nuffnang

Saturday, January 4, 2014

#Throwback Kenangan di FCM

Assalamualaikum...

iya. Alhamdulillah.. dengan jayanya. tamatlah sudah Industrial Training sy pada 27/12/13

Alhamdulillah.. dapat ilmu yg bermanfaat
Alhamdulillah dapat pengalaman kerja yang sangat berguna
Alhamdulillah dapat berkawan dgn adik2 kakak2 abang2 yang sgt penyayang..
Alhamdulillah dapat kenangan manis yg tak dapat dilupakan..

Alhamdulillah..Alhamdullillah..

pengalaman 4 bulan di FCM nie.. membuatkan saya rasa seronoknya "Logistic Section"

Meh nak cerita, satu - satu.
Masa melangkah masuk FCM, sikit nervous sbb saya sorang. kawan-kawan lain tak jadi praktikal kat situ.
so melangkah masuk la dengan fikiran positif...
"tempat nie seronok, saya nak kutip pengalaman berkerja di sini"
Hari 1st sy sikit kaku, pemalu, pendiam. semua la pada saya....memang tak ada kerja lagi..
Hari 1st juga, saya baru mengenali En. Mazlun dan kak zulia kat office
then En.Roslie, En. Sarijan. Abg Man & Abg Hadie..
masa tu Hj. Said, En.Den, En.Zainudin, En. Fauzi a.k.a uncle sy tak kenal..

okay tak nak tulis panjang2..
Setiap hari kena amalkan 2's Sapu & Sisih selama 15 minit.
okay best! tak rasa macam cleaner sebab dari manager ke operator.. sama2 menyapu. walaupun hakikatnya memang ada cleaner...tp yes! bila dipupuk itu la jadinya. dah sebati dlm diri. Bila loceng 8.00am berbunyi spontan semua bergerak ambil penyapu... saya suka cara nie!

Setiap hari Isnin Rabu & Jumaat.... ada morning briefing dari pukul 8.25 - 9.20
Berdiri.
Dihadiri oleh ketua-ketua bahagian masing2..
menyuara masalah di bahagian masing2.
segala pandangan dan pendapat diberikan.

ha! dah tulis panjang2 dah.. ala.
kat Logistik nie. saya ada jadual rotation.
ikut suka saya je bila nak buat rotation. Selalunya seminggu or 2 minggu..
saya paling suka kat "Data Entry" main invoice!
lagipun.. ada kak Nurul & kak Fida. suka.
boleh gelak ketawa.. boleh makan sama-sama.. boleh berborak.
saya suka. hahahahahaha..

okay2. tak nak tulis dah....
senang kata saya bpuas hati.
saya happy..
saya dapat pengalaman lebih... saya dapat apa yg saya nak.
tercapai gak objektif diri sendiri. hahahahahaha.

paling penting,, diorang berjaya buat saya jatuh hati pada mereka & logistik!
auw! best! thanks sgt pada mereka.
tanpa mereka saya tak tahu apa saya buat kt situ...

Semoga Allah membalas jasa mereka....

tip nak mulakan sesuatu yg baru adalah "POSITIFKAN DIRI..MAKA POSITIF LA YG DTG PADA KITA...."

BYE2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...