nuffnang

Sunday, August 30, 2009

gadisku...



Awan yang mendung seakan memahami hati kecilku yang turut resah akan permainan dunia ini. Siang akan berlalu dan akan digantikan pada keheningan malam yang syahdu bersama sinaran purnama bulan dan dihiasi kerdipan bintang-bintang. Suasana malam seolah-olah membuatku mengingatkan memori indah. Aku menganggapkan purnama itu bagaikan kecerahan wajahmu si gadis, bintang-bintang umpama sinaran pada matamu. Indahnya islam kerana menyeru hidup si gadis untuk sentiasa menutup aurat diselubungi jubah dan hijab yang indah dan menjadi idaman seorang lelaki…

Gadisku….kerana rupa parasmu, kerana kecantikanmu, kerana keseksianmu, betapa seorang lelaki amat menyayangimu sedalam dalamnya lautan. Gadisku, kau memberi harapan kepada insan yang menyayangi. Namun aku juga sebagai seorang gadis tidak sanggup melihat engkau terus hanyut dalam buaian mimpi diulit syaitan dan nafsu. Nauzubillah.. “ Ya ALLAH lindungi kami dari pautan nafsu”.. Jangan kau terus leka cinta duniawi wahai si gadis.
Ketahuilah gadis ku menyayangi dan disayangi adalah fitrah manusia, bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Mengapa perlu mencari sedangkan jodoh sudah ditentukan oleh Allah, dan sebagai seorang hamba kita perlu bersedia dengan jodoh yang ditentukan.. sudah ditetapkan seorang gadis yang baik untuk seorang lelaki yang baik.

Gadisku….tidakkah engkau tahu bagaimana keadaan kaum hawa pada zaman Jahiliyyah dahulu. Betapa kaum Hawa menjadi medan pertarungan nafsu. Betapa seorang ayah sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu. Lihat, wahai gadis betapa kaum Hawa di zaman Jahiliyyah. Namun, satu cahaya membujur lalu, yang menyelamatkan maruah dan meninggikan kaum Hawa. Tahukah kamu cahaya apa??? Itulah cahaya Islam yang berimankan Allah Maha Esa.

Gadisku….namun zaman sudah pun berubah. Betapa sedihnya diriku melihat kau melempiaskan kecantikanmu yang sedang mekar dan melupakan kuntuman yang selama ini menjaga mu. Kau biarkan kumbang perosak menyedut madumu. Gadisku, bangkitlah dan sedarlah dari buaian nafsu. Dikau masih ada sinar harapan yang membuat mu tersenyum. kembalikan kuntuman mekar dan jagalah kelopakmu dari dipegang oleh tangan yang bernafsu serakah.

Gadisku..penuhi akalmu dengan mutiara ilmu. Teguhkan hati-hatimu dengan tiang iman dan takwa. Lindungilah dirimu dengan pagar syariat. Hiasilah peribadimu dengan bunga akhlak. Selimutkan dirimu dengan sutera kasih sayang ibu dan ayahmu. Rendahkan hatimu dengan rasa kehambaan dan naikkan martabatmu sebagai kaum Hawa. Bangkit dan bangun wahai gadis, betapa indahnya islam disisi. Inilah cebisan pesananku buat mu dan juga diriku yang bergelar gadis.

keTentuan Ilahi

Sejak peristiwa petang itu, Virda masih lagi dengan persoalan hati. Adakah perlu dia menerima seorang lelaki dalam hidupnya untuk menggantikan insan dulu yang ,masih lagi mengingatkan bahawa sakitnya apabila ditinggalkan tanpa alasan. Adakah sayang dia pada lelaki itu sebagai sahabat atau lebih dari itu. “ Tidak..aku tidak boleh benarkan ia berlaku lagi”..

“ Virda, Aidil nak tanya sesuatu boleh?”. Tanya Aidil pada Virda.

“ Boleh.” Jawab Virda spontan.

“ Pernah ada boyfriend??” Tanya Aidil setelah Virda menjawab soalannya.

Soalan itu merupakan satu pukulan pada aku. Pada seketika dulu ada yang pernah bertanya pada aku soalan yang sama tapi tidak lah seberat mana untuk aku menjawabnya. Aku masih berdiam tidak pasti mahu atau tidak untuk menjawabnya. Perlukah aku masih berbohong atau berterus terang.

“Virda, maafkan Aidil tanya soalan macam tue.” Kata Aidil setelah menyedari Virda terdiam.

