nuffnang

Friday, March 29, 2013

kawan..

kawan..
kau yang bernama kawan.
kadang-kadang aku tak boleh menjaga semua hati kawan-kawan.
sebab aku juga seorg kepada kawan-kawan.
selama hidup 23tahun beberapa bulan nie..
mcm2 karenah kawan-kawan..

kawan..
kau yang bernama kawan.
kadang-kadang aku tak boleh menerima semua kata yg keluar dari mulut kau.
sebab aku juga ada hati, perasaan, dan juga akal.
dan aku juga tahu, jika kadang-kadang kau tak sedar apa yang keluar dari mulut telah menyakiti hati aku.

kawan.
kau yang bernama kawan.
kadang-kadang iman terlalu lemah untuk menerima dugaan kita sepanjang berkawan..
mungkin aku mengikut rasa kata dan amarah.
jika aku diam, hilang tanpa berita, melupakan kau..
aku telah pun memaafkan kau.

kawan.
kadang-kadang jika aku mengeluh itu biasa.
merungut itu biasa.
merajuk juga biasa.
marah juga biasa.
sebab aku manusia yang banyak kekurangannya.

kawan.
cukup kau tahu.. kehadiran kau membawa seribu hikmah.
mengajar aku banyak hal.
kesabaran.
keikhlasan.
kejujuran.
erti persahabatan.

thanks kau bernama kawan. :).
maafkan aku juga begitu pada kau.

Wednesday, March 27, 2013

Ta apa senyum aja



orang perli,
kita diam
orang maki,
kita diam
orang hina
kita diam

nanti bila dia dah penat.
dia berhenti dan diam. :)


orang mengata.
kita senyum
orang berjaya menusuk hati dgn lidah yg tajam,
kita senyum
orang berjaya menghiris hati kita,
kita senyum

Tak apa kita senyum aja!!
Allah Sayang hamba_NYA yg sabar.


Tuesday, March 26, 2013

utk pertama kalinya

Assalamualaikum..

hari nie utk pertama kalinya saya kehilangan sesuatu yg saya sayang.

yes! barang yg saya sayang.

sebelum nie belum pernah.
BELUM pernah kehilangan BARANG  yg sayang2..

kasut sukan.
utk pertama kali hilang tanpa kesan.

no!
saya tak tuduh org dekat2 rumah pencuri.
no!
saya tak tuduh housemate yg jadi pencuri
no!
ta sama sekali..

maybe mulut lancang berbicara..
jari rancak menari di atas keyboard..

"hey..sapa yg curi ambil la kasut buruk saya nie!" kata saya..

komen di fb " saya tak kecewa..cuma ralat sebab tak simpan kasut tu..nak simpan dalam rumah takut org kata kotor.."

no!
ta salahkan sesiapa2 pun.
salah sendiri :)
ta pandai jaga harta sendiri.

now.
mmg ada hikmahnya.
ramai bersimpati atas kehilangan kasut
hahahhaha..
Maa.. dia...adik2 nak sponsor. kasut :)

bak kata maa..mujur 200 je kasut tu..hahaha.! macam2

Monday, March 25, 2013

Didikan itu penting

Assalamualaikum.
teringat pula perbualan antara saya dan Ameer (adik bongsu kesayangan)

minggu lepas saya pulang ke kg halaman. aceh!

Ameer demam. batuk dan dia kena semput.

sebelum ke hospital.
saya berbual dengan dia.

"Adik. teruk adik batuk nie..kalau adik demam2 dan batuk pastu meninggal macam mana?

ameer mendiamkan diri memandang ke arah saya.


"Adik terus masuk syurga sebab adik belum besar macam kak ida. Dalam syurga adik boleh minta apa saja kat Allah.."

"Adik nak masuk syurga..tapi adik nak hidup lama.." Ameer menjawab.

"kalau nak hidup lama. kena makan ubat. kena buat baik. kena sembahyang. jangan tinggal." kata saya lagi.

"yela.. Ameer demam pun.Ameer sembahyang ha. sebab maa pesan doa pada Allah supaya batuk Ameer hilang."

:)
adik bongsu kesayangan saya. sangat rindukan dia. dia sangat sensitif. tak boleh salah makan. nanti batuk dia menjadi2. bila batuk... nanti dia lelah.

lepas balik dari hospital.
dia dah ceria.
"Doktor tu baik sangat kak ida.. lepas sedut. adik rasa lega sangat."

Ameer dari kini sudah didik utk bangun solat subuh.. dah setiap waktu.. kami selalu mengingatkan dia solat.. sampai pernah dia tanya saya.

"Kak ida nie dah solat ke belum??"

boleh fikir tak apa korang nak jawab kalau korang tengah datang bulan time tu.. sebab maa pesan jangan ckp tak boleh solat. sebab dia ta reti lagi kenapa perempuan tak boleh solat.

maa pesan kalau dia tanya. jawab je dah solat :)

:) thanks Allah. hanya padamu aku mengharap Ya ALLAH. Letakkan iman dan takwa ke dalam hati adik-adikku.. Lindungi kami Ya ALLAH. Ampunilah kami Ya ALLAH. dan tunjukan lah kami jalan yang benar Ya ALLAH. amin.

