nuffnang

Friday, July 2, 2010

Kau Milikku

Sedang asyik aku menghadap novel yang ku baca. Suara ibu menyapa.
“ Hai Amina, ibu ingat kamu dah tido tadi. Menghadap novel rupanya.” Tegur Ibu dan tersenyum.

Aku tersenyum melihat wajah ibu. Ibu sangat cantik dimataku walaupun umurnya sudah mencecah 55 tahun. Namun tidak menampakkan dia seorang yang berusia, mungkin kerana mengamalkan petua orang dulu-dulu. Keayuannya masih terserlah. Tidak pula pada aku. Aku beranggapan petua orang dulu-dulu adalah rumit.
“Ah lupakan..jika ibunya cantik tentu anaknya juga cantik bukan.” Hatiku tertawa.

“ Ala..ibu nie, macam tak tahu je yang Amina nie memang suka membaca. Membacakan amalan mulia.” Amina berseloroh dengan ibunya.

" ye la Amina. Anak ibu kan?" kata ibu sambil menarik hidungku. Kami tertawa.

“ Amina..macam dengan lamaran yang ibu beritahu kamu tempoh hari”. Tanya ibu.

Ketawa yang tercetus antara kami tetiba mati bersama soalan yang ditanyakan tadi. Aku sendiri tidak tahu apa jawapan yang perlu aku berikan pada ibu. Patutkah aku membohongi dengan memberitahu yang aku sudah ada pilihan atau aku belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Hmmmm..aku tak pasti.

“ Amina..kenapa kamu diam. Ibu tanya nie. Jika kamu tiada jawapannya, ibu dan abah sudah ada jawapannya.”

“ Ibu rasa ini adalah yang terbaik buat kamu. Ibu akan terima lamaran kali ini.” Kata ibu lagi setelah aku membisu.

“ Tapi bu..Amina tak bersedia lagi untuk menjadi seorang isteri.” Jawabku sambil bangun dan duduk bersilang kaki di atas katil. Novel yang ku baca ku tanda dan ku tutup.

“ sampai bila kamu nak bersedia Amina. Sebelum nie kamu dah tolak lamaran dengan alasan kamu nak habiskan pengajian kamu. Ibu terima alasan. Sekarang kamu dah pun bekerja dan dah ada kehidupan sendiri. Ibu rasa ini adalah yang terbaik buat kamu dan tak bersedia untuk menjadi isteri bukan alasannya lagi.” Tegas ibu.

“ Ibu kenal ke siapa dia? Latar belakang dia? Amina tak nak kahwin dengan lelaki yang Amina tak kenal ibu.. ini masa depan Amina. Dan Amina tidak mahu ibu dan abah rasa bersalah jika ia bukan terbaik buat Amina, ibu.”. aku bersuara sedih.

“ Amina..ibu lakukan ini adalah yang terbaik buat masa depan kamu. Ibu kenal latarbelakang keluarganya. Dan ibu juga tahu mana yang terbaik untuk anak ibu. ” Jelas ibu yang berada di sisi katil ku.

Aku hanya mampu terdiam dan terfikir. Apakah harus aku menegaskan pendirian ku selama ini atau merelakan apa yang ibu dan abah putuskan untuk menerima lamaran lelaki yang tidak pernah aku kenal. “Ya ALLAH bantulah hamba Mu ini. Aku tidak mahu menjadi anak derhaka yang melawan kehendak ibubapaku..”

“ Apa kata abah? ” tanya ku setelah terdiam seketika.

“ Abah pun bersetuju untuk menerima lamaran ini. Amina..kami lakukan ini adalah yang terbaik buat kamu.” Jawab ibu sambil memegang bahuku.

“ Ye ibu..kalau itu kata ibu dan abah. Amina rasa, Amina setuju dengan ibu dan abah.” Aku menguatkan kata-kata ku dan memegang erat tangan ibu.

Aku tahu ibu dan abah akan membuat pilihan yang terbaik untukku. Tambahan lagi aku adalah puteri sulung dan bongsu mereka. Satu-satunya anak tunggal daripada pasangan bahagia yang aku kagumi. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini, cukup dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah, tidak dimanja-manjakan supaya aku lebih menghargai hidup ini.

Setelah melakukan solat istikharah aku merasa lapang dan tenang. Aku tahu ALLAH akan memberikan ketenangan buat diriku untuk memilih yang mana terbaik buatku. Jika dia adalah yang terbaik untuk ku dan bakal pemimpin anak-anakku nanti aku redha dan pasrah dengan takdirMU biarpun aku tidak pernah mengenali siapa dirinya dan hanya Engkau Maha Mengetahui, Tuhanku.

Siapa Kamu Si Affendi


“ Awak tahu Amina, saya suka awak tau. Kalau ada jodoh saya nak jadikan awak teman hidup saya.” Kedengaran suara Saiful di corong telefon.