“erm..tak ada apalah..” Virda masih tidak menjawab pertanyaan itu. Virda setelah merasakan dia telah membuat Aidil rasa bersalah dengan soalan yang ditanya itu.

Aku tersentak bila lamunan aku disapa oleh Namiya. Perbualan antara aku dan Aidil tempoh hari hilang bersama teguran Namiya tadi. “Ahh..aku nie. Boleh plak ingatkan si Aidil tue”. Kata Virda seorang diri.

“Hai ida, dari tadi Mia tengok Ida asyik mengelamun je sambil tersenyum plak tue. Pen kat tangan tapi tak ada plak Mia tengok satu dakwat pen kat atas kertas tue. Ingat Aidil ye..” Sakat Namiya.

“ala..mana ada mengelamun. Ni ha tengah berfikir pasal nak buat assignment nie. Buat apa ingat Aidil bukan pakwe pun..” Aku menafikan apa yang Namiya katakan tadi.

“yeke??”. Jawab Namiya semula.

“ye la..baik Ida pergi ambil air sembahyang pada layan Mia ni.” Balas Virda sambil menuju ke pintu bilik.

“eleh yela tue.” Sindir Namiya yang mengetahui perangai kawan biliknya itu. Jika ada yang tak kena Virda akan lari dari terus dikenakan oleh kawan-kawan.

Selepas solat asar Virda merehatkan dirinya di atas katil. Namiya sudah terlena di atas katil. Kak Jan dan Kak Ana tidak pula kelihatan. Mungkin ada kelas sampai petang. Fasuha juga mungkin sedang merehatkan diri setelah kami bersama-sama berjalan ke kelas di maktab.

“bosan la..” rintih Virda.

Tidak lama kemudian hanphone Sony Ericson milik aku berbunyi lagu with you nyanyian Chris Brown tanda satu mesej telah diterima. Aku tersenyum apabila mesej aku terima tertera diskrin handphone nama Aidil DKE.

Hai. sayang…tgh wat ape? Aidil gaggu?.
Amboi b’sayang2 plk..xgaggu pn. Tgh rest kan diri.
Balas aku
Btul la.. Aidil sayang ida tau. Balas Aidil lagi.

Aku tersenyum dengan gurauan Aidil. Mesej antara aku dan Aidil berlanjutan setelah menyedari jam hampir menunjukkan pukul 6.30petang. Aku mengakhiri mesej dengan alasan untuk membersihkan diri sebelum solat maghrib.
Aku mula menyedari yang Aidil merupakan lelaki yang ke-2 yang mampu buat aku terasa untuk merinduinya. Mungkin kerana sikapnya yang selalu mengambil berat dan sentiasa ceria terhadap diri aku membuatkan aku senang apabila berbual dan berSMS. Adakah ini bermakna hati aku telah dicuri oleh insan yang bergelar lelaki. “ah!!!..tidak aku tak patut biarkan semua nie berlaku lagi…”

Pertemuan antara aku dan Aidil bermula pada majlis makan malam di Hotel Mega View anjuran Jawatan Perwakilan Kamsis (JPK) Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dijemput hadir. Majlis makan malam itu diberikan nama “princess and prince nite” Aku memegang jawatan Bendahari bagi Biro Kebersihan dan Keceriaan menghadiri majlis itu. Agak meriah suasana disitu dan dijamukan hidangan yang ala-ala barat ‘weastern food’. Acara diteruskan dengan ucapan dari Felo-felo yang hadir ke majlis tersebut, penyerahan sijil kepada Pengerusi Biro dan Ketua Paras. Aktiviti yang menyeronokkan adalah cabutan bertuah, Virda antara yang bertuah malam itu. Selepas semuanya selesai Virda dan Namiya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Namiya memegang jawatan sebagai Setiausaha Biro Kerohanian. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain,masing-masing dengan gaya tersendiri. Tanpa Virda sedar ada mata yang sedang memandang gelagat mereka. Virda tidak menghiraukan pandangan mereka.

“hai, ida..” sapa seorang lelaki yang tidak aku kenali tapi yang pasti lelaki itu AJK kamsis Al-Ghazali.. Badannya tegap dan berkulit putih dan anak mata berwarna coklat cair. Fuh! Siapa yang memandang pasti tergoda. Nasib baik iman masih kuat untuk tergoda.

“hai..sape ye?” Tanya Virda.

“saya Aidil Mukminin. Awak Virda Nur Shahida kan?” memerkenalkan dirinya.

