah rezeki.

saya happy sebab keluarga mertua baik sangat.. peramah... so saya tak la segan sangat kan.


Saya lah pilih outdoor kat sawah.. hihiiiihihi. suka :)

Part 2 : Kita Raja Sehari

Kita Raja Sehari,
dan Kau adalah selamanya menjadi Raja dalam hatiku.. perrhhh ayat. hihihhihi

13/9/2014
Berpakaian purple silver. 
Krim coklat utk outdoor….hensemnya suamiku. Opps maaf.
apa yg saya kepohkan tu..encik suami cool je muka :)


Fiya & Faiz

My Cousin - sign guestbook d.i.y by me 

deco by Sheela Persona Andaman

hantaran belah lelaki

kak Nad & Pokcik :)

Outdoor


Subhanallah.
Saya dan Liza adalah manusia yang terlalu excited. hihihihihi. Liza, my classmate juga merasa apa saya rasa..dia pun jadi raja sehariJ kami share hari bahagia bersama. 

Alhamdulillah.Semoga berbahagia liza hingga ke syurga.
Majlis berjalan dengan lancar.
Sebelum outdoor kawan2 tak putus2 datang…… masa pergi outdoor pun kawan still datang dan terpaksa tunggu sampai kami habis outdoor. 
Thanks Ina dan Haziq sbb tunggu dan dtg wlupun jauh2.
Thanks Naz, roomate sem 4 & 5 dan adik-adiknya sampai jugak rumah ida. maaf sebab tak sempat sgt nak layan sebab time tu nak pergi outdoor.

Thanks Ain & family… jauhdtg..siap sesat2 lagi….asalnya Ain jadi pengapit..tp Ain sampai lewat.. 
Thanks Fiya & Faiz.. for 3D photo.. sebab dtg jauh2 dari Melaka..
Thanks kak Nad & suami..sebab jadi wakil kawan-kawan UTHM J
Thanks Wan & boyfriend. Thanks Apih & Qamar...jauh kot perjalanan mereka nak sampai sini.. 
Thanks Bos& kawan2 office. thanks pekerja2..
Thanks kawan-kawan Kg..
 Thanks semuanya!
Thanks utk hadiah semua tu... thanks pada yang pos hadiah jugakkkk...
Semoga Allah saja yang balas.

Dan big thanks pada keluarga mertua, sebab jauh2 perjalanan dari Kelantan utk menyatukan cinta kami. Thanks  jugak pada jiran tertangga yg bersusah payah dalam bertungkus lumus utk menjadikan majlis perkahwinan saya dan pasangan berjalan dengan lancar.
dan special thanks pada en. suami utk menjadi Imam dlm solatkuJ

okay bye. 
Doakan perkahwinan dan ikatan ini bahagia hingga kesyurga. 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… semua ALLAH punya. Semoga perkahwinan ini menjadi suatu yg lebih indah dalam menjadikan ALLAH adalah no.1 dalam semua hal.J


Part 1 : Aku Terima Nikah

Auw... 2bulan lebih jadi wife, baru ada masa update blog.. hihiihi. time free boleh la kan

Hari Bersejarah
12/09/2014

Ku memilih dan terpilih.
Kau dipilih dan terpilih.

Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah…
Bersyukur kepada Allah sebab hadirkan seorang suami seperti dia..

Selesai lafaz akad nikah.
dan saya sah menjadi miliknya…



airmata ini tak laju utk mengalir…
maa di sisi, nampak kesedihan di wajahnya bercampur gembira.

namun hati ini tetap kuat.. airmata tak mengalir di hari aku patut rasa gembira.
airmata dah kering utkmengalir..…

hanya senyuman perlu saya ukirkan.. depan suami, family & family baru... yeah! 
senyuman kegembiraan.

Seminggu terakhir sebelum status anak dara maa bertukar ke status isteri Mr.AA,
bangun je pagi…. hati ini resah gelisah. dan sepanjang seminggu itulah air mata mengalir… tak reti nak explain macam mana.. tapi ia rasa sebak…
kadang-kadang time subuh, kadang time maghrib dan kadang-kadang time nak tidur. dan itu kot alasan kenapa saya tak menangis masa lafaz akad nikah itu sah menandakan saya sah menjadi isteri kepada Mr. AA.

