nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

saya redha

PADANG LUAS - Dua maut, manakala dua lagi parah dan seorang cedera ringan dalam satu kemalangan ngeri melibatkan dua kereta di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bahau, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Rafieh Haron, 52, yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa secara bersendirian, manakala Salmiah Ahmad, 59; Md Ferdaus Muhtar, 36; Norfazilah Abdullah, 24 dan Muhtar Lateh, 64, masing-masing menaiki kereta Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa, Rafieh dan Salmiah meninggal di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa ini meninggal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain pendarahan teruk di bahagian anggota badan yang lain.

“Sementara itu, dua lagi mangsa, Md Ferdaus cedera parah di bahagian kepala dan perut selain patah kaki kanan, manakala bapanya, Muhtar pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zahid berkata, seorang lagi mangsa, Norfazilah hanya mengalami luka di bahagian kaki namun pengsan semasa kejadian itu.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Md Ferdaus berjaya dikeluarkan dari kereta kira-kira jam 1.44 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Padang Luas untuk rawatan susulan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh,” katanya.

Mohd Zahid berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Md Ferdaus dari arah Temerloh dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kereta Perodua Kelisa.

Katanya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kematian? Kehilangan? Perkara yang saya takut dalam hidup. Kehilangan orang yang kita sayang. Kematian yang mengejut dan tak disangka-sangka. Masih terngiang-ngiang suara tok iman membaca talkin di tanah kubur. Rasanya baru semalam saya bergelak tawa sambil membuat kuih bersamanya. Masih terbayang wajahnya yang redup dan tenang. Saat di bilik mayat, terbujur kaku, jahitan dikaki, luka-luka dikedua tangannya dan pendarahan yang teruk. Kemalangan yang meragut nyawanya.

Seperti seorang anak menangisi pemergiaan seorang ibu, begitu juga lah saya yang merasai kehilangannya. Selama 1bulan 16hari saya bekerja, arwah lah tempat saya berkongsi kasih saat berjauhan dengan maa. Saya dilayan seperti anak sendiri .Kena marah macam anak sendiri. Dimanja seperti anak sendiri. Berkongsi suka duka juga seperti anak sendiri. Buatkan saya kuew tuew kegemaran saya untuk berbuka puasa. Gaji kedua saya, saya hadiahkan sepasang telekung buatnya, dan saya pasti arwah belum gunakannya.

Dalam pukul 2pm, maa dapat call dari Mak Do [makcik kedua], maa menangis…saya turut menangis bila diberitahu. Rasa hati terhiris, sakit sangat dengar berita tue. Rasanya baru 2hari lepas saya kerumahnya tapi arwah tak ada tapi saya sempat berbual dengannya di dalam hp. Dia sempat pesan pada saya amik kuih muruku yang baru dibuat untuk hari raya nanti [Terkilan sebab tak dapat buka puasa sama, coz saya nak balik cepat!] setelah dapat berita kematiannya. Kami bersiap untuk ke Hospital Temerloh. Saya pakai jubbah hitam kerana sememangnya janji kami untuk pakai jubbah pada raya tahun ini. Tapi hajatnya tidak kesampaian.

Sememangnya orang islam tidak baik untuk meratapi pemergian seseorang kerana sudah tertulis yang hidup akan mati jugak. Tapi hati siapa yang tahu, saya cuba bertahan. Sedih! Sedih sebab sayang. Sedekahkan yassin buatnya. Saya berpeluang untuk memandikan jenazahnya dan mengkafankannya.Ya ALLAH ampunilah dosa makcikku. Mencium untuk kali terakhir sebelum kain kapan diikat.

Jenazah di bawa pulang kerumah selepas berbuka puasa. Sekeping roti dan air kotak milo cukup bagi saya untuk rasa kenyang. Jenazah dikebumikan selepas solat terawih. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam orang yang beriman. Amin!

p/s :kita yang hidup ini pasti akan mati. Beramallah seolah-olah esok kematian menjemput kita. Hanya amalan dan doa anak soleh yang sentiasa mengiringi kita. Berhati di jalan raya ingat orang tersayang, jangan kerana kecuaian kita. Orang lain menjadi mangsa. L

4 comments:

RIMA DANIA said...

sabar ida..doakan doa selalu...

azs said...

Innnalillah.. Banyakkan bersabar ye Ida.. Sesungguhnya,Allah lebih sayangkan arwah.. Dia pergi pun dalam bulan mulia.. Kita doakan Arwah ye.. Al-Fatihah..

same name.. said...

sabar ye yunk..Allah tak kan ambil sesuatu yang kita syang melainkan Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik...

dariNya kita datang..kepadaNya kita kembali... semoga arwah dtmptkan dikalangn hamba2 yang solehah..Amin..

sedih muzik ko nie..sedey plak ak dengar..

IdaRaida said...

semalam kami dpt berita.sorg ag yg koma dlm kemalangn tue pun meninggal...huurmm..

btul yg hidup pasti akan mati...
moga rohnya dicucuri rahmat..amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...