“ye saya.” Kata Virda lagi.

Lamunan aku sekali lagi tersentak kerana aku menerima satu mesej.

“panjang umur mamat nie, aku baru je teringat akan pertemuan pertama aku dan dia. Dah aku terima mesej dari dia.” Bebel aku seorang diri

Ternyata pertemuan Virda dan Aidil bukan merupakan pertemuan biasa. Dari situ Virda dan Aidil selalu berhubung menjadi seorang kawan yang bertukar pendapat dalam banyak hal. Virda pun tidak pasti mana Aidil dapat nombor handphonenya. Bila ditanya hanya rahsia sebagai jawapannya. Virda gembira berkawan dengannya.

“ Ai ida, akak tengok awak nie happy je sejak akhir-akhir nie..ha ada apa-apa ke??” tegur Kak Jan
Dalam firasat Virda mungkin Kak Jan yang bagi no.hp Virda pada Aidil.

“ Mana ada akak nie..saya biasa je, tak ada nak happynya la.. lain la kalau akak tue. Pakwe hari-hari call, mesej. Saya nie sapa la nak buat cam tue kan Namiya??” kata ku, Namiya disebelah ku.

“ Haah betul la kak Jan, saya tengok ida happy tau sejak akhir-akhir nie.. nie mesti abang DKE nie betul tak???” kata Namiya menyokong kata-kata Kak Jan dan tidak mengiyakan kata Virda.
Abang DKE itu adalah Aidil dan DKE itu adalah singkatan pada Diploma Kejuruteraan Elektrik.

“ Ceh, aku terkena balik” desis hatiku.

“ Eh bukan la, apa nie abang DKE mana pulak nie..ha memandai la buat cerita..ala tak kan korang nak ida sedih..” Kataku sambil membuat mimik muka sedih.

“ Ida. Kiteorang lebih happy kalau ida happy tau.” Kata Namiya lagi.

“ Haah la ida ni..Tapi kan betul ke tak kenal abang DKE?? Tapi yang peliknya akak terserempak dia kat kafe Al-Biruni. Pastu dia suruh sampai kan salam pada ida. Eh kenal tue.. “ kata Kak Jan yang tak habis-habis nak nyakat Virda

“ Kenapa la si Aidil nie,macam la tak mesej aku nak berkirim salam pulak, kang tak pasal-pasal jadi gossip kat bilik.. adu..hai..” keluh hatiku.

“ Ala kawan-kawan je la kak...” Balas Virda sambil tersenyum malu.

“ Ha kan senang. Kenal pun, ingat tak nak ngaku lagi. Satu bilik pun bak rahsia-rahsia ye.” kata Kak Jan juga tersenyum dengan jelingan mata.

Virda mampu tersenyum pada Kak Jan. Namiya mengiyakan je apa yang Kak Jan cakap. Tapi Virda juga menyedari yang sejak akhir-akhir ini dia selesa dan gembira. Saja Virda menafikan apa yang Kak Jan dan Namiya katakan. Dia takut untuk dikecewakan lagi jika terlalu rasa bahagia.

Kak Jan seorang perenpuan yang bertuah, dia mempunyai seorang lelaki yang menyayangi dan mencintainya, iaitu Abg Ahlam. Mereka berdua sangat sepadan tapi kadang-kadang tak sehati. Kak Jan rajuknya tak panjang dan Abg Ahlam juga pandai ambil hati. Dan mereka berdua saling melengkapi.
Lain pula cerita Namiya. Dia seorang perempuan yang tabah dan sabar. Ada lelaki yang menyayangi dan mencintai,Ezwan yang jauh di utara Penang. Namiya selalu berpesan supaya jangan percayakan lelaki sepenuhnya. Mungkin pengalaman banyak mengajar dia. Tetapi dia bahagia bersama Ezwan yang menyayangi dirinya.

Bagi Virda tidak kira jauh mana jarak yang memisahkan kasih sayang seseorang itu tetapi jika ada ketulusan serta kejujuran dan kesetiaan sesuatu hubungan maka itu akan terjaga dan berpanjangan hingga keakhirnya. Perpisahan suatu keperitan, pada yang tabah mungkin hatinya sedang menangis dan melarikan diri daripada terus kecewa. Perpisahan antara Virda dan Zack banyak mengajar, tanpa kejujuran dan kesetiaan berlakulah perpisahan. Mulai dari itu adakah suatu kesilapan dulu Virda ingin menutup pintu hatinya untuk terus dicintai dan disayangi oleh insan bergelar lelaki.