Allah berikan kekuatan pada sy.
selesai akad nikah,
suamiku solat sunat, pembatalan air sembahyang dan sesi bergambar.
dan last sekali makan. hahahaha. yeah pengantin hanya makan nasi+kuahsup+ikankering. lauk dah habisssssss sebab terlalu syok sgt bergambar.. hihihihihi. 

yelah dah halal kau! hihihi opsss.

Pastukan part paling best.... bila dia dah nakbalik.. 
kami kan tak biasa lagi dengan status suami isteri.. 
dia ckp.. “sybalikdulu..” 
sy plak.. eh awk…”salam..” sambil bisik. hhahahahaha malu sgt. 
saya hulur tangan, kami bersalaman cium tangan pipi dan dahi.. tanpa hiraukan mata memandang.
ah!solehahnya rasa. hahahah..tp memang niat dalam hati nak jd isteri cerdik & solehah

Alhamdulillah, perasaan itu tak reti nak jelaskan mcm mana tapi dalam mesej, dalam call kami asyik ucap “terima kasih awk ..bla..bla...bla.......semoga bla..bla..bla.."

so
malam itu tidurku lena....
sebab penat bergambar. yeah! 


thanks ALLAH hadirkan dia utk saya.


Monday, October 20, 2014

Part 3 : Perfect Love

sambungan Part 1 ,Part 2

Masa raya Haji, dia menyatakan lagi hasrat utk meminang...
hurm.. "Sabar sikit boleh tak? tak reti nak cakap mcm mana dengan maa." keluhku.
sbb terlalu malu or takut ke mcm mana ntah...
tapi atas pertolongan dari Allah..dengan solat hajat.
ku mempunyai kekuatan utk bersuara... " maa, azli nak masuk meminang.." kataku
maa diam seribu bahasa.

ku tak ingat mcm mana.. tp ku ingat kata-kata yg keluar dr mulut maa..
"Habiskan belajar dulu, lepas tu dia boleh masuk mintak."

Masa tu tgh praktikal...
hurmmm...tak reti nak cakap...tap susah hati sbb maa mcm tak bagi "takkan xnk kerja?"
so dalam setiap doaku, ku doa moga dimurah rezeki utk dpt kerja lepas habis belajar..
27/12/2014 tamat lah latihan industri.
so permulaan nya kami nak buat time cuti sekolah bulan 3 rasanya...
tp plan maa lagi best! hihhihih
"buat time raya cina la 31/1/2014.." majlis pertunangan kami dpercepatkan

bahagia itu ada pada hati.
dan bahagia itu adalah suatu ketenangan.
kata org dugaan bertunang kuat.
Alhamdulillah kami sama-sama hadapi.


lebih kurang 8bulan kami ikat.
dan akhirnya dsatukan pd 12/9/2014 Sweet September.
Alhamdulillah..alhamdulliah..
nikmat lepas berkahwin jauh lebih indah..:)

terima kasih

Part 1 lepas nie as a wife :)

Tuesday, June 17, 2014

Part 2 : Pertama kalinya

Assalamualaikum

sambungan part 1 :)

Okay lepas bagi peluang, bukan mudah sebenarnya nak sayangkan seseorg yang pada mulanya kita tak suka (memandangkan dah syg, xsesuai guna ayat benci mcm dlm part 1) hahahahahaha..
okay pada org yg kita tak suka, sesuai kan?

kadang2 terfikir, "aku tersilap bagi peluang ke..."
dalam tersilap2 tu..
Dia balik semenanjung.
jadi utk pertama kalinya......
dia jumpa saya, awin, maa & family.

