nuffnang

Saturday, November 2, 2013

Biar hari berganti hari.

Assalamualaikum...

time weekend je baru ada peluang utk update blog.
time nie si roomate masih tido.. housemate lain semua balik cuti midsem..
tinggal kami berdua....

ta tahu apa nak update..
walaupun tahu kalau update pun memang ta ada yang baca. hehehe..

okay... actually.. saya dan AA dah mula discuss about our next step for next year.
Allah.
banyak dugaan dan ujian nak kena tempuh...
atas individu je mampu handle atau tak...

saya harap saya dan AA mampu utk hadapi..

biarkan hari berganti hari...
Saya yang sejak 2 menjak nie jadi sensitif..
semua hal nak jadi isu....
keputusan & jawapan pun berubah.. tak tetap pendirian..
kejap saya kata gini.. kejap kata gitu...
kata AA "apa2 pun tahun depan last dia single..."
actually... tak tahu apa yang bermain kat fikiran nie...
Allah.. takut sangat nak hadapi nie....
tp saya tahu.. Allah tak kan bagi ujian pada kami kalau kami tak mampu...

so biarkan hari berganti hari...
saya harap ia berlalu dengan penuh makna.. Allah pegang hati saya.
jadi matang dalam buat keputusan. hurmmmmm..
i sory my dear AA.. i love u so much.. but sometime....... i lost my mind maybe nervous. maybe lots of thinking.. maybe..maybe.... to teach me how to appreciate u...


"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"

Saturday, October 26, 2013

Oho. lama tak update. busy!!!!!!!! Dunia kerja.

Assalamualaikum...

9/9/2013
bermula lah dunia pekerjaan.. aceh. "Dunia pekerjaan kan?"
praktikal lah!
at FCM :) dunia kerja yang berbeza dengan dunia belajar.
kena lebih komunikasi...atau lebih senang comunication skill tu kena ada.
sebelum melangkah masuk dunia praktikal..
saya dah meletakkan dalam diri.. saya pergi saya nak ambil sebanyak mungkin pengalaman kerja kat situ...
supaya nanti.. bila kena panggil interview.. boleh ceritakan serba sedikit tentang alam pekerjaan walaupun hanya 4bulan. ya!

FCM nie. kilang buat keyboard & relay.. customer dari overseas punya. kagum sebab dapat berkerjasama dengan staf & employee logistic.. mereka sangat baik dan tak kedekut ilmu...

dan pengalaman dimana masa briefing pagi..
saya kena tegur oleh exec sebab!!! data entry tak balance...bagi barang CIMS.
CIMS nie barang supplier.. bila dah enter baru company bayar.. kita guna baru bayar.. tak macam part material lain.. sampai je..dapat invoice..dalam tempoh tertentu..company akan bayar..
tapi barang CIMS tak..." ia cerewet sikit".. bak kata executive tu..:)
anyway..saya tak rasa down.. malah bersyukur.. Allah bagi saya rasa perasaan macam mana bila buat salah then kena marah dengan bos... eh kena marah?? ok tegur.. haha.

Alhamdulillah.. ia berjalan dengan lancar...:) saya diberikan jadual plan utk ke section manaII mngikut kesesuaian. aceh.

okay la.. nanti la sambung lagi okay.

eh di kesempatan ini... "Happy Birthday Abah Anuar.. Moga panjang umur & murah rezeki.....bahagia dunia dan akhirat.. diberi kesihatan yang sempurna..amin thanks atas pgorbanan terhadap kami sekeluarga... " walaupun his only my stepfather, but i love u like as my dad...

Thursday, August 29, 2013

Mencari yang hilang

"kau nie, aku cakap kau tak reti nak paham kan? aku busy aku busy. aku penat bekerja. kau tahu tak?? apa kau nak aku hadap setiap mesej setiap call kau ke??" marah Azlan.

