nuffnang

Thursday, August 29, 2013

Mencari yang hilang

"kau nie, aku cakap kau tak reti nak paham kan? aku busy aku busy. aku penat bekerja. kau tahu tak?? apa kau nak aku hadap setiap mesej setiap call kau ke??" marah Azlan.

"tak.. bukan tu maksud saya. saya cuma.." belum habis lagi apa yg di ucapkan....tut tut tut Azlan telah memutuskan panggilan.

"Ya Allah.." aku menangis, air mata mengalir.. semua mesej-mesej tidak dibalas, telefon bimbit juga dimatikan. mungkin tidak mahu diganggu lagi.

setiap kali bergaduh. sikap panas baran Azlan menjadi-jadi. kata-kata yang keluar dari mulutnya amat menyakitkan hati. Apa yang memilukan kata-kata kesat juga pernah terkeluar. Namun, hebatnya cinta manusia sesama manusia, sedih dan gembira datang bersilih ganti. Liza sentiasa bersabar, tapi sabar juga ada hadnya..5 tahun Liza bertahan dengan sikap Azlan, kini telah tiba waktunya Liza melepaskan orang yang dia sayang demi kebahagiaan diri sendiri.

"bila kita nak kahwen?" soal Liza.
"Sabar la.. berapa kali nak tanya? setiap hari nak tanya." jawab Azlan suara tegas.

Kini Liza meletakkan cinta buat Azlan adalah yang terakhir, dia mahu fokuskan pada kerjayanya sebagai seorang Eksekutif Pemasaran di salah sebuah syarikat swasta. Dia juga merancang untuk menyambung pelajarannya diperingkat Master.

"awak, permohonan saya untuk sambung belajar telah berjaya." Liza memberitahu.
"ha baguslah, kita tak payah kahwen. Awak belajar la sampai ke tua." Balas Azlan sinis.
"hurm....saya tak tahu awak kenapa?! semua hal saya buat salah. tak kena dipandang mata awak! bila saya cakap soal kahwen. Respon awak.. sabar sabar sabar sabar! jadi saya perlu apa.." Liza mula marah.
"ha ungkit semua ungkit, bagus la ungkit."
"saya bukan nak ungkit. tapi awak..siapa saya dimata awak?"
"awak girlfriend saya!" tengking Azlan dan talian terputus.

Liza menghantar SMS selepas Azlan memutuskan talian, seperti biasa mesej yang di hantar jarang sekali untuk Azlan membalas.
"salam.saya tak tahu macam mana saya nak mula, tapi 5 tahun saya bersabar dengan awak. 5 tahun awk. bukan 5 hari. saya sayang awak, tapi saya nampak awak benci saya. payah ke awak nak cakap elok-elok dengan saya? kalau awak rasa, saya tak penting dalam hidup awak. lepaskan saya pergi utk kali ini. Mungkin bagi awak saya nie bukan siapa-siapa pun. ada atau tak. sama je pada awak. cukup la. saya tak nak lagi awk bersusah sebab saya." ........................[sent]

[Azlan]
"saya mtk maaf, saya tak sengaja. kita lupakan hal nie ye sayang." 

[reply]
"sory awk, hati saya sakit sangat. saya nak cari Azlan saya yang 5tahun dulu saya kenal. awak bukan Azlan saya. awak hidup dalam rupa dia yang sama. biarkan saya pergi. saya maafkan silap salah awak. saya juga minta maaf. Jangan cari saya lagi."..............[sent]

kring... kringg..... kringgggggggg

Lebih dari 5 panggilan Azlan tidak dijawab. Sepanjang malam itu, dia menangis meratapi hubungan 5 tahun yang di jaganya adalah hubungan yang sia-sia. Liza mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Masa berganti hari, hari berganti minggu. minggu berganti bulan. Azlan masih mengganggu, namun entah mengapa kekuatan berpihak padanya. Dia tidak menghiraukan Azlan, walaupun jauh disudut hatinya dia rindu pada Azlan. Dia berharap Azlan berubah menjadi seorang lelaki yang penyayang dan penyabar bukan seorang yang panas baran lagi. Setiap malam dia berdoa andai jodohnya masih bersama Azlan, mereka akan disatukan.Andai bukan dia redha dengan ketentuanNYA.