Allahuakbar.
perasaan yang dulu pernah ada perasaan tak suka, totally remove! hahahaha.
bila tengok dia kan.
jujur lah, saya jatuh cinta.
lepas bawa jumpa maa.. bukan saya je jatuh cinta.. maa pun. hahahahaha.
lepas jumpa saya, maa & adik2  hantar dia naik bas plak.. sebab kampung dia kat kelantan. :)
*bakal jadi menantu ore kelate*

nampak tak kesungguhan dia??
dari Kuching ke KL.. dari KL - Batu Pahat..
dari Batu Pahat.. jumpa family..:)

Alhamdulillah, utk pertama kalinya...
saya dilamar..:)

tak reti la nak explain. tapi memang happy sgt..

Lepas tu bulan berganti bulan,
tiba masa berpuasa.. tiba masa raya..

untuk pertama kalinya lagi jumpa family dia.
dia bawa Mek dia, adik dia, kakak dia & abg ipar dia ke rumah.
maybe nak tunjuk kat family dia.... saya calonnnya... hahahahhahahahahahah *perasan jap*

Malu sangat malu sangat!

Lepas je dua keluarga berjumpa.
lagi sekali utk pertama kali dalam hidup..... "Bila kita nak ikat?"
time nie, tuhan je tahu mcm mana nak cakap kat maa.
sebab saya masih belajar.. huhuuhuhu.
kami plan slow2 utk aturkan semua tu tanpa pengetahuan maa.. sbb saya tak ready nak mintak izin.
saya takut...
tapi dalam masa sama banyak mintak pendapat kawan.. Fiya, Awin, Mek, Der, Dieb & Kak nad.
Mereka banyak bagi nasihat..
Alhamdulillah..

okay part 3 kisah seterusnya..
tak ada sebuah cerita yang tak hadapi masalah..
dugaan memantang :)

bersambung.......................

Friday, June 13, 2014

Patah tumbuh, hilang berganti :)

Assalamualaikum,
balik keje, saya terus bukak blog & nak update.

okay. 16/06/2014 im officially staff :) Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
tp dalam setiap rezeki Allah bagi..
ada juga datangnya dugaan dan cabaran.

actually pada 12/5 saya dah start keje kat firma akaun
hanya untuk DUA HARI sahaja.
memang plan dalam 2hari tu nak berhenti sebaaaaaaaaaaaaabbbbbbbb
stress sangat. hahahaha. maybe siapa2 yang rasa dunia akaun nie best, bagus lah.
pada saya kalau saya tak suka sesuatu or tak dapat go through. baik kita stop sebelum melarat.
hahahaha.
1st day kerja, tak payah cakap. Naik je kereta.. airmata laju mengalirrrrrrrrrr.. perh ~_~
2nd day pun sama...~_~

Apa yang saya suka bila saya mengadu pada maa, bila kita cakap "maa, ida tak mampu dah stress sangat..macam tak boleh nak kerja je.."
Jawapan maa tak menghampakan.. "Ida, berhenti lah anta notis 24jam.Balik duk rumah,tunggu mana-mana kerja. InshaaAllah ada rezeki lain..jangan paksa diri."

_sebenarnya,saya dah lama tinggal dunia akaun. so bayangkan lah saya kena hadap akaun. hurm. Mula2 positifkan diri. Tp bila positifkan diri im still weak. so habis positifkan diri dah.

so submit resign letter by faks.

Bila dah resign, Allah berikan rezeki lain. Betul kata maa.. tak sampai sebulan duduk rumah.

19/05 bermula lah kerja baru.
dan 16/06 im officially staff.
Alhamdulillah. bersyukur sgt.
Dalam seminggu kerja..dapat interview lagi.. saya tolak offer utk pg interview atas sebab2 tertentu.

thanks, InshaaALLAH saya nak kutip pengalaman kat sini.:)
rezeki anak2 hahahahahha.