Bagaimana epilog Aidil Mukminin dalam hidupnya??? Ye Aidil adalah lelaki yang berjaya menawan hatinya. Perhubungan terjalin atas dasar persahabatan. Namun kita sebagai hamba hanya mampu merancang, dan DIA adalah penentu segalanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Virda petang nie..Aidil nk jmp Ida bley??. Mesej yang pertama Virda terima untuk hari ini.

Kenapa??..ida balik kg la hr nie..xsempat nk jmp. Balas Virda

Kjp je Virda...nk bg something kt ida nie..bley la ida. Aidil tunggu kt dpn masjid ea. Aidil masih membalas dengan harapan dapat berjumpa Virda.

“ Aidil nie… Bukannya minggu depan xleh jmp pun. Geram betul”..desis hati Virda.

Aidil..Ida nk cepat la. Xsempat bas kul 2stgh nie. Kita jmp next week ye??.. Ida mtk maaf k. Lau Aidil terasa.. Nt smpai umah kita msg lg k... Balas Virda.

Ha xpela lau cm tue..insyaAllah nanti kite jmp minggu dpn ye. Jaga diri tau. Sampai umah jgn lupa gtau Aidil ye.. kirim salam pd maa ida ye. Salam.

Dalam keletihan, Virda terlupa untuk memberitahu Aidil bahawa dia sudah sampai. Selesai solat asar. Kedengaran handphone miliknya berbunyi menandakan satu mesej telah diterima. “nie mesti mesej Aidil.”..kata Virda sambil mengambil handphonenya di atas katil. Ternyata sangkaan Virda meleset apabila mesej yang diterima dari nombor tidak dikenali. Tanpa Virda sedari tetiba dia menangis. Penyesalan mula timbul dalam hati.. Aidil…

Salam Virda, sy kwn Aidil Mukminin. Sy nk bgtau Aidil kt HTAA skrg..dy kritikal..maybe 50% utk selamat. Doakan dy.. – Amin- Mesej yang diterima.

Virda tidak membalas mesej itu, bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Virda cuba beranggapan bahawa itu merupakan gurauan Aidil buat dirinya. Namun sampai bila gurauan itu bermain apabila mesej dari Aidil tidak diterima. Akhirnya sangkaan Virda turut meleset apabila panggilan ke nombor Aidil tidak dapat disambung.

“ Ya Allah, apa patut aku lakukan. Aku tak sanggup untuk hadapi dugaanMu ini seandainya ia benar-benar berlaku..” sebak Virda.
Virda menahan sebak didada dan menggagahkan diri untuk menghubungi no.handphone. “ Ya Allah tabahkan hati ku”..bibir Virda tidak berhenti menyebut nama Ilahi bagi mengurangkan beban dihatinya.

Tut..tut.. tut..tut…panggilan diangkat.
“ Assalamualaikum.. Amin.. cam ner keadaan Aidil??” soalan pertama yang terkeluar dari bibir Virda.

“ Waalaikummusalam..” kedengaran suara sayu Amin menjawab salam.
Masing-masing terdiam.

“ Amin..bagaimana keadaan Aidil..dia ok kan??”.. Virda bertanya lagi.

“ Virda..saya harap awk sabar dengan apa yang saya nk cakapkan ini.. kuatkan semangat awk. Allah lebih sayangkan dia.. Aidil baru je…” Amin terdiam dan terdengar tangisan tanpa Amin menghabiskan kata-katanya, namun Virda mengerti apa yang berlaku.

Talian terputus.
Sebulan telah pun berlalu.

Virda merasa kehilangan Aidil. Seorang lelaki yang baik dan sopan. Tetiba hilang dari hidupnya dan dunia ini. Pemergiaan Aidil bukan dirasa oleh diri Virda sahaja. Kak Jan dan Namiya juga turut merasa kesedihan itu. Bagai tidak percaya. Insan yang baik diperlaku seperti itu. Kejamnya manusia yang membiarkan Aidil begitu sahaja tanpa belas kasihan sehingga meragut nyawanya. Kematiannya merupakan suatu kemalangan langgar lari. Namun yang salah akan mendapat hukuman yang setimpal. Tapi apa yang Allah berkehendak sudah tentu akan berlaku jua. Virda memerhatikan bungkusan yang diterima dari Amin petang tadi.

“ Virda ini bungkusan buat awk.” Kata Amin ketika menyerahkan bungkusan itu di depan masjid Ibnu Sina.