“ Awak nie…tak baik tau main-main cam nie. Bagi harapan pada saya.” Aku bernada gurau.

“ Eh..betul la Amina..saya ikhlas nie.”

“ Eleh…ikhlas nie tak nampak. Hanya ALLAH je yang tahu tau tak.”

“ Yela Amina..tapi andai awak boleh bedah dan lihat hati saya. Awak tau la saya ikhlas atau tidak.” Katanya lagi.

“ ala..andai je kan.?” Kami sama-sama ketawa.
Perbualan aku dan Saiful melayang bersama teguran ibu.

“ Ah..boleh plak aku mengingati dia. Ntah kemana lelaki itu pun aku tak tahu. Saiful, ternyata aku sudah nampak ketidak ikhlasan hatiya dalam perbualan kami. Persahabatan antara kami mula terjalin apabila kawanku,Aina yang menuntut di universiti lain memperkenalkan aku dengan rakannya iaitu Saiful. Bagi aku juga itulah PJJ (persahabatan jarak jauh). Menarik dan tidak banyak karenah. Persahabatan kami terhenti begitu saja, aku sendiri tidak pasti dimana silapnya. Namun bila seseorang itu hadir dalam hidup aku, dan menjadi sebahagian daripada aku iaitu sahabat,dan pergi meninggalkan aku..ia cukup bermakna kerana ia pernah hadir untuk membahagiakan aku. Terima kasih sahabat.!

“ Amina. Apa yang kamu senyum sorang-sorang tue.” Tanya ibu setelah menyedari akan lamunanku terhadap lelaki itu, Saiful.

“ Eh..tak ada la bu..” aku berdalih.

“ Tadi Affendi telefon ibu, dia kirim salam pada kamu.” Ibu menyampaikan salam bakal tunangku.

“ waalaikummussalam.” Jawabku ringkas.

“Dia satu-satunya lelaki yang pelik. Tidak pernah menghubungi aku, padahal aku bakal menjadi tunangnya, malah selalu menghubungi ibu dan hanya menyampaikan salam padaku. Hhmmmm..pelik betul.”Hatiku diam berkata-kata.
Ibu sibuk menyediakan persiapan pertunanganku yang tinggal hanya beberapa hari sahaja. Begitu juga dengan abah, mereka gembira dengan keputusanku untuk menerima lamaran seorang lelaki yang telah memikat hati mereka sebelum aku. Bagi aku, jika lelaki itu telah memikat hati kedua ibubapaku ini bererti dia telah pun memikat hatiku.

Kini masanya telah tiba. Hanya aku yang tahu betapa gementarnya mahu menjadi tunangan orang.

“ Hye Amina..kenapa nie? Macam tak happy je?” tanya sepupu ku apabila melihat muka ku yang muram.

“ tak de la..gementar je.” Aku tersenyum hambar ke arah Aisyah.

“ ala..selawat banyak-banyak. Nanti semua akan ok tau..” Aisyah cuba untuk mententeramkan hatiku.

“ Ya ALLAH…seandainya ini adalah terbaik buatku. Kau permudahkanlah segala urusan pertunangan ku dengan si dia yang tidak pernah aku kenal siapa dia. Jauhilah aku dari gemuruh yang melanda ini”. Hatiku berbisiku.

Pertunanganku dan Affendi dilangsungkan dengan secara sederhana dan dihadiri oleh saudara mara dan jiran yang terdekat. Dalam islam juga mengatakan bahawa rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan. Aku suka akan itu.
Gemuruh semakin berkurang apabila jariku disarung sebentuk cincin yang cantik dan aku mencium tangan bakal ibu mertuaku. Terkejut seketika apabila wanita itu mencium dahiku. Saat itu aku terasa ciuman kasih sayang seorang ibu. Terima kasih Ya ALLAH kerana wanita itu seolah-olah menyayangiku seperti mana ibu menyayangi diri aku.

Dia adalah terbaik


Kini aku menjadi tunangan orang dan mengenalinya pada nama, dan keluarganya. Bercakap melalui telefon pun tidak pernah. Hanya pesanan ringkas yang ku terima darinya yang jauh dari ku. Namun aku pasrah dengan ketentuanNYA yang menemukan aku dengan seorang lelaki yang menyayangi kedua ibubapaku sepertimana aku menyayangi kedua ibubapanya. Aku juga kerap berhubung dengan ibunya berbanding dengannya.

“ Amina..itu bakal suami mu.” Kata Abah sambil menunjukkan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang duduk di penjuru dinding.
Aku melihat sekali pandangan dan mengalih perhatian ku ke arah saudara mara ku hadir di majlis pertunangku. Saat itu aku tidak memberanikan diri untuk mencuri pandangan melihat tunangku.

“ Kak Amina..handsome la bakal suami kak.” Usik Dahlia adik sepupuku.

