nuffnang

Monday, April 30, 2012

Cita.Cinta

Dia : seronoknya!!
Saya : kenapa seronok?
Dia : sebab ada Gf mcm awak.
Saya : suka Gf merajuk macam saya?
Dia : Ala..merajuk tue normal la. dah memang sifat wanita kan? so memang tak dapat elak dah.
Saya : Mekasih.[hehehehee]
Dia : sama-sama. lagipun saya pandai pujuk awak.

saya : eleh...

Maa pesan : nak bercinta tak salah. tapi yang salah bila kita bercinta pegang sana sini. tak ingat dosa. buat2 lupa apa yang haram.

saya pesan pada diri : Pernah kecewa dlm cinta tapi dari kecewa itu lah saya lagi semangat nak kejar cita2.Cita dan Cinta seiring. Kejar cita2 bersama cinta. jgn terlalu syg dan jgn terlalu mengharap. Andai dia jodoh saya. saya terima. 

Saturday, April 28, 2012

Diam lebih baik :)

berdebat dengan ORG BODOH..kita pun turut BODOH..
biarkan dia mengkrittik andai dia terasa HEBAT..:)

MENGALAH tidak semestinya KALAH..tetapi ia hanya utk buat ORG BODOH itu diam dan berfikir kata-kata yang diucapkan tidak berguna pun pada kita..:)

Aku mampu berhujah dengan 10 org yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu - Imam Syafie

Friday, April 27, 2012

Al-Fatihah

tengah dalam kelas Research Method..
h/p vibrate !!!

Ibu Digi Calling

aih..? kenapa Digi? [selalunya Digi tuk no.digi jep]

aih? kenapa call..? selalu maa jarang call time ada kelas nie..

*saya tak angkat*

[ida dlm kelas, jap lagi. kenapa?]
[sent]
saya text maa.

tak lama tuh. Vibrate lagi. berdebarnya hati.
mesti ada something nie.. hati berdetik.

Ika Adik Calling..

kenapa?

so lecturer tgh mengajar. saya angkat sambil menundukkan kepala.

"ida, maa call tadi. maa nak cakap Edi sepupu meninggal." kedengaran suara ika

"hah. ya ALLAH." saya mematikan hp.

tangan mengigil terkejut. jantung berdebar laju.

saya tak dapat fokuskan kelas yang berbaki 20 minit lagi..

kelas tamat. terus call maa.

maa  tak bagi balik. coz jenazah berada di Temerloh dan akan berangkat ke Terengganu [rumah wife arwah]

saya tak sempat juga. :(

arwah meninggal kena serangan jantung. umur 31tahun telah meninggalkan isteri dan 2org anak. :(

"ida baca yassin jep la.doakan arwah.,tapi kalau nak balik.. balik la.."

ok.saya buat keputusan tak balik. so saya dari jauh baca yassin dan mendoakan arwah berada di dlm kalangan org beriman.

al-fatihah.

p/s : kita yang hidup ni. kena selalu beringat. kita tidak hidup utk 1000 tahun. ajal datang tanpa masa dan waktu.
jaga kesihatan itu penting. mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Thursday, April 26, 2012

saya rindu dia!

Ahmad Mikhail nama diberi :)

Ummi & Abah nya yg sgt busy dgn business masing2

sehinggakan si Mikhail buat muka bosan macam nie..hehehhe

nasib baik ada Tok Maa yang sangat SABAR melayan kerenah Mikhail :)

suka main jam tgn org :)

suka panjat sofa rumah :)

suka merajuk :) 

iya :) dia satu2 nya anak buah sulung saya.:)

nampak muka budak baik tak??? hahaha jgn tertipu.. kuat menangis nie.. MANJA sgt.

sgt aktif!


dan sekarang saya sedang merindui gelagat dia. T_T

rindu!!!


Wednesday, April 25, 2012

andai boleh di undur..

andai boleh diundur test lab tadi..
saya tak akan careless lagi..

:( sdey..