“ bungkusan apa nie??” Tanya Virda pelik..

“ saya terjumpa ini di atas meja study arwah Aidil. Ternyata ini buat awak sebab tertulis nama Virda Nur Shahida. Awak la kan??”..jelas Aidil.

“ ye saya.. terima kasih Amin..” sayu Virda.

Bungkusan kertas yang berbunga biru pink dibuka perlahan oleh Virda. Sayu hati Virda bila teringatkan saat Aidil mahu berjumpa dengannya sebulan lalu. “ mungkin bungkusan ini yang Aidil mahu berikan itu?” tekaan hati Virda. Virda bertambah sayu apabila hadiah yang diterimanya adalah sepasang telekung yang indah bersulamkan benang biru. Terselit juga kad disebalik lipatan telekung itu.

Jika ditakdirkan esok, lusa, tulat atau satu hari nanti Aidil pergi meniggalkan Virda dan dunia ini. Dan gagal mengucapkan kata maaf..Maafkan diri Aidil. Dan jangan tangisi pemergian Aidil seandainya Aidil pergi tanpa ucapkan selamat tinggal. Terima kasih buat Ida yg setia menjadi seorang sahabat dan membenarkan Aidil menjadi sebahagian dari Ida. Hadiah ini yang tidak seberapa nilainya tetapi Aidil ikhlas kerana Allah. Sayang awk Virda Nur Shahida Binti Ibrahim juga kerana Allah.
Ikhlas dariku – Aidil Mukminin B. Solihin-

“ Ya Allah tempatkan sahabatku ini dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..” hati Virda berdoa. Airmata mula bergenang. Terasa laju ia mencucuri pipi.
Aidil Mukminin, terasa sukar untuk aku menahan redha Ilahi. Terasa baru semalam perkenalan kita. Ketahuilah aku juga menyayangi dan mencintaimu kerana Ilahi. Namun apa yang mampu aku buat. Hanya mendoakan mu di sana sentiasa dicucuri rahmatNYA. Aidil Mukminin nama mu akan sentiasa menjadi ingatan sebagai tanda persahabatan kita. Menyintai dan menyayangi tidak bermakna memiliki. Kita adalah kepunyaan Yang Maha Esa. Tiada siapa berhak memiliki diri kita kecuali DIA. Mengasihi hambaNYA, memiliki hambaNYA dan kepangkuan DIA kita akan kembali.

Monday, August 17, 2009

atas nama cinta

Pada hari ini bintang yang selalu menyerikan malam tidak kelihatan dan mendung seakan memahami hati aku yang turut keresahan. Tiada gelak tawa yang kedengaran dari bilik Ca315, semuanya sunyi yang juga memahami aku yang sedang dilanda persoalan hati. Sukar untuk aku mempercayai apa yang aku lihat dan bersaksikan kawan baik aku, Fasuha. Kejamnya lelaki itu setelah melakukan kesalahan hanya mampu mengucapkan kata maaf tanpa satu penjelasan. Malam itu aku diam tanpa satu patah pun tidak terkeluar dari mulut aku, aku hanya beranggapan hanya aku yang ada dalam bilik itu. Aku tak pedulikan Namia, Kak Ana, Kak Jan mahupun Fasuha dan aku tahu mereka pun takut untuk menegur aku.

…tertutup sudah pintu pintu hatiku..

…yang pernah dibuka waktu hanya utkmu..

…Kini kau pergi dari hidupku..

…ku harus relakanmu walau aku tak mahu..

Kedengaran lagu Matahari nyanyian Anges Monica dicorong radio Hot.fm seakan juga turut memahami aku. Aku menghayati lirik lagu tu, insan yang pernah membuat aku merasa indah berada dalam cinta, akhirnya pergi dari hidup aku tanpa alasan yang aku sendiri tak pasti. Seperti lirik lagu Matahari tu, aku perlu relakan walau aku tak mahu. Sedih bagai tak percaya apa yang terjadi pada diri aku. Kenapa aku begitu tunduk pada cinta yang berlandaskan kepura-puraan. Mengapa perlu aku tangisi semua pembohongan ini. Sungguh tega cinta yang selama ini aku sanjung pada satu masa dulu, kini memakan diri aku.

“Ya Allah ya TUHAN ku, seandainya dia bukan milikku, tutupkanlah hatiku terhadapnya.Ya Allah seandainya dia bukan untuk aku, aku rela kehilangan cintanya. Tabahkan hati aku daripada rasa kecewa ini.Sesungguhnya hanya Kaulah Yang Maha Berkuasa. Amin.