Sunday, March 24, 2013

siapa dia & mereka?

jika benar dia/mereka sayangkan kamu.. dia selalu ingatkan kamu supaya ingat Allah.

siapa dia?

Ibubapa
sejak saya kecil lagi. maa abah selalu suruh solat. selalu suruh buat baik.
selalu suruh berdoa pada Allah.
semua yang baik2 lah kan.
sebab mereka suruh saya sentiasa ingat Allah.
bertuahnya saya sebab dilahirkan dalam islam.

family
1keluarga besar. yang saling ingat mengingati satu sama lain. Menegur halal haram. mana yang tak boleh dan mana yg boleh.
saling menasihati.:)
dan juga sama2 mendekatkan diri kepada Maha Pencipta Allah S.W.T

sahabat.
sahabat sejati adalah sahabat yg selalu menegur kita jika kita melakukan kesalahan.
memberi nasihat dgn lembut supaya kita tidak mudah terasa.
yang paling penting. selalu menasihatkan kita tentang banyak hal.

teman sejati
teman sejati yang mahu sehidup semati dunia & akhirat bersama kita berlandaskan hukum agama islam.selalu memberi nasihat. teguran. 
menyayangi kita dan menyayangi dia membuatkan kita dekat pada Maha Pencipta.

so dia & mereka lah yang sayangkan kita.
marah 
teguran
nasihat

adalah 
tanda 
dia & mereka
SAYANG!

Friday, March 22, 2013

Org yg berjaya sebenarnya.....

Assalamualaikum.

ta tahu nak post apa.

tapi nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah pada yang berjaya SPM..
pada yang tak berjaya. Jangan putus asa.
saya dulu pun boleh dketagorikan dalam keputusan yang tidak memuaskan.
tapi Alhamdulillah.
diberikan kesempatan utk sambung diploma. degree.

one of my family.. big family..means sepupu sepapat la.
ta pandai sangat belajar..
SPM pun biasa2 je. sambung pulak STPM..
Alhamdulillah..selalunya STPM senang nak masuk u..
okay sambung la dia ke alam degree di bidang pendidikan..
adik & abang jadi cikgu..
sorang lagi nurse.
sorang lagi tentera laut.
2org lagi cikgu menggaji.
sorang lagi belum habis belajar..
dan adik bongsu dyorang baru lepas SPM..alhamdulillah 5A 2B 2C


family dyorang sangat pentingkan agama dalam semua hal..
saya suka sangat family dyorg.
didikan penuh agama.
now overall anak2 nya berjaya. 

sebenarnya kat sini nak tekan kan bahawa..
org yg berjaya adalah org yg berjaya letak iman dalam hati..
kalau tak pandai pun.. Allah still beri rezeki.. asalkan kita ta pernah lupa yang Maha Pencipta.

owh panjang pulak entri kali nie.
apa2 pun. didiklah hati utk ikhlas dlm semua hal. kita nak berjaya dunia..kita perlu kejar akhirat.
InshaaAllah mesti berjaya dunia.

:)

Thursday, March 21, 2013

which one!

 




which one ?
dia nak belanja niee... hihihi..
masuk kat blog sebab nak suruh dia tgk..

teman kesayangan saya AA.
pilihkan yang mana cantik tuk saya..

TQ sebab terpaksa belanja.. ahhahahahahahah!

credit to Iman Safiya Collection. siapa2 berkenan jugak boleh like page Iman Safiya ye..:)



Wednesday, March 20, 2013

dia

Rindu dia!
Rindu dia!
Rindu dia!

kalau rindu.
sama2 baca doa.
haa.. pandai!

dia,
dia lelaki biasa.
kacak orgnya.
bergaya walaupun tak kaya.
lemah lembut org nya.
baik hati.. walaupun kadang2 keras bersuara. aha.
tak pernah merajuk.
sangat matang. sebab tu tak merajuk.
ta reti memujuk.. "sory2!" "saya minta maaf" pah ceroh dia mintak maaf.
kot la nak kirim bunga..coklat ke?
aha.
kami jauh.. memang tak akan dapat la.
suka sangat main badminton. tiap hari Isnin Rabu & Jumaat. dia hilang.
ciri2 lelaki idaman dulu2..lelaki suka sukan. ha kan dia suka sukan.

owh memang akui.. saya seorg yg begis. pantang salah sikit.. melenting. merajuk.
betapa sabarnya dia melayan saya.
ayat paling menyampah kalau dia cakap "dah-dah la tu awk marah/merajuknya"
hahaha..
menyampah la sebab dia cakap sudah sudah cukup sudah... tu la saya kata dia tak pndai pujuk..
tp org kata.. tu la cara nak elakkan dari terus bergaduh.

eh pasal pulak entri nie pasal dia ek.
sory.
cuma nak cakap bertuahnya saya. :) dia sempurna dimata saya. ta ada alasan kalau time gaduh nak putus putus putus.
aha. ayat dia paling ta suka. bila sebut pasal putus.. mesti dia marah..::)

dan dari kita gaduh.
kita belajar sesuatu yg baru.
maybe dgn cara macam tu.. kita saling mengenali. almaklumlah.. setahun sekali nak jumpa pun payah.
dgn cara merajuk/bergaduh nie la..dapat perhatian lebih. sebenarnya! itu je..

so moga dpermudahkan urusan kita.
:) hope to next step. inshaaALLAH. jika ada jodoh kita.


