nuffnang

Friday, February 17, 2012

Menghalau Jin dgn Surah al-Baqarah

Assalamualaikum, salam jumaat.

Sedang asyik duk belek2 Majalah Solusi [kepunyaan adik saya] tertarik dengan artikel "menghalau jin dengan surah al-Baqarah". so sedikit info utk dikongsikan bersama :) jom baca.

Gangguan jin merupakan yang tidak dinafikan. Jin dapat melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka, Nabi s.a.w menganjurkan beberapa cara yg boleh mengelakkan diri daripada gangguan mereka, antaranya dengan membaca surah al-Baqarah.

Tip ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya."Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tempat perkuburan. Sesungghnya syaitan menjauhi rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya."(Riwayat Muslim)

kelebihan 2 ayat terakhir :
  •  "sesiapa yang membaca 2 ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, kedua-dua ayat tersebut akan menjadi penyelamat bagi dirinya.". [riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Mas'ud al-Ansari.] 
  • manakala dalam riwayat al-Tirmizi daripada Nu'man bin Bashir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya ALLAH menulis sebuah kitab yang dianggarkan 2000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi, dua ayat daripadanya diturunkan ke bumi sebagai penutup surah al-Baqarah. Jika kedua-dua ayat itu dibaca selama 3malam di dalam sebuah rumah, pasti syaitan tidak akan mendekatinya."  
  •  selain itu, sesiapa yang membaca surah al-Baqarah menjadikan doanya mudah dimakbulkan.Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menyebutkan, daripada Ibn Abbas r.a., beliau bercerita: "pada suatu ketika, Jibril a.s berada di sisi Baginda s.a.w, tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: "bergembiralah dua cahaya penerang yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi pun sebelum kamu iaitu Fatihah al-kitab [surah al-Fatihah] dan akhir surah al-Baqarah. Engkau tidak membaca suatu huruf daripadanya, melainkan permintaanmu pasti akan termakbul."
wallahu a'lam.

P/S : ayat suci al-Quran adalah senjata umat islam kan?? so dekatkan diri dengan surat cinta daripadaNYA .

4 comments:

nur chahaya Abadiey said...

thankz ida :) nice...

sabry oppa said...

singgah sini bace entry....

wow! blog ni superb sgt...

entry yg sangat cool....

oppa follow sini....

jom follow oppa balik...

nice to meet you....

selamat berblogging...

maju jaye !!!!

http://shaberry92.blogspot.com/ ( blog kpop)

http://sabryoppa.blogspot.com/ (personal blog)

follow lah 2 2 ...

hehehehe... nice ")

KizZ said...

Wah bagus betul info nih..baru je tau nih..boleh guna ni..lately banyak benda bukan-bukan berlaku..

sha my heart said...

terima kasih kasi info ini =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...