Selesai solat isyak, Virda kini tenang walaupun tak seriang selalu.

“ida, are you okey??” soalan pertama yang terkeluar dari mulut Fasuha setelah melihat sahabat baiknya tidak lagi termenung.

“aku ok Suha, but I need you untuk bagi aku semangat. Bolehkan kawan?? Aku rasa nak menjerit je, aku tak tabah Suha..aku tak kuat nak hadapi sume nie.. kenapa Zack sanggup buat aku camnie??” kata Virda sambil mengalirkan airmata.

“come on ida..jangan cam nie, aku ada dan aku akan bersama kau. If you something want to share with me, InsyaAllah aku akan tolong kau.” Pujuk Fasuha sambil memeluk sahabat baiknya itu.

“betul ida, kami akan bagi sokongan kat kau. Jangan sebab lelaki yang tak guna tue kau jadi cam nie. Akak tau ida boleh lawan perasaan tue.” Sampuk kak Jan yang mendengar perbualan antara aku dan Fasuha.

Aku lupa seketika tentang lelaki itu. Aku menyibukkan diri aku untuk melupakan kesedihan yang melanda hati aku. Aku dan Fasuha menghabiskan masa malam itu dengan membuat tugasan Perakaunan Kos yang diberikan oleh Pn. Norlaili Huda. Walaupun aku tahu tugasan itu lambat lagi untuk dihantar. Tanpa aku sedar malam itu aku tertidur dengan kesedihan dan tangisan. “Ya ALLAH tabahkan hatiku ini”.

Hari-hari aku lalui dengan kekecewaan dan kesedihan. Aku tahu aku mampu menipu kawan-kawan kelas aku dengan menyembunyikan kesedihan aku. Tapi aku tahu aku tak dapat menipu pada diri aku sendiri. Tangisan dan airmata yang menjadi bukti bahawa aku seorang yang tabah di depan mata kawan-kawan,tapi sebaliknya pada diri aku.

Jika pagi itu Virda ceria dengan gelak tawa bersama kawan-kawan, malamnya ditemani tangisan dan persoalan yang dia tidak pasti apa puncanya yang menyebabkan Zack sanggup lukakan hatinya.

“Suha petang nie kita surf internet nak tak?? Ajak Virda.

“boleh gak, lama rasanya aku tak buka friendster aku. kita turun lepas asar ok??” kata Fasuha tanda setuju.

Virda dan Fasuha ke ciber cafe seperti yang dirancangkan. Masing-masing dengan laptop masing-masing.

Aku membuka friendster setelah hampir 3minggu tidak dibuka, aku tertarik pada mesej yang aku terima. Bagai nak gugur jantung aku melihat gambar Zack bersama seorang perempuan yang agak mesra dalam gambar tu menjadi primary photo dalam friendster Zack. Aku baca mesej yang dihantar.

Salam,virda maafkan saya atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan pada Virda. Saya tau ini amat sukar, tapi Virda teruskan hidup seperti biasa k. Maafkan saya dan doakan kami. Kita tetap kawan k.

Hanya airmata yang mampu aku keluarkan. Fasuha hanya mampu untuk pujuk aku. Aku berlari keluar dari ciber café dan menangis. Fasuha mengikut langkah aku, setelah selesai membuat pembayaran menggunakan internet.

Tanpa aku sedari, airmata mengalir jatuh ke pipi. “Ah!! Untuk apa aku mengingati perkara yang benar-benar sakit hingga sekarang aku masih kecewa. Lebih baik aku tidur, esok dah la ada kelas pagi,tak kan hari-hari aku nak sampai lewat ke kelas.” Kata Virda seorang diri dan mula menyedari bahawa sejak kebelakangan ini dia sering lewat untuk ke kelas.

Pagi-pagi lagi aku menyiapkan diri untuk ke kelas bersama Fasuha. Hari ini aku lebih ceria seperti hari-hari sebelum nie. Aku cuba untuk melupakan lelaki yang pernah aku sayang dulu dan aku akan memulakan apa yang aku telah aku akhiri pada 3bulan lepas.

“yes, I can do it!”. Kata aku sebelum aku melangkahkan kaki ke kelas Undang-Undang Syarikat yang akan diajar oleh En. Abdul Aziz.

Sejak pada itu, semua mula berubah dan Virda yang dulu jarang meluangkan masa ke Bandar dan dia lebih suka dengan suasana luar berbanding duduk terperap di bilik.

