nuffnang

Friday, August 26, 2011

Lailatul Qadar

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

[2] Isnin –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

[3] Selasa atau Jumaat –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

[4] Khamis – Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

[5] Sabtu –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar

Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata :

Bahawasanya Nabi S.A.W beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Doa pada malam lailatul Qadr

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني Allahumma innakaafuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni,”

“ Ya Allah sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan, maka ampunilah daku”

P/s : semoga kita mendapat ganjaran lailatul qadar. J selamat beramal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...