“ Ada-ada saja la kamu nie..budak-budak mana tau.” Aku tersenyum.

“ Handsome ke??.. tak perasan la plak aku tadi. Yang mana satu tunang aku pun aku tak pasti. Ramai sangat tetamu dari pihak lelaki. Teka teki bermain difikiranku.

“issshh…apa la aku nie..handsome ke tak kini dia telah pun menjadi tunangku dan jika ada jodoh, dia adalah suamiku.” Aku mula meredakan apa yang terfikir dibenakku.
Debaran aku dihari pertunangan telah berakhir.

Salam, hye Nur Amina. Terima kasih utk kesudian awk menjadi tunang sy dan jika ada jodoh kita, awk adalah teman hidup sy. Sy harap sy adalah yg terbaik buat diri awk”. mesej pertama yang aku terima setelah hanya mengenali mu tunangku.

Aku membalas mesej yang diterima.
aku menyayangimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika hilang agama pada dirimu, nescaya hilanglah cintaku padamu_imam Al-Ghazali. Terima kasih juga kerana menerima sy menjadi sebahagian dari hidup awk. InsyaALLAH jika ada jodoh, sy juga berharap sy adalah terbaik buat awk.”
[message sent]

Pertunangan aku dengan Affendi diikat hanya untuk 6bulan, tempoh 6 bulan bukanlah tempoh yang lama bagiku. Begitu lah yang diaturkan kedua belah pihak aku dan Affendi. Kata mereka makin cepat makin bagus. “Huh! Aku takut sebenarnya untuk bergelar isteri. Ya ALLAH jadikanlah aku seorang isteri yang taat dan solehah di sisi suamiku nanti.” Hatiku berkata-kata. Walaupun aku takut, tapi rasanya tidak sabar menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak buat lelaki yang akan aku cintai!.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada 19 Oktober 2009 aku akan bergelar isteri buat lelaki yang aku cintai keranaNYA. Pagi yang bersejarah itu aku mengenakan jubah moden yang berwarna krim.
Sebelum berangkat ke masjid, aku mencari kelibat ibu yang sedang sibuk di dapur bersama jiran tertangga.

“ Ibu, izinkan Amina pergi dulu. Sekejap lagi Amina akan menjadi isteri orang.” Kataku dalam nada bergetar.
Aku cuba menahan sebak di dada selepas mengucup tangan ibu. Aku dapat melihat disebalik kaca matanya, air mata ibu bergenang.

“ Pergi la Amina,..ibu izinkan. Jadilah seorang isteri yang solehah dan menyenangkan hati suami.”. Kata-kata itu akhirnya membuatkan air mataku jatuh ke pipi. Tubuhku berasa gementar. Aku sendiri tidak dapat menahan hiba di dada.

“Saiful Affendi Bin Syawal, aku nikahkah dikau dengan Nur Amina Binti Zakaria dengan mas kahwin RM1000 tunai.” Tangan pengantin lelaki yang digenggam erat oleh abah dan disentap kuat.

“Saiful Affendi.” Aku terkejut dengan panggilan nama itu. Adakah dia Saiful aku? Hatiku semakin berdebar. “Ah…tidak lama lagi aku akan menjadi isteri orang untuk apa aku mengingati dia lagi.”

“ Aku terima nikahnya, Nur Amina Binti Zakaria dengan mas kahwin RM1000 tunai.” Dengan sekali lafaz aku dan Affendi selamat diijabkabulkan. Kini kami sah sebagai suami isteri.
Selesai bacaan doa. Aku dipanggil keluar oleh ayah untuk acara pembatalan air sembahyang.

“ Ya ALLAH. Terkejut aku apabila suamiku adalah Saiful yang aku cintai dalam diam suatu ketika dulu. Ye aku lupa yang namanya Saiful Affendi. Tidak aku perasan pun sepanjang pertunangan kami dan akan kebetulan itu.”
Beralihlah tugas kedua ibubapaku yang telah mendidik aku selama 26 tahun kepada seorang lelaki yang bergelar suami pula.

“ Sayang..terima kasih kerana menjadi teman hidup abang..” katanya setelah mencium dahiku.

“ Abang..terima kasih juga untuk kejutan ini.”

“ Terima kasih Ya ALLAH….”

Kini aku berharap dia adalah terbaik untukku. Ternyata perkenalan dahulu merupakan suatu tanda bagi kami dalam mengharugi hidup sehingga ke jinjang pelamin. Setiap perkara yang bermula dengan keikhlasan akan berakhir dengan keikhlasan. Itulah yang diimpikan setiap insan di dunia ini. Menyintai dan dicintai adalah suatu anugerah terpulang pada seseorang untuk bagaimana menghargai cinta itu.

2 comments:

~aieyn~ said...

wah..............
nak gak la macam ni........... :)

IdaRaida said...

ye..sayer jugak..nak macm nie..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...