“ Suha, kita keluar nak tak sabtu nie???, kita pergi main bowling ke?? Karaoke ke?? Ajak la kawan-kawan kita sekali.” ajak Virda sambil memberi cadangan.

“ Are you sure ida?” kata Fasuha seakan tidak percaya.

“ye la sayang… aku bosan duduk bilik la, sekali sekale leh gak kita berseronok kan?” kata Virda.

“ha..aku ok je. Cam nie la baru enjoy.. lupekan yang lain..” balas Fasuha sambil tergelak.

Aku betul-betul menggunakan masa untuk berseronok tanpa kesedihan yang pernah hantui diri aku ini. Aku, Namiya, Fasuha dan Kak Ana keluar bersama. Dari pagi sampai petang kami di bandar, walaupun berseronok tetapi kami tidak lupa akan suruhan-Nya. Kami solat di surau yang terletak di tingkat 3 MidValley Mega Mall. Selesai solat, kami ke KFC untuk mengisi perut yang dari pagi tidak terisi.

“ida, akak tengok ida betul-betul ceria hari nie..” kata Kak Ana yang mungkin perasan keadaaan Virda.

“haah!!, kak.. ida happy sangat hari nie..terima kasih ye korang teman ida berkaraoke, main bowling, main game...” Kata ku mengiyakan kata Kak Ana.

“bagus ida. Akak nak Ida jangan la sedih-sedih lagi ok. Yang lepas biarkan berlalu dan yang bakal kita hadapi tabahkan hati dan kuatkan semangat.” Kata Kak Ana member semangat.

“betul tu Ida, Miya nak Ida happy dan jangan fikirkan perkara lalu k. Jangan kerana seorang lelaki ida jadi hilang semangat. Ida patut buktikan yang ida mampu dan Ida boleh..” tambah Namiya lagi.

Fasuha, tidak ada apa yang terkeluar dari bibirnya dan hanya mengukir senyuman yang manis.

“jom kita makan!” kata Fasuha yang tadi tersenyum mungkin kelaparan.

Mulai saat itu Virda nekad untuk memaafkan Zack dan terima apa yang telah berlaku. Walaupun Virda tahu sukar untuk dirinya menelan semua keperitan ini. Virda tahu setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan ALLAH sebenarnya sedang menguji dan mengatur yang sebaik buat Virda. ALLAH tidak akan mnguji hambaNYA melainkan kesanggupan hambaNYA.

********************************


Sunday, August 9, 2009

Mencari Cinta

Benar kata orang, cinta itu buta. Cinta yang teramat sangat pada seseorang sehingga kita tidak dapat menilai mana kaca dan permata. Sungguh tega cinta yang disiram dan dibajai dengan kasih sayang akhirnya meninggalkan Nur Hadiaruz begitu sahaja dengan kepedihan dan pengajaran yang bermakna baginya. Namun, cinta bukan segalanya untuk seorang insan yang bergelar wanita untuk tunduk dan takut pada bayangan cinta.

Gagal dalam cinta tidak bermakna dia gagal dalam semuanya. Cuma kadang-kadang memang dia akui yang dirinya akan terasa kehilangan. Dulu tika sunyi ada yang mengisi ruang kesunyian, begitu juga tika kesedihan ada yang menggembirakan. Sayang dan rindu menjadi ruangan hari-hari perbualan antara Nur Hadiaruz dan Muhammad Imzan. Namun, mungkin kata-kata janji hanya dibuat untuk dimungkiri. Pasrah dan redha dengan apa yang ditetapkan olehNYA. Mungkin ini adalah permulaan pertama untuk dirinya mengejar cinta Illahi sebelum mengejar cinta manusia.

“ Nur..awk jangan membenci Im. Awk perlu memaafkan dia. Mungkin semua ini ada hikmahnya yang awk sendiri tidak tahu.” Kata Fasuha seorang sahabat baik Nur.

“ Ya…saya tahu itu. Dia manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga saya Suha. Saya seorang manusia yang perlukan masa untuk memaafkan dia. InsyaALLAH saya akan maafkan dia.” Balas Nur Hadiaruz.

Hubungan persahabatan antara Nur Hadiaruz dan Fasuha sudah terjalin sejak semester pertama lagi. Keakraban sebagai seorang sahabat baik mula terjalin apabila Nur dan Suha di tempatkan di Kamsis Ibnu Sina di semester tiga. Segala suka dan duka menjadi luahan bersama.

