nuffnang

Thursday, November 24, 2011

Penilaian Ibu adalah terbaik

Jom baca nie..ceritara.pendek yang ada isinya :)

Handphone dimatikan, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku melangkah keluar setelah dari pukul 5,00 petang di dalam bilik

“Amni, kamu dah solat ke?” Ibu bertanya selepas melihat kelibatku keluar dari bilik.

“Amni cuti ibu..” jawab ku ringkas.

“ dari tadi ibu lihat kamu asyik di bilik je. Kamu buat apa?”

“ kawan Amni call bu..hari jadi dia, dapat free call. Tu yang lama bergayut tue.”

“kawan kamu pun cuti juga ye..?” tanya ibu.

Aku diam, kerana sememangnya yang bercakap denganku bukan seorang perempuan. Mana mungkin seorang lelaki cuti.

“urrmm.lelaki la bu.”

“lelaki?? kalau macam tu..ibu reject dia awal-awal..jangan bawa dia jumpa ibu.”

Aku diam lagi.

“nak tahu kenapa ibu tak bagi jumpa ibu?”

“tahu..” jawabku ringkas.

“dari sebelum maghrib kamu bercakap..sampai masuk isya’ kamu bercakap. Jadi kawan lelaki kamu tak solat? Dia tinggal di negara mana?”

“Amni pun lupa ibu nak ingatkan dia.”

“Ibu tak kisah kalau kamu nak berkawan. Tapi ingat dalam usia kamu nie..hati mudah memberontak.”

“Ye..ibu…Amni tahu. Mekasih ibu..”

Benar cakap ibu. Kami bercakap sebelum azan maghrib dan berhenti selepas isyak.. jadinya?? Dia tak solat maghrib. “salah aku jugak, aku tak tegur tadi. Aku lupa untuk ingatkan dia..kebetulan pula aku datang bulan.” Hhrrmmm."hurrmm..mesti dia pun anggap aku sama dengan dia ta solat.." huurmmm.

Moralnya:

Cari la time yang sesuai nak bercakap..

Huurmmm kenapa tak solat? Kan itu satu kewajipan?

Kita perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain..:)

jangan lawan cakap ibu tau.dengar apa itu nak cuba sampaikan..:)

P/s : Ibu yang melahirkan kita. Jadinya dia tahu yang mana terbaik dan yang mana buruk buat kita. Kepada lelaki di luar sana. untuk memikat gadis2 melayu perlu lah memikat hati si ibu. J selamat beramal

3 comments:

CiK EyFa said...

BETOL2 IDA HEHHEHEHE (^_^)
KATA2 IBU ADALAH KATA2 YANG AJAIB :)

Princess LaLoLi said...

ye...ibu kita adalah penilai terbaik kan...:)

Anonymous said...

Nnt sy akn pikat hati ibu awk dulu yer.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...