nuffnang

Friday, June 29, 2012

Saya dan perempuan tua itu.

 Ada seorang perempuan tua menghampiri saya.
 "Anak ada air?"

saya memandang ke arahnya. "ada. makcik nak?"

perempuan tua itu hanya mengangguk.

saya membuka bungkusan yang di dalamnya ada sebungkus bihun goreng dan sebotol air mineral. Niat dihati memang nak bagi air mineral jep.

tapi........

"makcik nak ni?" saya menunjukkan bungkusan bihun dan air mineral.

perempuan tua itu menggangguk lagi.

"nah la. ambil yang ni." saya menghulurkan bungkusan itu.

tangannya mencapai bungkusan makanan itu.

"terima kasih nak." katanya dan berlalu pergi.

"sama-sama, makcik." 

mata saya mengikut jejak langkahnya.Dan perempuan tua itu ke arah seorang lelaki tua yang sedang menunggu di atas motor. "mungkin suaminya."hati berkata.

lelaki tua itu senyum kepada saya. dan gerak bibirnya mengucapkan terima kasih.

saya mengangguk.

*tak sampai hati tengok nenek2 atok2 berjalan tengah panas2. berdiri lama2. mereka tiada kudrat lagi untuk berdiri lama. nenek saya sudah mencecah umur 73tahun. masih kelihatan sihat. kalau dulu, kemana kami pergi pasti nenek nak ikut, tapi berbeza dengan sekarang bila nenek ikut, dia lebih suka duduk atau menunggu di luar kedai atau menunggu dalam kereta... hurmm kesian kan. lebih baik nenek duduk rumah boleh baring2. itu lah situasi kalau nenek ikut. saya akan temankan. tak kan biarkan dia keseorangan menunggu.

p/s : berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada. saya sayang nenek saya.

3 comments:

syAzAnA said...

baiknya awak. Alhamdullilah. :)

JungRara said...

nenek saya pun dah uzur sangat...dulu selalu gak pegi pasar, tp skrg da kurang

Hazrina Sallehuddin said...

bertambah2 syg ina kt ida..hehe.. good girl.. luv u lah..
ida..nenek ina tak ada dah.. hurmm.. ida..ian rindu kat ida..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...