Thursday, June 12, 2014

Part 1 : Benci Jadi Sayang


saya sayang dia kerana ALLAH

saya tak boleh explain macam mana perasaan tu,
maybe org yang sama situasi mcm saya akan rasa & faham apa yang saya cuba sampaikan. :-p

okay, sejujurnya masa 1st time saya kenal dia. Saya dah pandang dia buruk or konon2 alim la mcm tu.
Tapi mungkin sebab Allah tak nak bagi saya perasaan sayang pada masa tu. 2009 masa tu.

moment yang saya ingat..
" Zuraidah mana ye?" dia mesej, maybe selepas lama sangat no.hp saya dalam hp dia.
yes.. saya yang mesej dia dulu.. "salam, pengerusi.. saya Siti Zuraidah bagitahu cik lecturer saya & jusmaniza tak masuk kelas hari nie sebab ada anugerah ketua jabatan"

Dia just balas.. "wsalam, okay."

selepas berbulan2 no.hp saya dalam hp dia.. dia boleh tanya "Zuraidah mana ye??"
then saya balas. "saya ahli kelab kaunseling dulu, saya kenal awak & maybe awak xkenal saya.. so tak perlu save no.saya.."

mesej saya tak berbalas.
so hari2 berganti hari..
dalam sebulan mesti ada 1mesej keagamaan.. keagamaan ke??
ala yang lebih kurang macam ni la.."wanita solehah..bla.bla..bla.." mesej yang diforwardkan kpd kawan2 tu.
ha saya salah sorang yang dapat mesej kata2 macam tu dari dia.

dan setiap kali dapat mesej dari dia, saya tak berminat nak balas...
lagi saya bebel "konon nak tunjuk baik..alim. Ah budak usrah nie..."

okay takat tu je ingat...
bila dia dah habis belajar, mesej yang dulu kata2 bertukar jadi bertanya kabar..
pernah tak korang rasa mcm mana layan org yang korang tak suka... dalam 1 2 mesej je la kita balas kan???
so itulah terjadi pada saya dan dia.
bila dia tanya "Apa khabar?" saya balas "sihat.." cukup 2mesej.. saya dah tak berminat nak balas.

dan moment yang saya ingat lagi..2010
time tu saya berjalan nak balik kolej kediaman melewar. time nie saya dah masuk u..
saya dapat mesej dia.. "Awk bulan10 nie saya dah pergi sarawak, saya dapat keje.."
okay sebab bosan saya balas.. "tahniah,.."
then dia tanya perkembangan saya... so saya cakap saya sambung belajar..sama2 ucap tahniah..

okay situ je la.
saya stil tak berminat nak mesej2 dengan dia..
sampailah hujung 2011..
saya ada masalah dengan someone that i like him & he also like me.. but we are not a couple or what..
maybe nie lah salah satu sebab saya tak berminat layan dia. Sebab saya sukakan seseorg, tapi kami tak ada apa2 hubungan special, just teman tapi mesra...maybe.

memandangkan dia adalah lelaki, 
saya minta pendapat dia.. lebih kurang macam nie.. "saya suka kat seseorg nie,tapi saya tak sure dia perasaan dia kat saya..tp dia layan saya mcm saya girlfriend dia."
just simple jawapan dia "kita kena sayangkan org yang sayang kita pada kita mengharap pada org yang kita sayang...saya lelaki saya tahu, kalau dia syg awak dia mesti dah cakap.."
okay saya memang tak leh terima kot jawapan mcm nie.... hahahahhaha budak2 sangat time tu.

and the best moment bila...
2012 

"Saya nak jadikan awak isteri saya..maybe sekarang bukan waktu yang tepat.. tapi saya cakap sebab saya tak nak ada org lain rampas awak dari saya.."

"no.. " i said no. saya masih muda. saya masih belajar. saya masih tak reti nak pilih lelaki pilihan saya & terbaik utk saya.

"buat la solat sunat...."

okay saya memang buat solat sunat...solat hajat.
dari situ..hurm saya tak reti jugak nak explain perasaan tu.

then saya amik keputusan. saya patut beri dia peluang.

