nuffnang

Sunday, December 12, 2010

cinta pertama 1

Aku melajukan langkahku sepantas mungkin. Derap kasut dibelakangku kian hampir dengan ku dan ia amat merimaskan. Sudah beberapa kali aku terserempak dengannya. Malangnya setiap ke mana aku pergi pasti aku akan ku temui insan yang kehadirannya amat menggangu ku.

“Nadia. Tunggu!!!” Aku tidak pedulikan suara itu. langkah ku makin laju.

“ Nurul Iman Nadiayanah.” Panggilnya lagi. Saat ini aku terasa kesabaran ku benar-benar tergungat. Namun masih aku tidak hiraukan. “Rimas!!!” pekik hatiku.

Tiba-tiba terasa langkah ku terhenti dan lenganku ditarik kasar dari belakang. Haidil menyekat perjalanan aku untuk ke kelas. Aku meminta Haidil untuk melepaskan lengan ku. Aku tahu Haidil marah kerana aku tidak menghiraukan panggilannya.

“Hye..tolong la. Apa pegang-pegang nie!!” bentak ku supaya Haidil melepaskan lengan ku.

Haidil masih memegang lengan ku. Aku terkejut apabila Haidil menarik aku ke suatu sudut yang sukar dilihat oleh pelajar lain. Kejadian ini berlaku di Jabatan Mekanikal.

“Haidil..lepaskan aku!! apa yang kau nak sebenarnya?!!!!!” marahku.

“Im sorry..Haidil terpaksa buat macam nie…kalau tak Haidil tak dapat jumpa Nadia”. Kata Haidil setelah melepaskan lengan tanganku.

“Aku ada kelas sekarang nie.” Jawabku untuk mengelak darinya.

“Wait Nadia..” Haidil merenung tajam ke arah ku. Aku serba salah kerana sememangnya aku takut untuk berhadapan dengan situasi tenungan mata seorang lelaki.

“Haidil..please..dont stare at me!..aku tak suka!!” marah ku lagi.

“Kau masih cute Nadia” kata Haidil setelah melihat aku semakin marah.

“Please la..aku ada kelas sekarang nie. Jangan la kau nak buang masa aku dengan semua nie Haidil”. Kataku dan melangkah pergi.

“Nadia please..kita berbincang.?Masih belum terlambat lagi kan untuk Haidil minta maaf pada Nadia?” soal Haidil padaku. Langkahku terhenti

“Hye please la Haidil..aku nie bukannya Nadia yang kau kenal 2tahun dulu tau.” Balasku.

“Tapi Nadia..Haidil masih perlukan Nadia”. Katanya.

“Kau nak kan Nadia? Bukan ke Nadia dah mati dalam hidup kau? dan sekarang di depan kau nie bukan Nadia yang pernah kau sakiti dulu”. Balasku sinis.

“Tapi Nadia.. macam mana dengan hubungan kita yang terbina dulu?. Balas Haidil.

“Macam mana apa?? Kau dan aku dah hampir 6 bulan kita putus. So apa masalahnya? Kau yang dulu buang Nurul Iman Nadiayanah. Sekarang kau mahu kan dia???” balasku semakin geram.

Haidil terdiam.

“Sudah la Haidil. Aku dah lupa kan pasal tue. Aku harap kau bahagia. Kita dah semester akhir. So Do your best. Aku doakan kau.” Kata ku lagi setelah menyedari Haidil masih membisu.

“Nadia..maafkan Haidil dan terimalah Haidil. Haidil menyesal dengan apa yang Haidil pernah lakukan pada Nadia”. Haidil bersuara.

“Aku dah lama maafkan kau. Tapi memaafkan kau tidak bererti aku akan terima Khairul Haidil kembali dalam hidup aku dan ianya tidak mungkin.”

“Maaf Haidil. Aku dah lambat untuk ke kelas. Apa-apa pun aku harap kau dan aku dapat menamatkan pengajian kita dengan satu kejayaan. Assalamualaikum..” Kataku dan mula melangkah meninggalkan Haidil.

