nuffnang

Monday, February 25, 2013

Kau selalu ada.

Assalamualaikum

andai boleh dipilih masa itu utk diulangi..
aku mahu memilih utk bersama dia.
aku mahu terus mencium dia..
aku mahu terus berbakti padanya..
aku mahu menjaganya sewaktu dia berada dihospital. tanpa aku pulang malam itu.
aku mahu membuatnya insan paling gembira punya aku.
aku mahu memicitnya sampai dia kata.."behenti"
aku mahu!

tapi..
aku bukan siapa-siapa.
hanya mampu berkata "andai"

aku tahu,
masa itu tidak lagi boleh diulangi.
tidak boleh dpilih.
tidak boleh memilih dgn siapa aku ingin bahagia.
aku...
tidak lagi boleh bersamanya.
tidak lagi boleh berbakti pdnya pd zahirnya.
tidak lagi boleh menjaganya.
tidak lagi boleh menggembirakannya di dunia ini.
tidak lagi boleh memicitnya.
tidak!


namun.
aku ingin dia bahagia di sana.
supaya dia tahu...
aku sedang berbakti padanya
aku sedang gembirakannya.
aku sedang merinduinya.
setiap dalam doaku. sujudku. sedekahku.
aku sebut namanya.
itu yg mampu aku lakukan..

kau selalu ada.. Abah.


P/s : hargailah ibubapa selagi ada.. apabila seseorang itu mati.. segala harta kekayaan ditinggalkan.. yg dibawa hanyalah amalan semasa hidup dan doa anak2 soleh dan solehah. semoga kita menjadi anak soleh & solehah yg menjadi cahaya memerangi kegelapan. Moga mereka dtempatkan dikalangan org2 beriman.

Teguran itu

Assalamualaikum.
pernah ditegur?
atau menegur?


Manusia memang tidak lari daripada berbuat kesilapan,yang membezakan hanya sedikit dan banyak. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum/sedikit kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersikap trully dan hidup.

"kau pun lebih kurang sama.. ada hati nak tegur.." biasa tak dengar ayat nie dlm drama??
ha kan?? dah kena bidas semula. ?
tapi atas individu tersebut la.. jika ia berlapang dada, memikir ia membawa kebaikan pada diri.. ta ada masalah..
tapi kalau dialog kat atas tu keluar. maybe org tu belum bersedia nak terima teguran pada masa tu..
ha mungkin esok lusa dia fikirkan balik teguran tu..
ha kan.. terdetik hati nak berubah..
siapa tahu?

Kata Hukama,“Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.”

tapi betullah.. sampaikanlah teguran itu walaupun pahit.

so perbaiki diri daripada teguran orang lain tu. jika teguran itu mengenai pakaian yg kita pakai.. so berbaikilah pakaian kita.  jika mengenai kata-kata yg kita keluarkan setiap hari...so  kurangkan bercakap hal2 yang ta berfaedah. bila kata-kata kosong yg keluar. mungkin lebih byk menghiris hati org dari buat org gembira.

"Ya Allah maafkan aku jika terleka dlm duniawi sehingga membuka aibku sendiri dari segi pakaian, pergaulan dan percakapan."

Friday, February 22, 2013

egokah aku?

Assalamualaikum

percintaan jarak jauh saya & dia.

last kami berjumpa raya ke-8 hari raya tahun lepas.
sepanjang kami bersama..
2kali je "dating".
aha.gedik! guna ayat dating..
dating kan kalau berdua-duaan je. nie kalau beramai2..eh bertiga. ada peneman. my bro & my fren.

ta kisah la.
kami ta mcm pasangan lain pun.
last jumpa.
"eh lepas nie dah tak nak jumpa sampai setahun okay" kata saya.

"betul nie? ha ok. boleh kalau tu yg awak nak." balasnya.

