nuffnang

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Skuad Harimau muda!!!!!!!!



NGAUMMMMMMMMMMM!!!!
cayalah Skuad Harimau Muda Malaysia..
kebetulan hari nie Sultan Johor punya besday so, kami warga UTHM pun cuti...heheheh..
so SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR!!! [menyelit sikit]
Dayangku a.k.a Dk housemate ku mengajak saya & kak Shira ke kedai mamak??? what?? mamak? kita pergi u jela...kata saya. malu la lepak kedai mamak..heheheh
so ke DTII UTHM la kami....
masa mula2 Indonesia menjaringkan gol pada minit ke 5...huh..kecewanya saya...namun begitu pada minit ke 33 Malaysia menjaringkan gol plakkk..wah bangga sihhhh... dalam dewan tue ta payah cakap la..dengan sorokan dari penonton..ha yang paling ta boleh bla..bila time penalti..heheheh.."aku ta nak tengok dah...aku takut aku kecewa.." kata saya selepas Fakri ta berjaya menjaringkan gol..:( [ta pe awak,,,nt cuba lagi..cewahh!]
dan akhirnya berjaya juga mendapat pingat emas kan....
hahahahah...see??? bukan main bersorak lagi...:)
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.

Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. -- BERNAMA



3 comments:

sabirah sauly said...

saya anak malysia..hahaha

Faz Abas said...

first time tengok final bola yang rasa spt jantung nak runtuh esp time penalti.

btw, you have a nice blog, tapi ada grammatical error sikit pada sentence kat header tu, i.e.

"I'm fall in love with my blog!!", may be boleh betulkan kepada :-

"I'm in love with my blog!!" atau "I'm falling in love with my blog!!" atau "I fall in love with my blog!!"

just my 2 cents view.

jemput singgah ke www.kisah-dan-kasih.blogspot.com. cuma blog biasa-biasa sahaja.

Princess LaLoLi said...

SABIRAH : HEHHEE,,YUP ANAK MALAYSIA..

FAZS : THANKS TUK GRAMMATICAL ERROR TUE..:)
SEBENARNYA..SAYA AMIK DARI TOTURIAL BLOG..OKEH SAYA BAIKI NYE YE..THANKS ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...