nuffnang

Friday, June 29, 2012

Saya dan perempuan tua itu.

 Ada seorang perempuan tua menghampiri saya.
 "Anak ada air?"

saya memandang ke arahnya. "ada. makcik nak?"

perempuan tua itu hanya mengangguk.

saya membuka bungkusan yang di dalamnya ada sebungkus bihun goreng dan sebotol air mineral. Niat dihati memang nak bagi air mineral jep.

tapi........

"makcik nak ni?" saya menunjukkan bungkusan bihun dan air mineral.

perempuan tua itu menggangguk lagi.

"nah la. ambil yang ni." saya menghulurkan bungkusan itu.

tangannya mencapai bungkusan makanan itu.

"terima kasih nak." katanya dan berlalu pergi.

"sama-sama, makcik." 

mata saya mengikut jejak langkahnya.Dan perempuan tua itu ke arah seorang lelaki tua yang sedang menunggu di atas motor. "mungkin suaminya."hati berkata.

lelaki tua itu senyum kepada saya. dan gerak bibirnya mengucapkan terima kasih.

saya mengangguk.

*tak sampai hati tengok nenek2 atok2 berjalan tengah panas2. berdiri lama2. mereka tiada kudrat lagi untuk berdiri lama. nenek saya sudah mencecah umur 73tahun. masih kelihatan sihat. kalau dulu, kemana kami pergi pasti nenek nak ikut, tapi berbeza dengan sekarang bila nenek ikut, dia lebih suka duduk atau menunggu di luar kedai atau menunggu dalam kereta... hurmm kesian kan. lebih baik nenek duduk rumah boleh baring2. itu lah situasi kalau nenek ikut. saya akan temankan. tak kan biarkan dia keseorangan menunggu.

p/s : berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada. saya sayang nenek saya.

Thursday, June 28, 2012

Dari Terpaksa, lama-lama biasa

situasi 1
saya : Ameer .. pergi solat. *sambil menanggalkan telekung*
Ameer : dah la tadi. *zohor tadi.*
saya : kak ida cakap sekarang... Asar... *mula meninggikan suara*
Ameer : alah.. *mengeluh dan stil menghadap tV*
saya : adik!! dengar tak k.ida cakap nie..!
Ameer :iye.. 
saya : sekarang umur adik dah 7 tahun kan? Allah cakap kalau umur 7 tahun tak sembahyang dah kena pukul dah nie. K.ida nak cari hanger la jap. *menuju ke dapur*
Ameer : ye..ye.. *menuju ke toilet*
saya : tahu takut.

saya : tahu tak berapa rakaat sembahyang tu?
Ameer : tahu lah. 4!

situasi 2
saya : adik pergi sembahyang maghrib. *rampas remote tv kat tangan*
Ameer : kak ida ni!!! maa tengok kak ida nie.. ameer nak tengok tv..*marah*
Maa : sembahyang dulu pastu tengok tv.
Ameer : kak ida selalu tipu adik. adik sembahyang, kak ida tengok cerita dia.
saya : tak la.. *tutup Tv* pergi la solat!
Ameer : kak ida kena geletek adik dulu, baru adik bangun.
saya : malas!
Ameer : cepat la geletek adik, baru adik bangun.
saya : nak sembahyang pun macam-macam la. 

TAPI kalau yang umur 17 tahun baru nak suruh solat???
kita nak cakap macam mana ye? 
fikirkan lah.

p/s : didiklah anak2 solat. bagi dia kenal itu solat. ALLAH dan Rasulullah. Dari terpaksa, lama2 biasa. percayalah!

Hati Buta Sebab 10 perkara




  1.  mengenal Allah s.w.t tapi kamu TIDAK MENUNAIKAN HAKNYA.
  2. kamu mencintai Rasullullah s.a.w tetapi MENOLAK SUNNAHNYA.
  3. kamu membaca Al-Quran tapi KAMU TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
  4. kamu makan nikmat Allah s.w.t tapi KAMU TIDAK MENSYUKURINYA.
  5. kamu berkata syaitan musuh kamu tapi KAMU TIDAK MENENTANGNYA.
  6. kamu berkata bahawa Syurga itu benar tapi KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
  7. kamu berkata bahawa nraka itu benar tapi KAMU TIDAK LARI DARIPADANYA.
  8. kamu berkata mati itu benar tapi KAMU TIDAK BERSEDIA BAGINYA.
  9. kamu bangun dan menceritakan keaiban orang lain tapi KAMU LUPA KEAIBAN DIRI KAMU SENDIRI.
  10. kamu kebumikan mayat tapi KAMU TIDAK MENGAMBIIL IKTIBAR DARINYA.
sumber : www.facebook.com/ustazDonDaniyalDonBiyajid

Tuesday, June 26, 2012

kami.



kebosanan melanda. :)
makanya
edit la pic nie..



Thanks you!

Assalamualaikum. 
ha baru dapat update blog. final exam dah habis! hurraaaayy!