"tak.. bukan tu maksud saya. saya cuma.." belum habis lagi apa yg di ucapkan....tut tut tut Azlan telah memutuskan panggilan.

"Ya Allah.." aku menangis, air mata mengalir.. semua mesej-mesej tidak dibalas, telefon bimbit juga dimatikan. mungkin tidak mahu diganggu lagi.

setiap kali bergaduh. sikap panas baran Azlan menjadi-jadi. kata-kata yang keluar dari mulutnya amat menyakitkan hati. Apa yang memilukan kata-kata kesat juga pernah terkeluar. Namun, hebatnya cinta manusia sesama manusia, sedih dan gembira datang bersilih ganti. Liza sentiasa bersabar, tapi sabar juga ada hadnya..5 tahun Liza bertahan dengan sikap Azlan, kini telah tiba waktunya Liza melepaskan orang yang dia sayang demi kebahagiaan diri sendiri.

"bila kita nak kahwen?" soal Liza.
"Sabar la.. berapa kali nak tanya? setiap hari nak tanya." jawab Azlan suara tegas.

Kini Liza meletakkan cinta buat Azlan adalah yang terakhir, dia mahu fokuskan pada kerjayanya sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di salah sebuah syarikat swasta. Dia juga merancang untuk menyambung pelajarannya diperingkat Master.

"awak, permohonan saya untuk sambung belajar telah berjaya." Liza memberitahu.
"ha baguslah, kita tak payah kahwen. Awak belajar la sampai ke tua." Balas Azlan sinis.
"hurm....saya tak tahu awak kenapa?! semua hal saya buat salah. tak kena dipandang mata awak! bila saya cakap soal kahwen. Respon awak.. sabar sabar sabar sabar! jadi saya perlu apa.." Liza mula marah.
"ha ungkit semua ungkit, bagus la ungkit."
"saya bukan nak ungkit. tapi awak..siapa saya dimata awak?"
"awak girlfriend saya!" tengking Azlan dan talian terputus.

Liza menghantar SMS selepas Azlan memutuskan talian, seperti biasa mesej yang di hantar jarang sekali untuk Azlan membalas.
"salam.saya tak tahu macam mana saya nak mula, tapi 5 tahun saya bersabar dengan awak. 5 tahun awk. bukan 5 hari. saya sayang awak, tapi saya nampak awak benci saya. payah ke awak nak cakap elok-elok dengan saya? kalau awak rasa, saya tak penting dalam hidup awak. lepaskan saya pergi utk kali ini. Mungkin bagi awak saya nie bukan siapa-siapa pun. ada atau tak. sama je pada awak. cukup la. saya tak nak lagi awk bersusah sebab saya." ........................[sent]

[Azlan]
"saya mtk maaf, saya tak sengaja. kita lupakan hal nie ye sayang." 

[reply]
"sory awk, hati saya sakit sangat. saya nak cari Azlan saya yang 5tahun dulu saya kenal. awak bukan Azlan saya. awak hidup dalam rupa dia yang sama. biarkan saya pergi. saya maafkan silap salah awak. saya juga minta maaf. Jangan cari saya lagi."..............[sent]

kring... kringg..... kringgggggggg

Lebih dari 5 panggilan Azlan tidak dijawab. Sepanjang malam itu, dia menangis meratapi hubungan 5 tahun yang di jaganya adalah hubungan yang sia-sia. Liza mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Masa berganti hari, hari berganti minggu. minggu berganti bulan. Azlan masih mengganggu, namun entah mengapa kekuatan berpihak padanya. Dia tidak menghiraukan Azlan, walaupun jauh disudut hatinya dia rindu pada Azlan. Dia berharap Azlan berubah menjadi seorang lelaki yang penyayang dan penyabar bukan seorang yang panas baran lagi. Setiap malam dia berdoa andai jodohnya masih bersama Azlan, mereka akan disatukan.Andai bukan dia redha dengan ketentuanNYA.

*bersambung* Ngatuk! hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...