nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Apa salah bayi itu? :-(



sayang...sampai hati ibu kamu kelar kamu sebegitu rupa..
adakah tidak ada perasaan sayang..kasih...cinta..rindu untuk menatap mu..
setelah 9bulan mengandung kan mu???

manusia jenis apa ini??
memang tidak layak bergelar IBU...sejenis haiwan pun tidak layak..
kerana Haiwan sendiri masih kasih dan sayang pada anaknya...

manusia jenis ini...
pantas digelar IBLIS yang bertopengkan manusia..

ya ALLAH.....sayu sedih sebak..lihat badan bayi itu dikelar oleh Iblis yang bertopengkan manusia itu...


sayang...kau akan ditempatkan disyurga di sana...moga kau berbahagia di sana..


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

5 comments:

IdaRaida said...

bila pertama kali tgk pic nie..mengalir air mata..sedih sgt2...
sampai hati...:-(

Putry said...

kucing pun syg kan anak....huhuhuh sedih sngat

IdaRaida said...

btul....kucing pun sygkn anak...huurrrmm...

RIMA DANIA said...

semoga bayi ni selamat di syurga dan biarlah Tuhan menghukum kedua orang tuanya yang kejam, jahat dan penuh sifat kebinatangan!!!......

IdaRaida said...

yup..bayi itu pasti sedang bergembira di syurga Illahi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...