"memang la..lagi bagus." tambah saya.

hari berganti minggu.
minggu berganti bulan..
tiba masanya dia balik.. raya haji..
"nak jumpa tak?" tanyanya..
"ta payah la. jauh la kelantan ke pahang" jawab saya.
"kan kita dah janji...." tambah lagi.

so bulan berganti tahun..
tahun nie..dia dapat kursus di Perak.
owh okay! sangat akui..sejak ta jumpa.
saya rasa ta mesra. saya cari salah dia.
saya mula mcm nak tuduh dia ada scandal plak..
saya mula ckp dia berubah sikap. hah!
*ini semua poyo!*

sebab dia ada kursus..& balik semenanjung..
he ask me again. "nak jumpa tak?"
"ta nak la...." ego menguasai diri sambil teringat kata2 yang tak jumpa until setahun..

okay! sekarang ia berpunca dari saya. :)
huwaaaaaaa..
kih kih kih..
kalau tak jumpa ta apa asal hati ta berubah, itu je lah kata2 saya. hahahaha

Thursday, February 21, 2013

hargai Ibu selagi dia masih bernyawa

hargailah ibu selagi dia masih bernyawa. ibu tiada galang gantinya..
kalau hilang kawan..kawan lain ada. dgn wajah lain.hati lain.:)..

tp seorg ibu yg mengandungkan kita selama 9bulan. kalau dia menghembuskan nafas terakhir. ta akan! ta akan ada ganti.

saya dah pun kehilangan seorg ayah.. dan ada ganti dgn gelaran yg sama "abah" tp..ia berbeza. memang ta ada gantinya.

dulu...saya pernah hidup dalam kegelapan. kegelapan dimana. nasihat maa. saya tidak hiraukan.. saya menjawab..saya melenting..saya lakukan..saya lukakan hati maa. setelah semakin dewasa..meninggalkan zaman remaja..saya kini bergelar seorg anak yg berjanji pd diri..tidak akan mengulangi semua itu..

ye! ..maa pernah cakap. saya anak paling degil..keras kepala...buat maa menangis..tapi itu jauh kebelakang.. tapi itu 6tahun kebelakang..

tapi saya bersyukur..ALLAH sayangkan saya.. 
kata-kata adik lelaki saya terkesan dihati saya "Kak ida..maa kan makin tua, tak baik kak ida mcm tu..kalau maa tak ada.."
sumpah! terkesan kat hati... hari tu jugak.. selesai solat...saya mohon ampun.

dan sejak itu. saya lebih menghargai maa. setiap hari kalau sekarang dekat u..saya akan curi masa call n selesai ckp..i said "Love u maa. maafkan ida dunia akhirat."

kalau apa pun saya buat. nak exam. ada kuiz. nak keluar.. maa org pertama yg saya akan minta doa kemana saya pergi.
dan saya percaya.. dean list yg saya dapat sem nie..sem sebelum nie. semua berkat redha dan doa maa.:) sebab. redha ALLAH terletak pd redha ibu :)

dan saya boleh cakap...saya anak paling bertuah..sebab dpt maa..:)

"Ya ALLAH, Kau sayangilah kedua ibubapaku seperti mereka menyayangiku.."

waaaa...menangis buat entri nie.

p/s :) jgn malu utk mohon ampun setiap hari pada ibubapa..klau malu send msg via hp :). "maa ampunkan dosa ida dunia akhirat". lakukannya. I ♥ her so much.

pic 2010..Hadiah tuk maa :) masa diploma.
insyaALLAH degree pun .
Redha ALLAH terletak pada Redha Ibu..
saya sayang pn.Zakiah!

Berhenti berharap

ku berhenti berharap..

lalu
menanti dgn sabar...
menerima dan pasrah..
sedang..
airmata jadi saksinya..
hati Allah yang tahu..
bibir terkunci dari berkata-kata..
senyum ku ikhlaskan..

ku berhenti berharap..

kini..
menerima sebarang kemungkinan berlaku..:)

Wednesday, February 20, 2013

permulaan sem

Assalamualaikum.
hey! hari ke4 di Parit Raja.

schedule dah ada. 
Isnin : 8.00-11.00 (industrial enginering) & 11-2 (lab.quality control)
Selasa : no class
Rabu  : 11.00-1.00 (quality control)
then no class for another days.