Bermula epilog cerita Nur Hadiaruz. Sejak berpisahnya dia dengan Muhammad Imzan hidupnya lebih tenang dan selesa. Bukan membenarkan perpisahan itu tetapi sudah dua kali Nur cuba memperbaiki hubungan yang telah terputus, namun pelbagai alasan yang Im berikan. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri, dia tidak lagi mengharap cinta Muhammad Imzan. Jauh disudut hatinya hanya untuk membuang bayangan Im.

“ Shida..saya nak tanya sikit boleh tak??” Soal Nur kepada Shida.

“ Tanya lah…InsyaALLAH. Jika saya boleh jawab saya jawab.” Balas Shida.

“ Shida, kenapa seseorang itu akan kecewa apabila cinta yang disanjungnya meniggalkannya??’’..

“ erm…cam rumit je nak jawab. Tp saya cube ok…memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik pada seorang perempuan, begitu juga seorang perempuan akan tertarik dengan seorang lelaki. Tetapi perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu adalah salah. Cinta dapat membutakan mata dan hati seseorang dalam membezakan perkara yang hak dan baril. Kekecewaan akan muncul apabila kita terlalu meletak seseorang itu terlebih dari segalanya. Sehingga kita lupa bahawa kita perlu menyayangi dan mencintai Yang Maha Esa.’’ Jelas Shida.

“ Yeah..awk betul Shida. Terima kasih untuk jawapan itu. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang membuatkan saya yakin dengan apa yang perlu saya lakukan. ” jawab Nur tanda berterima kasih.

“ Tak apa lah Nur, saya paham perasaan awk. Awk memang perlu tahu bahawa kita sebagai umat islam perlu mengejar Cinta Ilahi sebelum mengejar cinta manusia. Sesungguhnya menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluknya adalah cinta hakiki dan abadi. Jika awk menumpukan perhatian dalam mengejar cinta Allah, sudah tentu Allah akan memberikan awk cinta manusia yang tulus dan ikhlas menyayangi diri awk. Perkara yang lepas awk jadikan pengajaran dan pengalaman. Kata Shida memberi kata-kata yang penuh pengertian.

“ InsyaAllah Shida saya akan pegang kata-kata awk nie. Terima kasih sekali lagi. Awk memberi nasihat yang amat bermakna buat saya.’’ Balas Nur.

“ sama-sama sayang. Sudah la jom kita balik ke bilik. Jam pun sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.’’ Ajak Shida sebagai mengakhirkan perbualannya dan Nur.

5bulan telah berlalu………………….

Selesai solat isyak. Nur sibuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Sedang asyik membuat tugasan nada ringtone menandakan satu mesej telah diterima.

“kenapa tetiba dia bagi mesej??” bisik hati kecil Nur.

Assalamualaikum. Nur maafkan saya atas silap saya selama ini. Saya tahu saya bersalah dalam hubungan kita dulu. Sudikah awk memaafkan saya dan memberi peluang sekali lagi buat diri saya. Saya menyesal dengan apa yang saya pernah lakukan. Nur saya sanggup tunggu awk. Maafkan saya.

Terpapar diskrin handphone Sony Ericson milik Nur Hadiaruz, mesej yang diterima dari Muhammad Imzan.

“Ya Allah kuatkan iman aku dalam menghadapi dugaan ini.” Bisiknya lagi.
Allah itu Maha Mengasihi hamba-hambaNYA. Pada suatu ketika Dia menutupkan pintu kebahagian seseorang itu atas kelemahan diri sendiri..tetapi Dia bukakan satu lagi pintu kebahagian yang baru. Cuma seseorang yang tadi berdiri terlalu lama di pintu yang ditutup tadi tanpa sedar kewujudan pintu yang baru itu. Dia sentiasa menolong hambaNYA Cuma kita tidak sedar.

Waalaikummussalam. Saya tahu awk sesal dengan apa yang awk buat. Tidak ada apa pun yang perlu saya maafkan. Awk tak salah pun. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau ada jodoh, insyaAllah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awk tunggu saya. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan segalanya. –yang terakhir dari Nur Hadiaruz-

[send]
[sending]
[message sent]

“Saya dah buat keputusan dan saya yakin ini betul. Saya juga yakin Allah telah mengatur yang terbaik buat saya. Saya takkan berpatah balik. Takkan buat selama-lamanya.” Tegas NUR HADIARUZ selepas membalas pesanan ringkas kepada MUHAMMAD IMZAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...