nuffnang

Sunday, August 9, 2009

Mencari Cinta

Benar kata orang, cinta itu buta. Cinta yang teramat sangat pada seseorang sehingga kita tidak dapat menilai mana kaca dan permata. Sungguh tega cinta yang disiram dan dibajai dengan kasih sayang akhirnya meninggalkan Nur Hadiaruz begitu sahaja dengan kepedihan dan pengajaran yang bermakna baginya. Namun, cinta bukan segalanya untuk seorang insan yang bergelar wanita untuk tunduk dan takut pada bayangan cinta.

Gagal dalam cinta tidak bermakna dia gagal dalam semuanya. Cuma kadang-kadang memang dia akui yang dirinya akan terasa kehilangan. Dulu tika sunyi ada yang mengisi ruang kesunyian, begitu juga tika kesedihan ada yang menggembirakan. Sayang dan rindu menjadi ruangan hari-hari perbualan antara Nur Hadiaruz dan Muhammad Imzan. Namun, mungkin kata-kata janji hanya dibuat untuk dimungkiri. Pasrah dan redha dengan apa yang ditetapkan olehNYA. Mungkin ini adalah permulaan pertama untuk dirinya mengejar cinta Illahi sebelum mengejar cinta manusia.

“ Nur..awk jangan membenci Im. Awk perlu memaafkan dia. Mungkin semua ini ada hikmahnya yang awk sendiri tidak tahu.” Kata Fasuha seorang sahabat baik Nur.

“ Ya…saya tahu itu. Dia manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga saya Suha. Saya seorang manusia yang perlukan masa untuk memaafkan dia. InsyaALLAH saya akan maafkan dia.” Balas Nur Hadiaruz.

Hubungan persahabatan antara Nur Hadiaruz dan Fasuha sudah terjalin sejak semester pertama lagi. Keakraban sebagai seorang sahabat baik mula terjalin apabila Nur dan Suha di tempatkan di Kamsis Ibnu Sina di semester tiga. Segala suka dan duka menjadi luahan bersama.

Bermula epilog cerita Nur Hadiaruz. Sejak berpisahnya dia dengan Muhammad Imzan hidupnya lebih tenang dan selesa. Bukan membenarkan perpisahan itu tetapi sudah dua kali Nur cuba memperbaiki hubungan yang telah terputus, namun pelbagai alasan yang Im berikan. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri, dia tidak lagi mengharap cinta Muhammad Imzan. Jauh disudut hatinya hanya untuk membuang bayangan Im.

“ Shida..saya nak tanya sikit boleh tak??” Soal Nur kepada Shida.

“ Tanya lah…InsyaALLAH. Jika saya boleh jawab saya jawab.” Balas Shida.

“ Shida, kenapa seseorang itu akan kecewa apabila cinta yang disanjungnya meniggalkannya??’’..

“ erm…cam rumit je nak jawab. Tp saya cube ok…memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik pada seorang perempuan, begitu juga seorang perempuan akan tertarik dengan seorang lelaki. Tetapi perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu adalah salah. Cinta dapat membutakan mata dan hati seseorang dalam membezakan perkara yang hak dan baril. Kekecewaan akan muncul apabila kita terlalu meletak seseorang itu terlebih dari segalanya. Sehingga kita lupa bahawa kita perlu menyayangi dan mencintai Yang Maha Esa.’’ Jelas Shida.

“ Yeah..awk betul Shida. Terima kasih untuk jawapan itu. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang membuatkan saya yakin dengan apa yang perlu saya lakukan. ” jawab Nur tanda berterima kasih.

“ Tak apa lah Nur, saya paham perasaan awk. Awk memang perlu tahu bahawa kita sebagai umat islam perlu mengejar Cinta Ilahi sebelum mengejar cinta manusia. Sesungguhnya menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluknya adalah cinta hakiki dan abadi. Jika awk menumpukan perhatian dalam mengejar cinta Allah, sudah tentu Allah akan memberikan awk cinta manusia yang tulus dan ikhlas menyayangi diri awk. Perkara yang lepas awk jadikan pengajaran dan pengalaman. Kata Shida memberi kata-kata yang penuh pengertian.

“ InsyaAllah Shida saya akan pegang kata-kata awk nie. Terima kasih sekali lagi. Awk memberi nasihat yang amat bermakna buat saya.’’ Balas Nur.

“ sama-sama sayang. Sudah la jom kita balik ke bilik. Jam pun sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.’’ Ajak Shida sebagai mengakhirkan perbualannya dan Nur.

5bulan telah berlalu………………….

Selesai solat isyak. Nur sibuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Sedang asyik membuat tugasan nada ringtone menandakan satu mesej telah diterima.

“kenapa tetiba dia bagi mesej??” bisik hati kecil Nur.

Assalamualaikum. Nur maafkan saya atas silap saya selama ini. Saya tahu saya bersalah dalam hubungan kita dulu. Sudikah awk memaafkan saya dan memberi peluang sekali lagi buat diri saya. Saya menyesal dengan apa yang saya pernah lakukan. Nur saya sanggup tunggu awk. Maafkan saya.

Terpapar diskrin handphone Sony Ericson milik Nur Hadiaruz, mesej yang diterima dari Muhammad Imzan.

“Ya Allah kuatkan iman aku dalam menghadapi dugaan ini.” Bisiknya lagi.
Allah itu Maha Mengasihi hamba-hambaNYA. Pada suatu ketika Dia menutupkan pintu kebahagian seseorang itu atas kelemahan diri sendiri..tetapi Dia bukakan satu lagi pintu kebahagian yang baru. Cuma seseorang yang tadi berdiri terlalu lama di pintu yang ditutup tadi tanpa sedar kewujudan pintu yang baru itu. Dia sentiasa menolong hambaNYA Cuma kita tidak sedar.

Waalaikummussalam. Saya tahu awk sesal dengan apa yang awk buat. Tidak ada apa pun yang perlu saya maafkan. Awk tak salah pun. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau ada jodoh, insyaAllah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awk tunggu saya. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan segalanya. –yang terakhir dari Nur Hadiaruz-

[send]
[sending]
[message sent]

“Saya dah buat keputusan dan saya yakin ini betul. Saya juga yakin Allah telah mengatur yang terbaik buat saya. Saya takkan berpatah balik. Takkan buat selama-lamanya.” Tegas NUR HADIARUZ selepas membalas pesanan ringkas kepada MUHAMMAD IMZAN.

2 comments:

Qisse Karim said...

em..nice la..
tp da abes ke??? ade smbungnan lg x???

IdaRaida said...

ala...xde sambungn dah,,
short story la kan..
hehehhe,,
hadiaruz meninggalkan kisah silamnya..
sbg pngajaran & pngalaman..
kesilapan itu xkan diulangi..
bley jd mngajaran pd kita!!!
hehhehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...