Alhamdulillah 
bersyukur sangat semester 4 dah berakhir.
sem depan akan bermula awal bulan 9.
yes! duk umah puas2 saya nak kuruskan badan. *harap maklum.*

thanks you :)
for all my lecturers 
utk semuanya. mengajar. mendidik. nasihat yg berguna. membakar semangat semuanya lah!
3 subjek dah dapat tahu. dan Alhamdulilllah. bersyukur. :) *boleh dapat dekan ke sem nie?*

thanks you :) Puan Zakiah Harun & family
atas sokongan.
dorongan.
semangat.
dan paling penting korang mendoakan saya di sana dan sepanjang exam.

thanks you to all my frens
tunjuk ajar.
saya ta reti..saya tanya korang.
saya ta paham. korang paham kan.
juga mendoakan kejayaan kita utk sama2 hadapi final exam

thanks you Noor Azli Ahmad.
jadi alarm tuk 2paper. :)
paper 1st ngan paper last.
kenapa 2 paper jep?
lagi 4.
ha sebabnya.
AA ke Brunei. so kesepian tuk belasan hari.
tapi ta pe.saya tahu dia mendoakan kejayaan saya.

dan thanks!
tuk hadiah yg saya sangat comey tu.







jeng !
jeng! 
jeng!





 hehehe.

okaylah. terima kasih sangat kepada yang sudi membaca.hihihi.
 

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Milkah Rima Dania.

mereka sudah di satukan pada 16/6
En.AA saya nak nie! hehehe.

kami sekelas ex-diploma dari BPB
hehehe.berpanas nie amik pic. kami satu kereta.


amik berkat.insyaALLAH ikut turutan nanti.
mula2
kak Nurul.
Kak Ida.
Der.
Awin
ha bru saya! hehehe

:)

ini lah jejaka dari kelas ex-dip BPB. haish.. :)



Monday, June 18, 2012

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum.
Mati itu pasti?
yes! hidup umpama roda. adakala di bawah dan di atas. so belum pasti lagi kemana kita.
tapi
yang pasti kita semua akan mati.

mimpi ngeri malam tadi.
mimpi maa meninggal. sedih. dalam mimpi tu teresak-esak saya menangis.
menangis.
menangis dan terus menangis.
saya mahu memandikan maa saya. kata2 dalam mimpi itu.

sehingga terjaga dari tidur. air mata mengalir.
"maa.." menitiskan air mata.

pagi2. msg maa .
"salam maa. maa buat apa?"

"salam, maa baru buat solat dhuha. ida exam hari ini kan?"

saya tak balas. menitiskan air mata di hadapan buku project management.

handphone SE kedengaran lagu "ruang rindu" maa call!

"hello assalamualaikum. awak exam pukul berapa?" kedengaran suara maa.

"waalaikumussalam. tak. ida tak exam pun hari ini. Esok baru ada paper. doakan ida ok."

bla.. bla. bla..banyak dibualkan.

"maa.." saya memangil. saya tahu suara saya mula menahan sebak. 
tapi cuba untuk mengawalnya. 
cuba mengawal sampai maa tidak mengendahkan panggilan saya itu.

sekali lagi. "maa..." air mata mula menitis.
"iye.. " suara maa kedengaran ceria.

"maa.. tadi ida mimpi maa meninggal." air mata laju mengalir dari pipi.

maa terdiam seketika.
dan bersuara "mati itu pasti ida."

tapi ida sedih dengan mimpi tu.
"mimpi mainan tidur." kata maa.

sedih. :(

maa ubah topik perbualan.
maa rancak bercakap.
sedang saya. 
masih dalam sedih.

"tak apa lah maa, ida nak sambung study."

selepas memberi salam.

saya memandang kedua gambar desktop backgroud laptop.
gambar maa dan abah.
sekali lagi saya mengalirkan air mata.

saya tak nak kehilangan maa setelah 10 tahun kehilangan abah.
iye. 20/6 nie genap 10 thun abah pergi tinggal kami.
tapi sikit pun saya tak pernah lupa saat terakhir saya mencium dahi abah sebelum kain kafan menutup muka.

"ya ALLAH. saya tahu mati itu pasti. saya mohon ya ALLAH. Panjang umur ibuku.. supaya saya dapat membalas jasanya. berbakti padanya."

dalam minggu nie. maa menyatakan hasratnya utk ke tanah suci. "Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ibuku.. dan permudahkanlah."

Saturday, June 16, 2012

Rindu dan Doa


selagi belum halal. kita masih punya jarak.

kita bukan seperti pasangan kapel yg lain.
awak yang sangat respect saya sebagai perempuan.
nak jumpa sebulan sekali pun payah.
nak jumpa seminggu sekali lagi la payah.
nak jumpa hari2, itu lagi payah.

dan sekarang. dah 6days until 26.6 ta dapat berhubung. no msg. no call. no fb.
ok kerana tugas & t/jwb.
kita dah janji..
kita sama2 ok.
jaga diri masing2. 
ok awk. memang saya sentiasa jaga diri saya sebaik mungkin.

tapi kalau lah awak tahu.
apa hati saya ni sedang berkata apa. hurrm.
ALLAH je tahu.
kerana kalau saya rindu.
saya pejam mata.
dan 
doa utk hubungan kita.