*bersambung* Ngatuk! hehehe

Wednesday, August 28, 2013

Yeay! anak buah baru :)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.
happy!
kak ipar selamat melahirkan anak ke dua. Nur Qalesya.
seberat 3.45kg!
hari nie dah 6hari dah.. oho. ada kuning tapi belum tahap kena tahan wad... masih berjaga2.

hari 1st masa dilahirkan pada 22/8 pada 12.16pm :)

nak mandi Vs nak tido. hahaha
doaku. moga Nur Qalesya menjadi anak yg solehah. dengar cakap abah, umi dan tokma..:) semoga dia juga diberi kesihatan yg baik. jadi anak yang cerdik.

tgk akak ipar dalam pantang. huh!
takut.. tapi happy.. sebab ada anak. yeay! nak kahwen. nak ada anak.. dan kena jalankan tanggungjawab. erk?? sediakah?? hhehehe

8 syawal terubat rindu!

Assalamualaikum.

sambungan raya.
aha..
sehari selepas balik kedah. kami plan utk ber'dating' oho. not dating la bila ada org ke-3
apa ek??ketemu?? ala berdating jugak sedap.. hehe

"Dating kat pasar? dating apa ?" tanya seorang kawan.
aha.. ini uniknya kami.. tak pernah lagi dating berdua. maybe lepas kahwen.. hehehe.

tak semestinya dating kena duduk taman. berbual benda sama macam dalam mesej.. hehe.

ala masa dalam kereta pun, tgh dia drive pun.. kami berbual apa..benda sama jugak.

kami keluar lepas asar. kesian dia. lama tunggu saya bersiap.. sebab mood still raya lagi.. dating pun pakai baju kurung tau! hehe

kami ke pasar siti khadijah. "ala dah tutup.."saya merungut.
"tak pe. kita masuk dulu, ada lagi kedai tak tutup.." kata dia.

betul kedai ada lagi tak tutup. beli dodol..asam. thanks! dia yang belanja.

then kedai tudung. saya berkenan kt tudung rm25. "macam tudung makcik plak tu.." kata dia.
"ala..tengok tu. habis yang mana cantik?" tanya saya.

"yang tu.." tudung warna purple jugak jadi pilihan dia.
"ala yg nie mahal rm38. nak yang murah dan cantik."
"yang nie murah dan cantik jugak okay." kata dia lagi.
"hurmm ikut la.."
"satu je?? " tanya dia lagi.
"satu je la.. mana leh banyak2 duit tak banyak okay.."
"ala. pasal duit jangan cakap.." dan akhirnya dia belanja lagi!!

habis lah. asyik dia je belanja. "student tak ada duit lagi" kata dia.

hahaha.

then kami pergi solat. eh eh.bukan kami tapi dia. saya ngn makdo duk dlm kereta.. tunggu dia. saya jamak takhir kat rumah.

hurm lepas tu ke wakaf che yeh.
makan-makan. how sweet! kami order sup daging sama! hahahahaha. *eleh tu pun sweet* hahaha..
jalan-jalan cari baju utk Ameer & Mikhail. lepas tu balik.. :)

tapi puas dapat jumpa. terubat rindu.
setahun sekali kami dapat jumpa..
so next year plak... dan menjadi yg halal. dan berdating berdua jep. Amin!

tadaaaaaaaaaaaaaaaaa! kami sempat berposing sebelum makanan sampai!

"Ya ALLAH permudahkan urusan kami.. satu kan kami. di bawah naugan-Mu Ya Rabb"

Thursday, August 22, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum.
hye. rasanya belum terlambat kot nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!

sebab still bulan syawal..
oh ye.. tapi iya tak bermakna kita kena beraya sebulan.
kejarlah puasa 6 di bulan syawal.. then kita raya lagi! yeay!

okay2
beberapa keping gambar raya bersama keluarga tercinta. :)

1st raya :) tema my family pink purple with my grandmom n aunty!

2nd raya tema kami bertiga bunga sama tp warna lain-lain. cuba cari kami bertiga?? hehe
nie bergambar dengan family arwah tokmek and cucu..(nenek belah abah) 
baru je merasa setahun beraya dengan arwah tokmek, dia telah kembali ke rahmatullah.
setahun?
iya. tahun lepas kami sekeluarga baru merasa beraya dengan arwah tokmek setelah 9tahun abah pergi.
sebelum dia pergi. Allah satukan kami sekali lagi. :) thanks Allah.


3rd raya.aha mira bertunag yeay!!..:-P

dan raya ke empat balik kelantan! yeay!

raya ke 5 dan ke 6 berada di kedah yeay! hantar menantu  my cousin:)


dan
now! dah start puasa ganti :) baru je 2hari...yeay!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...