nuffnang

Tuesday, June 8, 2010

ku terima takdir Mu

Allah S.W.T berfirman :
“ Sesungguhnya Kami menciptakan segalanya sesuatu menurut ukuran. Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kejapan mata.” ( Al-Qamar : 50 )

“ Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan ( apa yang Dia kehendaki ) dan disisiNYA-lah terdapat Ummul Kitab ( Lauh Mahfuzh )” ( Ar-Ra’d : 39 )
*********************
Termenung aku di jendela. Teringat saat terakhir aku mencium pipi insan yang aku sayang. Saat dan ketika ini tidak pernah aku lupakan akan saat manis bersamanya. Terasa baru semalam gelak tawa dan gurau senda bersama. Namun sudah 7 tahun ia berlalu...dan selama 7 tahun itu aku masih lagi merindui peluk dan cium manjanya itu.
Teringat saat-saat itu, tika aku masih lagi diawal remaja memerlukan kasih sayang insan bergelar ayah. Mulai saat itu tiada lagi kedengaran panggilan ‘abah’ dalam hari-hari ku. Terasa kehilangan saat itu.

Sebuah van milik syarikat tempat abah bekerja memasuki kawasan rumah.

“ maa..abah balik..” terdengar suara Abg Hairi diluar rumah.
Hidayu lantas berlari keluar rumah setelah mendengar suara Abg Hairi yang memberitahu abah yang dirindui pulang.

“ Eh..Pakcik Zaidi..ingat kan abah tadi..” kata Abg Hairi setelah melihat Pakcik Zaidi dan Pakcik Ishak keluar dari van.

Hidayu dan Abg Hairi saling berpandangan.

“ Abah kamu sakit nie..” Balas Pakcik Zaidi sambil membuka pintu van…

Sayu aku melihat wajah abah pucat menahan kesakitan.
Pakcik Ishak dan Pakcik Zaidi adalah rakan tempat kerja abah.
Aku menjadi semakin sedih apabila Pakcik Ishak memberitahu sudah beberapa hari abah sakit.
Aku teramat mengenali dirimu abah. Seorang yang penyabar dan tidak suka untuk menyusahkan orang lain mahupun isterinya sendiri, ibuku.
Aku juga tahu, abah tidak mahu keluarganya risau akan keadaan kesihatannya.
Abah ditugaskan bekerja di Putrajaya dan terpaksa meninggalkan kami kerana mencari rezeki untuk membesarkan kami. Namun abah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah buat 5 orang anaknya.

Pada petang itu, ibu memujuk abah untuk ke hospital untuk menerima rawatan sepatutnya. Abah seorang yang tidak suka ke hospital dan juga tidak suka makan ubat.
"kelakar abah nie".Hatiku tertawa.

“ Abah..ayu jaga abah malam nie ye?” aku bersuara untuk menjaga abah di hospital.
“ Tak pe la..maa kan ada..” abah bersuara.
“ Ala..tak pe la abah..ayu jaga abah ye malam nie..” balas ku.
“ Esok Ayu exam kan??..” Tanya ibu kepada ku. Soalan itu mematikan hasrat ku untuk menjaga abah.
“ Haah..” aku mengangguk lemah.
“ Tak pe la..esok lepas solat jumaat Ayu jaga abah ye. Kesian kat Maa penat.” Balas abah sambil tersenyum.
“ Ye abah..” balas aku menghulurkan tangan dan mencium pipi lesu abah. Adik-adik ku juga turut mengikut langkah ku.

Kami dan Abg Hairi beransur pulang apabila waktu melawat telah pun berakhir.

Abah menghidap Barah Hati sejak aku berumur 11tahun lagi. Dan selama 4tahun itu tabahnya abah menghadapi semua itu sehingga ke akhir hayatnya.

Aku terjaga dari tidur dan melihat jam di dinding sudah hampir pukul 4.20 a.m.
" Ya ALLAH..Inalillah.." kedengaran suara Abg Hairi setelah menjawab panggilan telefon.
aku terdengar tangisan Abg Hairi.
“ Abg..kenapa?.” aku bertanya. Dalam masa yang sama aku dapat merasakan bahawa ada berita yang aku akan terima walaupun pahit.
“ Abah…abah dah tak ada..” sebak Abg Hairi bersuara.
“ Ya Allah..” terasa laju air mata bercucuran.
Saat itu aku bagai hilang arah. Adik-adik ku yang sedang tidur dikejutkan dengan berita sedih. Kami saling berpelukkan menerima pukulan takdir yang bakal mengubah hidup keluargaku.

Terkilan dihati apabila tidak sempat untuk aku menjaga abah selepas solat jumaat. Abah telahpun meninggalkan kami pada pagi jumaat bersamaan 20 Jun 2003.
ALLAH lebih sayangkan abah.

“ Ingatlah pesananku yang terakhir, bahawasanya Allah Tuhan kita, Islam satu-satunya agama kita dan Nabi Muhammad s.a.w Nabi kita. Kepada Allah kami berharap agar memberi perlindungan kepadamu, mengampunkan segala dosamu dan kesalahanmu serta menerima segala amalan dan kebajikanmu. Ya Allah yang Maha Pelembut, Ya Allah yang Maha Mendengar dan Menerima doa hambaNya yang lemah, kami merayu dengan perasaan sedih dan penuh penghargaan serta dengan berkat kemuliaan RasulMu agar tiadalah mayat saudara kami ini disiksa dan diazab..” talqin terakhir yang dibacakan oleh Tok Imam.

Sukar untuk Ayu dan keluarga menerima pukulan takdir ini..