P/s : moga keterbatasan bersama kita.

Friday, June 15, 2012

Esok Hari Bahagia :)

Assalamualaikum.

esok hari bahagia.

yes!

tahniah kepada Fiya dan Faiz.

kerana cinta 2hati mereka akhirnya.

bersatu menjadi satu.

iya.

seronok kan? 
kahwen.

"awak kita bila lagi?" ha soalan gatal. yang tak perlu tanya okay!.
kerana sememangnya saya sudah dilamar.

so kepada Afiah dan Faiz.:
moga korang bahagia tau. bercinta sampai ke syurga tau!

kepada Afiah :
bukan senang nak jadi seorg isteri *w/pun saya belum berkahwin* tapi percayalah..
isteri solehah adalah penyejuk mata sang suami.
jadi lah seorg isteri yang membahagiakan suami ok.
penuh sabar melayan karenah sang suami sedang pulak isteri yang bergelar pelajar. haish. 
 tapi itulah seorg isteri,pelajar dan anak kepada ibubapa dan mertua.

kepada Faiz :
please jaga kawan saya nie baik2 ok.
saya sayang dia. tapi saya tahu awak lebih sayang dia.hihihi.
jadi sang suami yang juga membahagiakan sang isteri ok.
jadilah imam kepada keluarga.
penuh sabar juga melayan karenah sang isteri, sedang pulak sang isteri yang bergelar pelajar. haissh.
tapi itulah seorg suami, imam dan anak kepada ibubapa dan mertua.

*moga korang bahagia*
*cepat timang anak*
*bercinta sampai syurga*

Tuesday, June 12, 2012

oh Production & operation Costing

Alhamdulillah.
dah 
lepas
satu lagi paper.

cm mana tadi?
ok la. better than Automation industrial.
pape pun kita tunggu result keluar.

so pas nie nak study OSHA. coz ada paper khamis nie. 
oh My. Jumaat ni pun ada paper.

saya harap saya boleh.

thanks sgt pada maa coz tak putus buat solat hajat.
saya pun :)
apa yg saya nak saya nak berjaya. 

lepas usaha.kita doa. lepas doa tawakal.. 
ia seiring dgn menjaga hubungan kita dengan ALLAH ok.
doa ibu dan restu mereka amat lah diperlukan.

ok jom study!

Monday, June 11, 2012

Oh Automasi Industri

tadi kan!
eh.
assalamualaikum.

tadi kan paper automasi industri..

terbaik 
la kan.

teori chapter 17 keluar.
dah memag tak sentuh pun!!

hahaha. bayangkan la ye. mcm mana sy menjawab. ayat industri memag dah ada..tapi 2 pun belum tentu betul!
bukan
belum tentu.. memag dah tentu2 salah an.

*ikut logik konon*

so
tunggu je la sampai result keluar..:)
dan berdoa moga2 En.Pensyarah lembut hati masa tanda paper saya. hihihihi

okay2. esok ada paper!!
 jom study

Sunday, June 10, 2012

Terfikir sejenak

terkadang terfikir..
saya
tidak
layak
buat
dia 
yang
sangat baik.

hah kan. hamik kau! tengah2 study Research methodology.. tetiba pg update blog.

ok tata.

jgn jadi mcm saya. manyak main nie saya.

Saturday, June 9, 2012

Oh exam datang lagi :)

hye. assalamualaikum.
dah ta tahu kenapa malas sgt nak update blog.

mungkin
sebab
nak focus on study week. *hak hak hak. geli dowh*

biasalah kan.
dah nama pun student kan.
so 
exam ta pernah lari kot.

haiishhh.
Isnin (11/6/2012) 1st paper.. dan 25/6/2012 last payyyypeeeeerrr *versi jozan*

anyway. 
doakan saya dipermudahkan ok utk menjawab.
nak dean's list ke? 
*opps  one of my fren cakap. jgn kejar pointer..*
*one of my ustaz cakap..mana yg nak? nak jadi pelajar berjaya di mana lepas belajar dapat kerja bagus2..or cemerlang dengan meniru..dan pointer gempak2..tapi lepas habis belajar..dok jadi penggangur terhormat.. tapi di sini saya TEGASKAN. bahawa tidak semestinya cemerlang itu hanya perlu meniru kan? so usaha+doa+tawakal. baru lah cemerlang.
jom kawan2 kita jadi STUDENT YANG BERJAYA DAN CEMERLANG.

dan 
pada kawan2 saya
yang berada
di 
UITM..UUM..UMT..lagi??
UNISZA..
UPM..
eh. ada lagi. UNIMAS.. 
ala lupa plak!! kawan2 seangkatan di UTHM.. 


 ok!!!!

jangan malas2 study. lepas 2minggu kita tido la puas2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...