nuffnang

Tuesday, June 4, 2013

Semoga Tokmek tenang di sana

Assalamualaikum..

Al-fatihah buat Arwah Tokmek.
dah hampir 3 minggu tokmek meninggalkan kami semua.
meninggalkan dunia ini.

teringat saat terakhir kali berjumpa dgn arwah tokmek.
time hari raya puasa.
kami bermaaf-maafan.
seriusly! sgt rindukan zaman kanak2.
sejak abah pergi...ada jurang antara kami.
bertahun..maybe dlm 8tahun. sbb abah pergi dah 10 tahun.
tapi, mohon pada Allah moga kami bersatu mcm dulu.
Alhamdulillah. doa dimakbulkan.
kami bertemu raya tahun lepas.

2hari sebelum tokmek meninggal.
baca status mokteh (adik perempuan arwah abah). berbunyi sedih dan menyatakan tokmek sedang sakit.
saya berbalas komen di Fb.
itu je perhubung kami. wlaupun masing-masing ada hp canggih.
ntah la.
hari arwah tokmek meninggal.
saya bermimpi.. rumah tokmek penuh org.
nampak jenazah diselimutkan.. dan ta tahu kenapa dalam mimpi tu... saya cakap "tokmek meninggal" sedangkan ta dapat tgk pun muka disebalik selimut putih tu.

dan terjaga dari tidur.
sebab maa kejutkan.
maa menangis...
"ida, tokmek tak ada dah.."
terkejut. mimpi tu?

dan jenazah tiba selepas zohor dari Seremban.
saya mampu membaca yassin. di ulang2 sebanyak 4kali yassin.
nak meratap meraung. itu bukan cara kita.
selepas asar, arwah selamat dikebumikan.
still merasa kehilangannya wlaupun sudah seminggu.
saya sebagai cucu. mendoakannya semoga tenang di sana dan terlepas dari azab kubur.

Tokmek.
walaupun tokmek tak sempat rasakan kasih syg cucu2 tokmek nie sampai akhir hayat tokmek.
saya percaya.
dengan doa yang saya kirimkan. saya harap tokmek merasai kasih sayang saya pada tokmek.
sebab tokmek ibu yang melahirkan abah.
al-fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...