“Ya Allah kuatkan hati hambaMu yang lemah ini.” Hati berbisik.
Selesai solat isyak dan bacaan yasin. Aku tidak mampu untuk bangun dari tikar sejadah. Terasa lemah seluruh tubuh ku. Aku berasa keadaan bertukar gelap.

Tanpa aku sedar aku telah pun berada di atas katil. Apa terjadi pada aku?? Aku melihat Tok Maa berada disamping ku. Tangan Tok Maa memeluk tubuhku.
“Tok Maa..” Ayu memanggil.
“ Ye..tido la..ayu pengsan tadi.” Balas Tok Maa.
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Tetamu yang hadir untuk tahlil juga sudah pulang.

“ Tok Maa…” suara ayu lemah sambil airmata mengalir.
Aku membangunkan tubuhnya dan memeluk erat nenek. Saat itu, hanya airmata yang mampu mengalir tanpa aku bersuara. Tok Maa mengusap belakang tubuhku.

“ Sabar..dugaan Allah tuk hambanya..Ayu jangan cam nie.banyak-banyak berdoa moga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.” Pujuk nenek.

“ Ayu hubungan Ayu dengan abah tidak akan terputus. Pada zahirnya Ayu tidak dapat rasa kasih sayang seorang ayah, tapi pada batinnya Ayu mencurahkan sayang Ayu sebagai seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan untuk ibubapanya. Ingat doa anak-anak soleh dan solehah yang akan sentiasa bersama ibubapanya sehingga akhir hayat.” Kata-kata Tok Maa yang mampu mententeramkan hati Ayu dalam kesedihan.

“ Ya ALLAH sayangi lah kedua ibubapa ku seperti mana mereka menyayangi ku sejak dari kecil hingga sekarang”. Aku cuba mengagahkan hati dan menerima takdir yang telah ditetapkan. Dan aku sebagai anak hanya mampu berdoa moga abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. “ Abah…selamanya sayang abah”.

Thursday, December 17, 2009

jika aku jatuh cinta

" Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta. cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU..agar bertambah kekuatan ku mencintai-MU"

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..
kerana ALLAH teramat menyintainya..
tetapi andai kita terjebak dengan cinta lelaki...dimana ALLAH utk sayang kita???
dimana ALLAH utk menjaga kita??
ALLAH seperti melepaskan kita kpd seseorg manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..
jika ALLAH datangkan kesedaran kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta yang hanya hadir memberi kebahagian lalu memberi kita kekecewaan...
ini bermakna ALLAH mahu mengambil kita kembali utk dijagaNYA....

Sunday, August 30, 2009

gadisku...



Awan yang mendung seakan memahami hati kecilku yang turut resah akan permainan dunia ini. Siang akan berlalu dan akan digantikan pada keheningan malam yang syahdu bersama sinaran purnama bulan dan dihiasi kerdipan bintang-bintang. Suasana malam seolah-olah membuatku mengingatkan memori indah. Aku menganggapkan purnama itu bagaikan kecerahan wajahmu si gadis, bintang-bintang umpama sinaran pada matamu. Indahnya islam kerana menyeru hidup si gadis untuk sentiasa menutup aurat diselubungi jubah dan hijab yang indah dan menjadi idaman seorang lelaki…

Gadisku….kerana rupa parasmu, kerana kecantikanmu, kerana keseksianmu, betapa seorang lelaki amat menyayangimu sedalam dalamnya lautan. Gadisku, kau memberi harapan kepada insan yang menyayangi. Namun aku juga sebagai seorang gadis tidak sanggup melihat engkau terus hanyut dalam buaian mimpi diulit syaitan dan nafsu. Nauzubillah.. “ Ya ALLAH lindungi kami dari pautan nafsu”.. Jangan kau terus leka cinta duniawi wahai si gadis.
Ketahuilah gadis ku menyayangi dan disayangi adalah fitrah manusia, bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Mengapa perlu mencari sedangkan jodoh sudah ditentukan oleh Allah, dan sebagai seorang hamba kita perlu bersedia dengan jodoh yang ditentukan.. sudah ditetapkan seorang gadis yang baik untuk seorang lelaki yang baik.

Gadisku….tidakkah engkau tahu bagaimana keadaan kaum hawa pada zaman Jahiliyyah dahulu. Betapa kaum Hawa menjadi medan pertarungan nafsu. Betapa seorang ayah sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu. Lihat, wahai gadis betapa kaum Hawa di zaman Jahiliyyah. Namun, satu cahaya membujur lalu, yang menyelamatkan maruah dan meninggikan kaum Hawa. Tahukah kamu cahaya apa??? Itulah cahaya Islam yang berimankan Allah Maha Esa.

Gadisku….namun zaman sudah pun berubah. Betapa sedihnya diriku melihat kau melempiaskan kecantikanmu yang sedang mekar dan melupakan kuntuman yang selama ini menjaga mu. Kau biarkan kumbang perosak menyedut madumu. Gadisku, bangkitlah dan sedarlah dari buaian nafsu. Dikau masih ada sinar harapan yang membuat mu tersenyum. kembalikan kuntuman mekar dan jagalah kelopakmu dari dipegang oleh tangan yang bernafsu serakah.

Gadisku..penuhi akalmu dengan mutiara ilmu. Teguhkan hati-hatimu dengan tiang iman dan takwa. Lindungilah dirimu dengan pagar syariat. Hiasilah peribadimu dengan bunga akhlak. Selimutkan dirimu dengan sutera kasih sayang ibu dan ayahmu. Rendahkan hatimu dengan rasa kehambaan dan naikkan martabatmu sebagai kaum Hawa. Bangkit dan bangun wahai gadis, betapa indahnya islam disisi. Inilah cebisan pesananku buat mu dan juga diriku yang bergelar gadis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...