"haisshh! ida kenapa kau cuai sangat.." saya mengeluh

"ala bukan kau sorg je cuai..aku sama jep macam kau." suara menyampuk..

senyum je depan org.. tak tahu dalam hati nie menyesal sgt2 coz careless. :(

Saturday, April 21, 2012


Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan,
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang diharamkan baginya". [Riwayat Tabarani dengan isnad hasan]

Thursday, April 19, 2012

OSHA :)

malam nie nak siapkan tugasan individu
tuk OSHA
walaupun 2Mei nak kena submit..:)
tapi nak siapkan malam nie jugaK

iyaaah :) ida boleh :)

Jika Rindukan Seseorg :)





Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini
bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
 ~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Wednesday, April 18, 2012

Monday, April 16, 2012

itu pertama!
dan itu terakhir!

saya naik bas TRANSNASIONAL

Dari Segamat ke Batu Pahat.

kita nak org hormat kita kan??
jadi kita kena hormat org. 

kau boleh bersabar tunggu 5 minit kerana aku lewat. then kau tak boleh tunggu untuk beberapa saat kawan2 aku nak berjalan dari kereta ke bas!!!
nak marah2 kenapa? hilang sabar?

saya dah mengaku salah. siap minta maaf lagi.
then nak marah2 lagi kenapa? rasa bagus sgt ke??

ingat saya siapa? duduk diam je kena marah.. itu bukan saya kalau diam je dengar org tak reti berbahasa bercakap.. saya perlu menjawab.dan saya bersabar [pujuk diri sendiri dalam bas utk bersabar]


org berbudi kita berbahasa.
org marah2 kita berbahas.

pengalaman pertama saya :) selalunya naik bas Cepat Ekspress. ok. Cepat Ekspress tetap dihati la kalau macam nie jadinya. :)

moralnya : sampai 15 minit awal before masa naik bas. kita tak jangka jalan jem.so dah lambat naik bas.
mengaku salah, kalau buat salah. mintak maaf.
nak org hormat kita kan?? so sila hormat org jugak.
bersabar adalah sebahagian daripada iman :)




Sunday, April 15, 2012

MidSem Break berakhir.. :(

Okay!
berakhir sudah midsem break

esok dah start kelas seperti biasa.

assignment??

ohh..tuk costing Alhamdulillah siap 98%. selasa dah kena submit.
hohohoho..

OSHA?? Alhamdulillah. dah ada bahan :) dah pergi lawat kilang dah. Then, kena bagi tugas masing2. dalam bulan Mei dah kena submit. :)


naik cuti. makanya.....final exam mcm dh dekat.

sob..sob..sob.. macam sedih. pukul 6.00pm naik bas.

sebelum balik. 
makan Laksa!
Ikan patin masak tempoyak!

huhu.
mekasih sgt2 maa!
sayang maa.

Friday, April 13, 2012

Wednesday, April 11, 2012

Kembalikan mood rajin saya!

konon2 nya la kan.. 
time cuti memang nk dipenuhi dengan yg indah2..
tp tak sangka plak naik cuti midsem nie..
dah kena submit esemen..

sweet sangat lecturer saya nie..:)

okay!
kononnya la..

masuk bilik.
pasang lagu n kuat2..
tak nak dengar suara TV! 
tak nak dengar suara Mikhail.!
nanti kalau dengar tergugat plak.
bukak laptop.[nak baca jurnal,then cari finding]

tapi...

eh tertido plak..2jam. :p

hihihi..

bangun2 jep!

"TOLONG KEMBALIKAN MOOD RAJIN SAYA!!!!!!!!!!!!!!!"
jerit sorang2!

bersuka ria sekarang dah dekat u terseksa tak cukup tido..

tak nak! tak nak!

ok. lepas update nie. nak sambung tido! eh sambung buat summary jurnal.

Saturday, April 7, 2012

#Midsem Break#

iiyeeaah
sudah pun bermula.

tapi..

ada tugasan kena siapkan dalam minggu before naik cuti..

hihihihi

*seronok!!!!* [tangan kat bahu,mata pandang atas]

  • Costing - 5jurnal nak kena summarize.. [lagi seronok!]
  • OSHA - yes! melawat kilang..ambil2 gambar!  tengok keselamatan & kesihatan pekerja kat sana. [lagi syokk!]
anyway. wish me luck. 

nak siapkan kerja sambil tgk tv nie.:)

mood : tv dan saya memang tak dapat dipisahkan klu di rumah :)

Friday, April 6, 2012

YES! im on diet! 15 tips.:)

"amboi ida sikit jep makan..diet ke??" suara-suara setelah melihat saya ambil nasi sikit pada kebiasaan. :)
"yes! im on diet.." saya senyum..