***okay.bersambung.
penat dah. nak tido.esok keje ***

Thursday, March 20, 2014

One Step Closer

pejam celik
pejam celik..
dah 2bulan jadi tunangan org
lebih kurang 5bulan lg. Auw!!!

okay,
perasaan selepas jadi tunangan org.
sama!
hahaha sama. tak ada lah..
tetiba rasa rajin. rasa berseri.. okay tipu!
hahahahaha..
rasa bertanggungjawab :-p buweeeekk kenapa ntah tiba2.

Alhamdulillah.....
kos utk pertunangan saya tak la rasa terbeban sgt..
adeh! memang la sebab barang hantaran semuaaaaaaaaaaaa...SPONSOR.
Tq Maa
Tq Abe & kak Arah
Tq P.Lan
Tq Kak Moh

goodies beg pun kebetulan ada promosi... 80Pcs=RM15.00 kat PISB Muadzam Shah.
kotak tau. bukan beg kertas biasa tu.. *penghabisan stok* 
pandai tak nak cut cost! hehehe

mini pelamin pun d.i.y sendiri.
makeup by my beautiful cousin.
baju kurung moden beli time promosi akad nikah saya tambah beads je...
tak perlu sewa2...
segala perbelanjaan makanan semua ditanggung maa.. kata maa tak habis RM500 pun.
sebab lauk2 ikan, sayur & ayam.
tetamu yg hadir dalam 100 org je..saudara terdekat dan jiran tertangga.

kawan sy sorang je dtg! hahahahaha..
yang lain keje. :) sbb hari Jumaat majlisnya...

so barang hantaran kahwin saya dah slow2 beli.
bagi mengelakkan duit keluar terlalu byk.. *padahal tak nak rasa duit mengalir macam air*
bulan nie.. beli 2 barang.
bulan depan beli lagi.... ha kan.. 
dah booking mak andam+photographer..
Alhamdulillah berkat berniaga dapat la bayar2 mana yg patut...
okay pjg aihhh berbicara. hahahahhaah

kiri & kanan saya tu my dear cousin.. yang jadi jurumekap.. so dah jimat dh kat situ..:) thanks ana & aya..tanpa korang.. memang saya tak mekap pun..

baju kurung moden ditambah beads...:) Veil tu pun sy buat sendiri :) beli kain chiffon & lace.
mini pelamin.. simple je.. :)

Muffin chip chocolate & blueberry by ayu (adik perempuan sy) dia amik kos bakery..so memang dah jimat kos di sini



gula2, snek dan kerepek dlm goodies beg utk budak2

all gubahan by me... ta berapa nak kreatif. tp boleh la.. puas hati sebab dari hasil tangan kita kan :)
kek sponsor by Abe


sesi sarung cincin.. :) Alhamdulillah.
I choose to be with him :) pun saya buat sendiri. tp kecil sgt tulisan nanti kahwin kalau sempat... nak buat besar sikit tulisannya ha

so doakan kami..:)

Friday, January 17, 2014

Bunga Ros Kertas.


Assalamualaikum..
maaf.
lambat update. ahak..

okay. saya buat bunga kertas. ada la dlm 4-5 org tanya.. mcm mana nak buat.
okay.. nie entry nie saya khas utk kawan2 saya tu...sory sbb saya lambat update.

Bahan-bahan
-Crepe paper
-Gunting
-Gam
-Pinggan (saya gunakan utk buat bulatan) hehehe

1) Mula-mula gunakan pinggan tekapkan utk dapat bulatan di atas kertas crepe.......
bentukkan 3 bulatan dan gunting...

bulatan sama saiz
2) lipat kepada 6 bahagian ..



3) utk memudahkan gunting dan dapatkan kelopak

nak gunting

dah siap gunting

ha dapat mcm nie kalau buka...

4) selepas itu, guntingkan macam nie..

kelopak 1- pisahkan satu kelopak
kelopak 2- pisahkan 2 kelopak
guntingkan antara 1 kelopak...tapi jgn pisahkan...

5) Buatkan kelopak pertama mcm nie...dari kelopak 1 yg terpisah tu..



