nuffnang

Monday, April 2, 2012

KeyChain buat Siti NurDini



nampak tak key chain nie. comey kan?
untuk my cousin :)
moga dia dapat 5A's UPSR.

dia pernah bagi saya keychain jugak :)
so saya balas yg nie.

im call her "Dini"
masa kecil2 saya pernah jadi pengasuh dia.:)
masa umi & abah dy pergi kursus.
saya duk dalam hotel jaga dy.

dy pernah mengeluh tau.
tak suka la jadi anak cikgu.
hahaha.
comel tau dy.
sekarang dh umur 12 tahun.
besar dah dy.:)

Sunday, April 1, 2012

1 April

apa yang korang tahu pasal 1 April??
teringat masa zaman sekolah dulu.. saya terkena April fool. Di mana dari situ lah saya tahu, bahawa kita sebagai umat islam TAK BOLEH sambut April Fool.
saya seorg pengawas sekolah. tak ada la tegas sangat. tapi *agak la* di anti oleh kawan sekelas yg suka cari pasal. haiish cerita lama.
Azlan [bukan nama sebenar] : Ida, Cikgu Mas nak jumpa.
Saya : kenapa??? 
Azlan : ntah! kat bilik kauseling tau.
Saya : okay.

sampai jep kat bilik Kauseling.. "cikgu nak jumpa saya?"
"eh. bila saya panggil? tak ada lah."
"ooh.. tak apa la cikgu terima kasih" sambil pakai kasut.

masuk jep kelas.
si Azlan dengan muka bangga kan.
"April Fool!!!!padan muka kau"

haissh apa lagi. bertikam lidah la..
tanpa sedar cikgu sejarah dah masuk.
cikgu tanya, saya pun bercerita.

dari situ kami tahu. yang April fool tak boleh sambut :)

nak Tahu kenapa???


Kenapa April Fool Tak Boleh Sambut

sumber maklumat : Laman Web Rasmi JAIS


Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh.  Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalupin , pasti kamu tetap mengikuti mereka”. Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab”Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)
                                                                Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...