nuffnang

Thursday, August 29, 2013

Mencari yang hilang

"kau nie, aku cakap kau tak reti nak paham kan? aku busy aku busy. aku penat bekerja. kau tahu tak?? apa kau nak aku hadap setiap mesej setiap call kau ke??" marah Azlan.

"tak.. bukan tu maksud saya. saya cuma.." belum habis lagi apa yg di ucapkan....tut tut tut Azlan telah memutuskan panggilan.

"Ya Allah.." aku menangis, air mata mengalir.. semua mesej-mesej tidak dibalas, telefon bimbit juga dimatikan. mungkin tidak mahu diganggu lagi.

setiap kali bergaduh. sikap panas baran Azlan menjadi-jadi. kata-kata yang keluar dari mulutnya amat menyakitkan hati. Apa yang memilukan kata-kata kesat juga pernah terkeluar. Namun, hebatnya cinta manusia sesama manusia, sedih dan gembira datang bersilih ganti. Liza sentiasa bersabar, tapi sabar juga ada hadnya..5 tahun Liza bertahan dengan sikap Azlan, kini telah tiba waktunya Liza melepaskan orang yang dia sayang demi kebahagiaan diri sendiri.

"bila kita nak kahwen?" soal Liza.
"Sabar la.. berapa kali nak tanya? setiap hari nak tanya." jawab Azlan suara tegas.

Kini Liza meletakkan cinta buat Azlan adalah yang terakhir, dia mahu fokuskan pada kerjayanya sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di salah sebuah syarikat swasta. Dia juga merancang untuk menyambung pelajarannya diperingkat Master.

"awak, permohonan saya untuk sambung belajar telah berjaya." Liza memberitahu.
"ha baguslah, kita tak payah kahwen. Awak belajar la sampai ke tua." Balas Azlan sinis.
"hurm....saya tak tahu awak kenapa?! semua hal saya buat salah. tak kena dipandang mata awak! bila saya cakap soal kahwen. Respon awak.. sabar sabar sabar sabar! jadi saya perlu apa.." Liza mula marah.
"ha ungkit semua ungkit, bagus la ungkit."
"saya bukan nak ungkit. tapi awak..siapa saya dimata awak?"
"awak girlfriend saya!" tengking Azlan dan talian terputus.

Liza menghantar SMS selepas Azlan memutuskan talian, seperti biasa mesej yang di hantar jarang sekali untuk Azlan membalas.
"salam.saya tak tahu macam mana saya nak mula, tapi 5 tahun saya bersabar dengan awak. 5 tahun awk. bukan 5 hari. saya sayang awak, tapi saya nampak awak benci saya. payah ke awak nak cakap elok-elok dengan saya? kalau awak rasa, saya tak penting dalam hidup awak. lepaskan saya pergi utk kali ini. Mungkin bagi awak saya nie bukan siapa-siapa pun. ada atau tak. sama je pada awak. cukup la. saya tak nak lagi awk bersusah sebab saya." ........................[sent]

[Azlan]
"saya mtk maaf, saya tak sengaja. kita lupakan hal nie ye sayang." 

[reply]
"sory awk, hati saya sakit sangat. saya nak cari Azlan saya yang 5tahun dulu saya kenal. awak bukan Azlan saya. awak hidup dalam rupa dia yang sama. biarkan saya pergi. saya maafkan silap salah awak. saya juga minta maaf. Jangan cari saya lagi."..............[sent]

kring... kringg..... kringgggggggg

Lebih dari 5 panggilan Azlan tidak dijawab. Sepanjang malam itu, dia menangis meratapi hubungan 5 tahun yang di jaganya adalah hubungan yang sia-sia. Liza mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Masa berganti hari, hari berganti minggu. minggu berganti bulan. Azlan masih mengganggu, namun entah mengapa kekuatan berpihak padanya. Dia tidak menghiraukan Azlan, walaupun jauh disudut hatinya dia rindu pada Azlan. Dia berharap Azlan berubah menjadi seorang lelaki yang penyayang dan penyabar bukan seorang yang panas baran lagi. Setiap malam dia berdoa andai jodohnya masih bersama Azlan, mereka akan disatukan.Andai bukan dia redha dengan ketentuanNYA.

*bersambung* Ngatuk! hehehe

2 comments:

mrS pinu said...

cisssss...saspen...dh smbg bgtau aku..hahhahhaahah

eiraabusamah said...

kak ida tulis sendiri ke?...:) such a sweet plot.....x sabar nak baca kesinambungannya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...