Aku melangkah meninggal Haidil. Namun aku tak tahu mengapa pendam yang ku simpan terlepas juga bersama airmata. “ aku harap hari ini adalah hari terakhir aku berjumpa dengan Haidil setelah hampir setiap hari dia menunggu peluang untuk bercakap denganku.”

Aku memasuki kelas. Aku bernasib baik kerana pensyarah belum masuk ke kelas. Aku menuju ke tempat duduk ku yang bersebelahan Aishah iaitu kawan rapat ku. Aku hanya diam membisu tanpa senyuman terukir dibibir ku.

“Hai Nadia..lewat masuk ke kelas. Tadi cakap nak masuk awal sampai tak menyempat tunggu aku dah.” Aishah seolah-olah menyindir manja.
Aku hanya mampu tersenyum hambar. Sepanjang kelas berjalan, aku hanya mendiamkan diri sehingga kelas tamat.

“Nadia jom pergi makan.” Ajak Aishah.

“Thanks, tapi aku berapa sihat la..malas nak jalan.”balasku.

“Ok.kau nak apa-apa tak? Kuih Ketayap? Roti sosej?” tanya Aishah kepada ku yang mengetahui aku memang mengemari dua jenis makanan itu.

”Mineral water.” Balasku. Aku tersenyum.

Kelas terakhir untuk hari ini adalah Kewangan Perniagaan. Walaupun banyak jalan kerja tapi aku rasa aku suka. Mungkin minat yang mendalam pada matematik sejak zaman-zaman sekolah sehingga aku di tempatkan dibidang akaun masih lagi meminati matematik berbanding dengan subjek akaun. Huh! Akaun payah bagiku.

Selesai solat isyak, aku dan Aishah merehatkan diri. Kerja yang diberikan untuk kelas hari ini telah pun kami siapkan. Terbaring menghadap kipas syiling. Masing-masing mendiamkan diri dalam beberapa minit.

“Nadia…” Aishah mula bersuara. “ye..” jawabku lemah.

“Did u have some problem? Tanya Aishah padaku. “Nop” balasku ringkas.

“Are u sure?” tanya lagi.. “Yeah sure..kenapa?”

“kau rasa aku baru kenal kau sem nie ke Nadia?” soalan ini mematikan aku untuk terus menipu.

“Tak..” balasku ringkas. “So?” balasnya lagi.

“Hurrrmm.. Aishah kau tahu aku ada jumpa si Haidil masa aku berjalan nak ke kelas pagi tadi”.

“See.?..agak dah..tu yang kau masam mencuka je masuk kelas tadi kan?? dia nak apa lagi dengan kau..mesti dia sakitkan hati kau lagi kan??”

“Tak lah, dia tak sakitkan hati aku. Cuma fikiran aku terganggu sebab dia. Aku tak tahu macam mana lagi nak mengelak dari dia.”

“Ye ke dia tak sakitkan hati kau? Aku tanya nie kau jangan marah ye Nadia?”

“Tak ada sebab aku nak marah kau, kalau kau tak tanya soalan pelik-pelik ok?”

“Aku rasa soalan aku nie tak pelik, tapi aku tak tahu la pada kau kan..eerrmmm kau sayang lagi Haidil ?.kau dah lupakan dia?”

Soalan itu membuatkan Nadia terdiam.

“Nadia…pelik ke soalan aku?? Kau marah aku??” tanya Aishah apabila menyedari sahabat baiknya tidak menjawab dan hanya memdiamkan diri sahaja.

“Tak adalah Aishah.. soalan kau tu tak adalah pelik sangat..biasa je…” Nadia tersenyum dan membangunkan diri lalu bersandar pada dinding. Aishah mengikut rentak Nadia. Kedua-dua bangun bersandar ke dinding.