actually, takut/berdebar utk hadapi sem nie. 
sem last before for next step. (inshaaALLAH)

hurm ta ada nak tulis apa sangat..
Baru lepas berborak dgn maa via hp.
terubat rindu.

ha satu lagi. tadi kelas quality control. oh! kenapa perlu saya?
ketua kelas? huh! rasa mcm... "mana lelaki2 nie..nak suruh volunteer pun payah ka?"
ta pasal. "ha yg pakai spek.. tudung.." 
okay. hurmmmm...

sem nie memberi ramai org yg memberi harapan pd saya.
Maa. Abah. Family. Nenek. PakcikMakcik. Dia.
saya CUBA! saya PASTI boleh. 

oh ye..
dan sekarang im still on diet. :)
just lose my weight for 2kg. Alhamdulillah.

okay. tq :)

Friday, February 1, 2013

Makcik itu

Pagi itu, aku dan maa bersarapan pagi di kedai makan makcik ku iaitu kakak kepada maa. Aku kekenyangan kerana sarapan pagi aku utk hari itu sepinggan nasi lemak dan air suam.

sedang asyik aku bermain game menggunakan handphone, aku tertarik dengan seorang makcik yang dalam jangkaanku usia mencecah 55tahun kerana makcik tu kelihatan lebih tua berbanding maa memasuki kedai.

maa kenal makcik itu,
kami semeja.

"anak kau?" tanya makcik itu pada maa.
"haah, ini anak kedua saya.."
aku senyum memandang ke arahnya.
"dia buat apa?" masih menyoal
"belajar lagi..cuti sem sekarang nie..tu yang ada nie.. kalau tak saya sorang je.."
"oh, bagus la.. belajar rajin2, kerja best2.. jangan lupa balas jasa mak kau." pesan makcik kepadaku.

aku hanya senyum. tiada kata yang terkeluar.

"bagus anak kau nie..kalau anak aku...hurrrm" makcik itu mengeluh panjang.
"ala.. anak akak pun bagus2 jugak.." balas maa
"ah.. tak adanya bagus.. bila kahwen dapat bini.. mak pun lupa.." katanya.

aku melihat raut mukanya berubah..

"kalau aku nak cerita pasal anak-anak aku.. menangis la aku setiap hari..." katanya lagi.

aku dan maa hanya diam membisu.

"bla..bla.. bla.."  makcik itu mula menceritakan kisah anak-anaknya.

aku hanya diam mendengar dan berfikir rupanya masih ada anak-anak yang lupa ibubapa mereka saat mereka HIDUP MEWAH! dapat BINI CANTIK! lupa HARAM HALAL! ia bukan drama dalam TV semata-mata.. berlaku pada makcik itu.

apa yang paling menyedihkan aku, bila makcik tu tak REDHA PERKAHWINAN anaknya. Ya ALLAH. mana kebahagiaan sebuah perkahwinan jika ibu tak redhaa, sedangkan redha Allah terletak pada redha ibubapa. okay! macam mana nak redha... sbb sang anak ambil isteri org? Nauzubillah. iye isteri org, di mana suaminya dipenjarakan. tp belum bercerai?? see? hurrmm aku pun mengeluh.

airmata makcik tu aku tengok tak jatuh pun.. tapi seolah2 dia paham apa aku teka.

"aku dah puas menangis."kata makcik tu.

"Ya Allah, kuatkan semangat makcik tu. Berilah petunjukkan kepada anak2nya".

p/s : maaf! bukan nak menceritakan atau mengaibkan sesiapa.. tapi sebagai pengajaran pada kita semua. sayangilah ibubapa selagi mereka ada. jangan jadi anak derhaka. amalkan setiap hari utk mohon maaf pada ibubapa kita..kadang2 kita tak sedar pun kita buat salah dah menghiris hati mereka kan? malu?? tetiba nak salam minta maaf? taktik saya..saya akan solat sebelum maa solat..bila sama2 siap..saya akan hulurkan tangan mohon maaf... selalunya time maghrib.:) selamat beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...