nuffnang

Sunday, November 20, 2011

:( menyerang lagi

huurrmm..mengeluh panjang..
bila bangun pagi2...rasa mata sakit jep...
sebelum hari ni..dah perasan pun mata mcm bengkak..
rupanya..tanggapan saya betul..
BISUL DI MATA menyerang lagi...


huurrmmm..sekali lagi mengeluh...sakit...
tahu tak ketumbit???
ketumbit....jenis kedua...yang ada bisul..nampak nanah dalam kelopak mata bawah..
sepanjang duk UTHM nie..saya ta pernah ta pergi PKU..wajib la pergi tiap sem..
siap Doktor tue cakap.. "rekod awak semua pasal bisul kat mata nie.."

teringat sem lepas...doc tue pecahkan bisul..sakit yang amat...menangis ta payah cakap la..ta fikir pun saya student u yang berumur 21 tahun..sakit. sem nie kena dalam kelopak mata bawah..so?? doc tue nak pecahkan lagi ke??? ta kan??

cari info pasal bisul kata mata nie..:(

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan
nanah atau abses.

Perebakan
Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul
yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh
merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan lokasinya
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia
dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar
lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya
disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak
merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau
jerawat.
Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian
yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung,
muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali
sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung.
Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.
Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.

2 comments:

RIMA DANIA said...

ida...jaga diri...makan ubat...

Anonymous said...

As salam.sy simpati dgn ape yg terjadi pd diri awk,:(.erm bykkn bersabar syg ea,sy doakan awk cpt sembuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...