“Kau pun tahu kan hubungan kami dah 2tahun pun terjalin masa tu..sem5 dia yang lepaskan aku. Aku merayu time tu. Aku minta penjelasan dari dia tapi maki hamun yang aku dapat dari dia. Aku sedih Aishah. Sedih sangat.” Tanpa aku sedar airmata aku gugur dihadapan sahabat baikku.

“Aishah..Mana mungkin sayang yang pernah ada dalam hati aku buang macam tu je…tapi kerana sikap Haidil aku rasa ia sudah pun terjadi dan aku cuba untuk lupakan dia.. hanya masa dan kesibukan aku akan menentukan semuanya. Dan aku akan lupakan dia. ”. Terangku lagi.

“Nadia, aku simpati pada kau. Tabahkan kau time tu, dah la nak exam, korang plak gaduh dan akhir putus pada malam exam. Aku rasa kalau aku ditempat kau, aku tahu menangis je. Memang tak hadap buku dah.” Aishah memberi respon.

“Aishah kalau nak ikutkan hati aku, memang aku macam tu. Tapi untuk apa aku abaikan pelajaran aku hanya untuk menangiskan orang yang lukakan hati aku. Lagipun time tue, kau ada untuk menjadi semangat aku. Dan aku bersyukur kepadaNYA kerana kuatkan semangat aku untuk aku hadapi dugaan seperti itu.”

“Tapi Nadia, kau kan jenis mudah maafkan orang kan? So kau rasa ada lagi tak sayang itu untuk dia” tanya Aishah lagi.

“Sudah la malas nak cakap hal nie. kalau kau kawan baik aku mesti kau tau jawapannya bukan?? ” balas Nadia melarikan diri daripada menjawab soalan yang ditanyakan Aishah.

“Hurrmmmm…ok?” Aishah mengeluh mendengar respon Nadia.

“Dah la, jom kita tidur, pergi tutup lampu. Aku ngantuk dah bercerita dengan kau nie Aishah.” Aku mengajak dan meminta Aishah memadamkan lampu bilik.
Aku terus baring. Kedengaran suara Aishah masih lagi ingin berbual denganku, namun aku tidak mengendahkan dan berpura-pura sudah tidur. “Cis, aku cakap sorang-sorang rupanya.” Aishah mengomel seorang diri. Aku hampir tergelak. Aku tidak dapat melelapkan mata.

“Nadia, kita putus.” Ayat pertama yang keluar dari mulut Haidil setelah aku duduk berhadapan dengannya di meja. Aku terkedu.

“Haidil, kenapa nie? Kenapa perlu putus?”

“Kau jangan buat-buat tak tahu la. Perempuan jenis apa kau nie?”

“Haidil, betul..Nadia tak tahu. Haidil nak jumpa Nadia nie semata-mata nak putuskan hubungan kita?” aku menyoal.

“Ye. Aku lepas kan kau. Kita putus.” Haidil menjawab dengan pasti.

“Tapi please, explain me. Kenapa sampai kita kena putuskan hubungan nie.”

“Hye perempuan, kau ingat aku tak tahu apa kau buat? Semua kawan-kawan aku bercakap pasal kau. Sekarang sabar aku dah hilang. Kita putus.” Suara Haidil benar-benar marah. Dan benar-benar menghiris hati aku.

“Apa Nadia dah buat. Apa salah Nadia?” Perlahan aku bersuara.

“Kau tanya diri kau sendiri. Sekarang hubungan kau dan aku dah berakhir. Dan aku doakan kau jadi perempuan yang tahu menilai kesetiaan, dan kau perlu ingat nie, walaupun kau cantik tapi perangai dan sikap kau tidak menunjukkan kau seorang yang cantik. Aku rasa kalau kau nie, kena campak kat laut pun belum tentu ikan makan. Dasar perempuan tak sedar di untung!” Kemarahan menyelubungi diri Haidil waktu itu.

“Haidil...sudahlah. Baiklah kita putus.” Kata-kata Haidil sudah cukup untuk aku tahu yang Haidil benar-benar ingin memutuskan hubungan kami. Aku tidak lagi memerlukan penjelasan darinya kerana tidak sanggup untuk mendengarnya memaki aku, walaupun aku sendiri tidak tahu apa punca kemarahannya itu.