Tuesday, March 19, 2013

Saya masih seorg student.

Assalamualaikum.

hari berganti hari.
minggu berganti minggu..
bulan jugak berganti bulan.

status bergelar student belum berakhir.

PSM mula menyapa.
kesibukan assignement mula dirasai.

macam mana pun. 
moga semuanya berakhir dengan sebuah kejayaan. :))

#andai boleh diundur masa.mahu mengulang zaman persekolah. belajar pandai2..lebih dari nie. tp tu andai.. heheheh. so apa yg ada hari nie berusaha yg terbaik.. :)

Monday, March 18, 2013

Rabun!

Assalamualaikum..
terjadi jumaat minggu lepas. ia memalukan!!

 Selepas selesai masak laksa penang..
Saya termenung di jendela..(wah! Ayat!) Tingkap dapur yg kt singki tu..
Sedang asyik termenung....
"maa!! Ular maa!"
Maa bergegas menghampiri saya..
"mana?"
"tueeeeeeeee!" sambil jari menunjuk.
"mana? Maa xnmpk"..
"tue la maa..."
 Saya berlari mendapatkan Ika.. "ika sini kejap..cepat la!".
 Sambil tangan mengambil spek mata..
"kenapa?" ika bangun dari katil.
"aku malas panggil kak Arah. Nanti dia terkejut. Jelasku.
Di singki dapur saya menghampiri maa.. Mata dah berspek.
Maa masih lagi.."mana ular?"
"eh..eh..la ingat ular.."
 ketawaku memecahkan ketakutan dyorg! Hahahha Soryyyyyy!
Saya rabun! Rupa2 batu bata yg tersusun seolah olah ular sawa. Haha bagi sy la..
Bak kata maa.. "tak nampak langsung gaya ular."
Adeh! Gimik betul! Saya dtertawakan sambil makan laksa.. Malu!


 P/s :Alahai..rabun oh rabun.. Malu tau. Nasib baik ngn family..jalau ngn mertua? Hhhhha.sory. Sila pakai spek jika rabun..hhahahaha.

Thursday, March 14, 2013

:(

hati ini sedang sakit!
menangis!
kecewa!
resah!


Ya ALLAH pegang hati ini. jauhilah aku dari disakiti.dikecewakan dan resah tanpa tujuan. Aku pasrah dgn ketentuanMU.

Tuesday, March 12, 2013

Maafkan saya kawan2


Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 8.45pm. Rasa macam sayu. Sedih. Hiba. Semua perasaan bercampur aduk.  Roommate balik. Tinggal saya seorg dalam bilik.
Hari nie. Banyak hal yang mengingatkan saya tentang kisah lama.
Kalau boleh di undurkan masa. Saya tak nak kenal lelaki tu. Langsung tak nak!
Tapi.. sebab kenal dia lah.. saya kecewa. Lalu saya cari Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Thanks awak. Sebab hadir dalam hidup saya 10 tahun ke belakang…
Now 2013. Semuanya berubah. I love Islam. I love ALLAH. I love Muhammad. I love Family.
Saya belum lagi istiqamah dalam perubahan saya.
Hati.. please.. jangan terasa hati dgn kawan. Jangan pendam marah.
Mulut..Please..jangan biarkan kata umpatan keluar dari mulut. Jangan kata-kata hina/marah/kotor keluar!
Mata. Please..jangan biarkan saya tertarik pada yg dilarang..dibenci oleh Allah.
Tangan. Please..jangan biarkan saya sambut /lakukan/ perkara2 yang dilarang oleh Allah.

Dan..hari nie.saya terpanggil utk mohon maaf pada kawan2 kelas saya.
Post di FB..
Mudahkan diri meminta maaf. "Maafkan saya" . Buang jauh-jauh ego takkabur besar diri yang membinasakan kita :
ha.. okay2..
maafkan saya ye kawan2 andai tersilap kata.. terguris hati.. terkata.. terumpat.. ter ter ter la... sory!! maafkan lah.
 — with Nur Adibahand 4 others.

Saya mohon maaf pada semua yg kenal saya.
Saya sedang cuba menjadi yang terbaik utk diri saya.
Saya sedang belajar istiqamah mulai malam nie.. saya berjanji! 8.55pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...