15 tips menurunkan berat badan :)
  1. yes! katakan "saya boleh" - yakinlah anda mampu melakukan.
  2. sarapan pagi wajib ambil.
  3. baca kandungan gizi (label makanan) - pastikan anda tahu menilai jumlah kalori & zat yg anda ambil.
  4. elakkan diet sementara - jangan lakukan crash diet atau pelangsingan yang cepat
  5. makan dengan teratur - sediakan pola pemakanan yang lengkap yg boleh anda ikuti setiap hari.
  6. banyakkan pengambilan serat
  7. pilih makanan yg menyihatkan.
  8. lakukan senaman - paling mudah berjalan kaki minima selama 10-20 minit.
  9. buang kebiasaan mengunyah pada waktu malam.
  10. banyakkan pengambilan protein
  11. buangkan kebiasaan yang tidak baik - pengambilan gula yg berlebihan dalam minuman.
  12. jadikan org sekeliling sebagai sumber inspirasi - "nak kurus macam dia lah"
  13. catatkan setiap penurunan berat badan anda setiap bulan
  14. minum air yang mencukupi - yes! air masak
  15. berat badan turun, badan pun sihat..:)

Thursday, April 5, 2012

#bila awk katakan soal cinta# saya terima

Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna, tapi menerima pasangan kita dengan segala kelebihan dan kekurangannya, maka dia kan menjadi "sempurna" di hadapan kita.
 
maaf atas kekurangan saya.
maaf, jika menguji kesabaran awk.
maaf, jika pernah mengungkit kekurangan awak..

:)
but im happy with you.

thanks coz being my special :)

Wednesday, April 4, 2012

#Hadiah Buat maa#

yes! nak balik dah.
mid semester break.. :)
yahooooo!
tinggal khamis! jumaat!!!
horraaaayyy! 
setelah 3minggu tak balik.
okay!

ada hadiah buat maa :)
w/pun
harganya tak la mahal [ok what!! im student k..bukan manager  pensyarah lagi..Amin!dapat jadi lecturer ok jugak.:) ]
 biasa2 aje harganya.hihi. tapi cantik!!! [dimata saya] hihihi..:)

kain pasang utk maa di pagi raya nanti :)

hihhihihii..

p/s : harga tak penting. yang penting keikhlasan tuh..that im shown i love my mom!.. wah!

Monday, April 2, 2012

KeyChain buat Siti NurDini



nampak tak key chain nie. comey kan?
untuk my cousin :)
moga dia dapat 5A's UPSR.

dia pernah bagi saya keychain jugak :)
so saya balas yg nie.

im call her "Dini"
masa kecil2 saya pernah jadi pengasuh dia.:)
masa umi & abah dy pergi kursus.
saya duk dalam hotel jaga dy.

dy pernah mengeluh tau.
tak suka la jadi anak cikgu.
hahaha.
comel tau dy.
sekarang dh umur 12 tahun.
besar dah dy.:)

Sunday, April 1, 2012

1 April

apa yang korang tahu pasal 1 April??
teringat masa zaman sekolah dulu.. saya terkena April fool. Di mana dari situ lah saya tahu, bahawa kita sebagai umat islam TAK BOLEH sambut April Fool.
saya seorg pengawas sekolah. tak ada la tegas sangat. tapi *agak la* di anti oleh kawan sekelas yg suka cari pasal. haiish cerita lama.
Azlan [bukan nama sebenar] : Ida, Cikgu Mas nak jumpa.
Saya : kenapa??? 
Azlan : ntah! kat bilik kauseling tau.
Saya : okay.

sampai jep kat bilik Kauseling.. "cikgu nak jumpa saya?"
"eh. bila saya panggil? tak ada lah."
"ooh.. tak apa la cikgu terima kasih" sambil pakai kasut.

masuk jep kelas.
si Azlan dengan muka bangga kan.
"April Fool!!!!padan muka kau"

haissh apa lagi. bertikam lidah la..
tanpa sedar cikgu sejarah dah masuk.
cikgu tanya, saya pun bercerita.

dari situ kami tahu. yang April fool tak boleh sambut :)

nak Tahu kenapa???


Kenapa April Fool Tak Boleh Sambut

sumber maklumat : Laman Web Rasmi JAIS


Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh.  Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)
                                                                Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...