Peristiwa itu masih segar diingatanku, walaupun hampir 6 bulan aku dan Haidil memutuskan hubungan kami. Air mataku sekali lagi mengalir, murahnya air mataku untuk sentiasa menemani kesedihanku. Aishah sudah lena diulik mimpi, dan aku masih lagi memikirkan Haidil. “Hurmm,Haidil aku harap satu masa nanti aku tahu apa yang membuatkan hubungan kita putus, dan aku harap juga aku maafkan kau dengan keikhlasan. Mungkin kau bukan jodoh aku.”aku menenangkan hatiku. Aku tersentak apabila dengan tiba-tiba handphone di tepi bantalku berbunyi bahu menandakan mesej masuk.

“salam Nadia, maafkan Haidil mengganggu. Haidil nak minta maaf atas segala salah silap Haidil pada Nadia ye. Haidil tahu Nadia betul-betul marah dan memang patut Nadia tak dapat maafkan Haidil. Haidil janji pada Nadia. Mulai esok Haidil takkan ganggu Nadia lagi. Dan untuk pengetahuan Nadia, Im still loving u. salam maaf dariku Haidil.” Mesej yang diterima dari Haidil.

“dia sayang aku? Tapi kalau sayang, kenapa kau sanggup maki aku. Maafkan aku Haidil, aku tak dapat melupakan apa yang pernah kau katakan padaku.” Aku berkata seorang diri selepas membaca mesej dan tiada kekuatan untuk membalas mesej itu.

“Ya ALLAH, berikan aku kekuatan dan jauhkan dia dari pandangan mataku dan hatiku.” aku berdoa dan mengucap 2kalimah syahadah sebelum memejamkan mataku.

Aku ke kelas seperti biasa, Cuma yang berbeza adalah bayangan Khairul Haidil yang selalu muncul mengganggunya tidak lagi kelihatan. “huh..lega aku..kalau tak hari-hari kena menghadap muka dia sebelum masuk ke kelas” hati nadia mengeluh lega.

Peperiksaan akhir sedang berjalan. Aku dan kawan-kawan seperjuangan berusaha pada semester akhir untuk mendapat yang terbaik. Aku ingin menyambung pengajianku diperingkat ijazah tapi bukan dalam bidang akaun lagi. Minatku untuk menjadi pendidik. Itulah yang selalu aku katakan pada kawan-kawanku.

“Aishah, nanti kau jangan lupa aku ye..selalu la mesej-mesej aku tau. Aku sayang kau tau.”

“ye la yang..tak kan aku nak lupakan kawan baik aku. insyaALLAH kalau ada umur panjang kita jumpa tau. Kau pun jangan lupa aku dan aku pasti akan selalu mesej kau. Kau kan kekasih aku.” Kami sama-sama tertawa sebelum berangkat pulang.

Itulah pertemuan terakhir aku dan Aishah, tetapi hampir setiap hari kami akan sentiasa ber‘sms’. Itulah dikatakan sahabat baik. Kenangan yang terindah aku sepanjang menjadi seorang pelajar adalah bersama kawan-kawan dalam mengecapi dunia remaja dan seorang pelajar. Haidil? Epilog cinta aku dan dia mungkin sudah berakhir. Dan kini aku telah memaafkan segala salah dia. Sayang? Masih ada sayang dihatiku untuknya kerana dia cinta pertamaku dan bukan mudah untuk aku menerima cinta insan lain untuk menggantikannya. Biarkan masa dan waktu menentukannya siapa dia dihatiku.

5 comments:

mohad said...

salam ziarah

IdaRaida said...

sambungannya pada cinta pertama 2 k..
tunggu!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

aku tunggu!!!!!!

dak jus said...

waduh...leh jd novelis kwn aku sorg ni..hehehehe

IdaRaida said...

hehehe..thanks jus..insyaALLAH..time2 free nie la nk reka2 citer..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...