nuffnang

Sunday, March 25, 2012

Tetap Sayang Mereka


Saya dilahirkan untuk menjadi seorang akak. (anak Ke-2) dari 6 beradik. Ini bermakna, saya mempunyai 4 orang adik. Huurrmm.. pernah tak korang mengeluh melihat kelakuan adik-adik korang??

Rasa nak bagi penampar? Rasa nak tumbuk2? [ooppss belum tahap itu lagi..] kalau penumbuk pun, tumbuk2 manja.

Okay.  Kalau korang adalah adik.. [saya juga adik kepada sorang abang.] Pernah tak korang lawan cakap abg/akak??

4 orang adik  yang macam2 ragam.  

Yang suka merajuk, yang suka melenting, sensitif..yang pemalas..yang hyperactive..

Yang rajin, yang dengar kata, yang baik…semua la yang2.  Saya tetap sayang.
Adakala, kalau mereka lawan cakap saya. Saya masuk bilik dan nangis. Sambil berkata.. “sedih betul..orang tegur bukan nak dengar kata.”

Pastu merajuk utk 2jam.

Selepas 2jam, dengan tak bersalah datang bertegur sapa. “tak payah nak merajuk la..” sakit hatikan ayat tu yang keluar dari mulut adik2... bukan nak mintak maaf ke apa.  “hye! Rasa nak tumbuk2 jep!!!!!” tapi saya tetap sayang.

Saya yang busy dengan esemen yang berlambak2.. dapat mesej “akak. Tolong saya carikan esemen bla..bla..bla. urgent. Nanti email.internet down” Menyiarap..manja! dah kena cari kerja adik barulah sambung buat kerja kita. Alahai adik saya.. tapi saya tetap sayang.

“akak..sedih.bla..bla..bla..” [sambil dy nangis2].. sebagai seorang kakak..saya pun turut nangis. tak sanggup nak dengar adik2 dalam kesedihan. Tapi adik-adik macam tu ke kalau saya sedih?? [nanti kena tanya..]

“akak…tolong isikan borang bla..bla..bla..”..kenapa saya yang perlu isi?? Siapa yang nak belajar nie. Saya ke?? Haissshh..kena bebel panjang2 dulu dengan saya…tapi saya tetap tolong isikan.. see?? Sayangkan saya pada adik2 saya.

“akak..nak topup.urgent!”..yang ni sakit hati sangat. Tahu lah saya jual topup.  Kalau sebulan sekali tak apa. Ini ha. Sampai tiap2 minggu. Hamboi! Macam saya ni jutawan plak ye. Hhmmm..mengeluh. tapi saya tetap sayangkan mereka.

korang macam ni tak???

Opppss terpanjang sudah!

Dan dari kecil kami diajar untuk sayang menyayangi satu sama lain. Adik-beradik adalah kawan baik. Dan paling penting juga, dalam hubungan adik beradik adalah KEMAAFAN. Tipu lah kan kalau tak pernah gaduh sampai masing-masing hilang sabar. Tapi itu tak pernah lama. Masing-masing lembut hati untuk minta maaf. Kadang-kadang seorang kakak/abang yang minta maaf kepada adik-adik.

P/s : siapa pun kita, di mana pun kita berada, cerdik pandai ke kita, kita tetap satu keluarga. i love my family. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...