nuffnang

Friday, February 1, 2013

Makcik itu

Pagi itu, aku dan maa bersarapan pagi di kedai makan makcik ku iaitu kakak kepada maa. Aku kekenyangan kerana sarapan pagi aku utk hari itu sepinggan nasi lemak dan air suam.

sedang asyik aku bermain game menggunakan handphone, aku tertarik dengan seorang makcik yang dalam jangkaanku usia mencecah 55tahun kerana makcik tu kelihatan lebih tua berbanding maa memasuki kedai.

maa kenal makcik itu,
kami semeja.

"anak kau?" tanya makcik itu pada maa.
"haah, ini anak kedua saya.."
aku senyum memandang ke arahnya.
"dia buat apa?" masih menyoal
"belajar lagi..cuti sem sekarang nie..tu yang ada nie.. kalau tak saya sorang je.."
"oh, bagus la.. belajar rajin2, kerja best2.. jangan lupa balas jasa mak kau." pesan makcik kepadaku.

aku hanya senyum. tiada kata yang terkeluar.

"bagus anak kau nie..kalau anak aku...hurrrm" makcik itu mengeluh panjang.
"ala.. anak akak pun bagus2 jugak.." balas maa
"ah.. tak adanya bagus.. bila kahwen dapat bini.. mak pun lupa.." katanya.

aku melihat raut mukanya berubah..

"kalau aku nak cerita pasal anak-anak aku.. menangis la aku setiap hari..." katanya lagi.

aku dan maa hanya diam membisu.

"bla..bla.. bla.."  makcik itu mula menceritakan kisah anak-anaknya.

aku hanya diam mendengar dan berfikir rupanya masih ada anak-anak yang lupa ibubapa mereka saat mereka HIDUP MEWAH! dapat BINI CANTIK! lupa HARAM HALAL! ia bukan drama dalam TV semata-mata.. berlaku pada makcik itu.

apa yang paling menyedihkan aku, bila makcik tu tak REDHA PERKAHWINAN anaknya. Ya ALLAH. mana kebahagiaan sebuah perkahwinan jika ibu tak redhaa, sedangkan redha Allah terletak pada redha ibubapa. okay! macam mana nak redha... sbb sang anak ambil isteri org? Nauzubillah. iye isteri org, di mana suaminya dipenjarakan. tp belum bercerai?? see? hurrmm aku pun mengeluh.

airmata makcik tu aku tengok tak jatuh pun.. tapi seolah2 dia paham apa aku teka.

"aku dah puas menangis."kata makcik tu.

"Ya Allah, kuatkan semangat makcik tu. Berilah petunjukkan kepada anak2nya".

p/s : maaf! bukan nak menceritakan atau mengaibkan sesiapa.. tapi sebagai pengajaran pada kita semua. sayangilah ibubapa selagi mereka ada. jangan jadi anak derhaka. amalkan setiap hari utk mohon maaf pada ibubapa kita..kadang2 kita tak sedar pun kita buat salah dah menghiris hati mereka kan? malu?? tetiba nak salam minta maaf? taktik saya..saya akan solat sebelum maa solat..bila sama2 siap..saya akan hulurkan tangan mohon maaf... selalunya time maghrib.:) selamat beramal.

2 comments:

RIMA DANIA said...

ada mak yang terasa anak dia di ambil orang.. anak x balik seminggu ,dua pun dah kata anak dirampas orang, anak derhaka.. lepas tu menantu baik pun kata tak baik sebab bukan menantu pilihan.. bila menantu balik kampung, dia complain yang bukan2 dekat orang kampung... ada yang sampai memilih cucu.. letak title cucu kesayangan dll..fiya pernah tengok situasi mcm ni.. padahal anak2 dia bertanggungjawab kat mak dia.. cuma bila mak dia terlalu buat perangai bukan2, anak2 stress, anak2 makin malas nak balik rumah sebab tertekan dengan sikap mak nya.. bila mak nya makin tua, tinggal sorang.. masyarakat salahkan mak... tapi tak pernah fikir perasaan anak pulak.. benda ni pun boleh terjadi.. ayah fiya selalu ingatkan.. zaman sekarang bukan anak je buat mak macam tu.. tapi ada jugak yang mak & ayah tak terima anak, tak restu perkahwinan anak, cop anak dia anak derhaka sebab kepentingan diri sendiri..
apa2 pun semoga mak cik yang ida ceritakan tu tabah dengan kehidupan dia.. kalau anak2 dia sayangkan dia..mesti anak2 dia balik tengok2 dia.. pengorbanan mak tu tak ternilai walaupun dia sempat jaga kita sekejap je..

RIMA DANIA said...

bila dengar ayah fiya cerita macam tu..fiya tau ayah fiya terlalu sayangkan anak2 dia dan tak akan label anak dia anak2 derhaka walau apa pun yang terjadi.. T_T macam tu jugak dengan umi fiya.. sekali pun marah sangat dengan anak kalau lah anak buat silap... dia tak akan sebut anak dia anak derhaka.. tapi sentiasa doa yang baik2 untuk anak2 dia.. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...