6) cantumkan kelopak 2 & 1 & seterusnya....

nie cantuman dari kelopak 2 & 1

so kelopak seterusnya.. cantumkan antara kelopak nya (bertindih).
selepas kelopak 1 & 2 dah dicantumkan.. cantumkan pula kelopak yg 2kelopak yang terpisah...then kelopak yg 1 terpisah.. dan barulah kelopak yang tidak terpisah.. cantumkan!

7) so hasil utk sekuntum bunga tak ada.. ini yg ada... tadaaaaaaaaa... 

putih + merah menjadi pilihan.


selamat mencuba ye kawan2..
owh yang bunga kecil tu.. belum ambil pic utk di update.. InshaaAllah.. akan update.


Aha.. ye mesti korang pelik.. kenapa nak buat bunga nie kan? okay....sebenarnya saya.. dan dia..... hahaha. 

semoga jodoh kami berpanjangan.. 
semoga saya & dia belajar perbaiki diri... menjadi lebih baik..

Saturday, January 4, 2014

#Throwback Kenangan di FCM

Assalamualaikum...

iya. Alhamdulillah.. dengan jayanya. tamatlah sudah Industrial Training sy pada 27/12/13

Alhamdulillah.. dapat ilmu yg bermanfaat
Alhamdulillah dapat pengalaman kerja yang sangat berguna
Alhamdulillah dapat berkawan dgn adik2 kakak2 abang2 yang sgt penyayang..
Alhamdulillah dapat kenangan manis yg tak dapat dilupakan..

Alhamdulillah..Alhamdullillah..

pengalaman 4 bulan di FCM nie.. membuatkan saya rasa seronoknya "Logistic Section"

Meh nak cerita, satu - satu.
Masa melangkah masuk FCM, sikit nervous sbb saya sorang. kawan-kawan lain tak jadi praktikal kat situ.
so melangkah masuk la dengan fikiran positif...
"tempat nie seronok, saya nak kutip pengalaman berkerja di sini"
Hari 1st sy sikit kaku, pemalu, pendiam. semua la pada saya....memang tak ada kerja lagi..
Hari 1st juga, saya baru mengenali En. Mazlun dan kak zulia kat office
then En.Roslie, En. Sarijan. Abg Man & Abg Hadie..
masa tu Hj. Said, En.Den, En.Zainudin, En. Fauzi a.k.a uncle sy tak kenal..

okay tak nak tulis panjang2..
Setiap hari kena amalkan 2's Sapu & Sisih selama 15 minit.
okay best! tak rasa macam cleaner sebab dari manager ke operator.. sama2 menyapu. walaupun hakikatnya memang ada cleaner...tp yes! bila dipupuk itu la jadinya. dah sebati dlm diri. Bila loceng 8.00am berbunyi spontan semua bergerak ambil penyapu... saya suka cara nie!

Setiap hari Isnin Rabu & Jumaat.... ada morning briefing dari pukul 8.25 - 9.20
Berdiri.
Dihadiri oleh ketua-ketua bahagian masing2..
menyuara masalah di bahagian masing2.
segala pandangan dan pendapat diberikan.

ha! dah tulis panjang2 dah.. ala.
kat Logistik nie. saya ada jadual rotation.
ikut suka saya je bila nak buat rotation. Selalunya seminggu or 2 minggu..
saya paling suka kat "Data Entry" main invoice!
lagipun.. ada kak Nurul & kak Fida. suka.
boleh gelak ketawa.. boleh makan sama-sama.. boleh berborak.
saya suka. hahahahahaha..

okay2. tak nak tulis dah....
senang kata saya bpuas hati.
saya happy..
saya dapat pengalaman lebih... saya dapat apa yg saya nak.
tercapai gak objektif diri sendiri. hahahahahaha.

paling penting,, diorang berjaya buat saya jatuh hati pada mereka & logistik!
auw! best! thanks sgt pada mereka.
tanpa mereka saya tak tahu apa saya buat kt situ...

Semoga Allah membalas jasa mereka....

tip nak mulakan sesuatu yg baru adalah "POSITIFKAN DIRI..MAKA POSITIF LA YG DTG PADA KITA...."

BYE2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...