nuffnang

Thursday, July 11, 2013

1st Ramadhan

Assalamualaikum.
1st ramadhan tak la meletihkan. cuma pening kepala. maybe terlampau panas..

Ameer?
active je dia. balik sekolah pun jalan kaki. was-was saya!
"adik puasa ke tak nie..."
"puasa la.. kak ida nie.."
"yeke??"
"ye.. cuba bau mulut adik ha.." sambil dia buat "hah! hah! hah!" depan muka saya.
saya tahan nafas.. haha ingat nak bau sangat mulut dia tu. kih kih kih
haish ameer...dan 8tahun dah dia.

dulu masa saya umur 8tahun.
suka tipu-tipu puasa tau.
masa sekolah darjah 2.. ada sorang kawan. aisyah namanya.
dia selalu tak puasa.
pelik mak dia tak marah pun.
kalau saya pergi rumah dia kan. mak dia selalu tanya. "ida puasa tak?"
saya cakap tak puasa. hahaha. dengan harapan dapat makan tengahari.. lucu!
bukan makan nasi pun. makan kerepek je kot
tapi sehari tu je.. saya tipu dan sampai sekarang ingat!
sebab mak aisyah nie pergi tanya maa.. betul ke saya tak puasa.. tadi saya makan kerepek.
hah apa lagi.. maa kejar saya sambil memegang kayu.
takut weh. sakit kena pukul bila balik rumah...tu la menjadi ingatan buat saya. dan lepas tu tak berani lagi tipu.

org cakap. kalau muntah batal puasa.
okay tektik saya tak menjadi. 
saya buat-buat muntah dengan si Anis. hahaha
pun tak dapat buka pose.

macam2 ragam la. 
pergi sekolah plak.. kawan2 kelas yang tak puasa ajak minum air dalam tandas.
pui.! air dalam tandas pun berselera. haissssh.
apa nak jadi.

hahaha tapi itu dah lama dah.
bila dah besar... selalu ganti puasa. bukan ganti puasa sbb period je..
tp ganti puasa utk zaman-zaman kecik2 yang selalu tipu puasa.

dan 
sebab tu macam was-was je ngan Ameer. hahahahhaha


Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

1st time bila saya melangkah kaki mendaftarkan diri ke universiti..
saya mempunyai impian. cita-cita dan semangat yang baru..
saya telah meninggalkan dunia akaun. dengan memasuki dunia baru..
dunia pengurusan! aha.. tak lari jauh...tapi lari! hahaha.

mempunyai impian dgn 3.5 & above bila graduation nanti..
mempunyai cita-cita utk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atau kerja..
mempunyai semangat utk terus berusaha.. dengan kata "org lain boleh, saya pasti boleh.. org lain tak boleh..saya pasti boleh.."
InshaaAllah.. tercapai.

semester terakhir nie. banyak dugaan..dengan ku menangis dan tersenyum..
ku berduka dan tertawa..
namun, Alhamdulillah. tamat lah sudah. tutuplah sudah buku-buku.
iyeke tutup?? iyeke tamat??

aha.
semoga apa yang berlaku pada masa akan datang..
saya still boleh hadapi...:)
InshaaAllah. kerja juga rezeki.. sambung belajar juga rezeki...kahwen juga rezeki.. ehehehhe

Thursday, July 4, 2013

Alhamdulillah..Syukur PadaMu Ya Allah

Assalamualaikum.
dalam hati gundah gulana.. memikirkan cinta dan cita.. perrhhhh!
haha.
ta ada lah.
tadi pergi exam memasuki jawatan Pen.Akauntan w27.
exam ok. exam.
try je. mana tahu rezeki menyebelahi saya.

tapi bukan nak cerita pasal exam tu.
nie nak cerita pasal Final exam.. :)

Alhamdulillah. pertama sekali.. ku bersyukur padaMu Ya ALLAH..
keputusan tidak menghampakan.
malah memuaskan. eh gembirakan? eh macam pelik je.
apa2 pun.. syukur padaMu Ya ALLAH... rezeki datang dariMU.

sampai je rumah. makan laksa..maa tengah busy melayan abah yang baru sampai rumah..
"maa..maa" saya memanggil..
maa memandang. tapi tanganya sibuk membancuh air teh.
terbantuklah apa yang nak disampaikan.
then. abah keluar lepak2 dengan abe.
"Maa.. Maa..." saya memangil lagi..
"iye.."
"maa.. result dah keluar dah.."
"habis macam mana? okay tak?? dapat berapa"
"maa.. maa tahu.. projek yang ida nangis2 tu kan maa. ida dapat 4plat! dapat A maa.."
"Alhamdulillah.."
maa menghampiriku.. lalu mencium dahiku.. (lekat air apa ntah kat dahi..hehehe)
"haa. tu la awak memang suka nangis. Alhamdulillah...bagus.!"

wah! serius.. saya terharu..
walaupun belum konvo. tapi rasa perasaan dah konvo sbb dapat share dgn maa.
yela. sebab maa lah pendengar setia disaat saya buntu...

berbalik pada subjek yang rasa paras2 hidung tu kan..Quality Control.
Alhamdulillah. tidak menghampakan. kerana dapat B+ pun dah besar rahmatNYA.
sebab masa jawab exam & habis exam.. mengharap utk lulus je.. soalan susah. (aha..tak nak ngaku kalah)
tapi...maybe Dr.Ros & Dr.Nora kesian kot. hehehe.

InshaaAllah. bercita-cita nak sambung master lagi sebenarnya.
tapi ke hold dulu. sbb ada anak raja nak memetik bunga di taman. aha!

Anyway. thanks kepada family.. kawan-kawan seperjuangan... & tak lupa dia yang sentiasa beri semangat!

Tuesday, July 2, 2013

:)

Assalamualaikum.
biar pun lambat lagi..
tapi macam terlebih excited plak nak buat preparation.
hehehehe..
okay. moga dipermudahkan.

Aku bersalah & sentap!

Assalamualaikum.
haissh cuti tak nak disia-sia..
kononnya nak buat part time job.
okay! kawan dah rekemen.
last minute saya tolak tawaran kerja..
okay saya bersalah la kan. sebab tolak tawaran last minute.
actually 26hb 5 dah cakap maa mcm tak bagi atas sebab-sebab :

  1. bilik/rumah sewa
  2. makan minum
  3. duit minyak
adakah berbaloi?
tapi kawan cakap. kenapa tak fikir sebelum nie...

okay jap. sebab tak dapat explain kat dia.
dah fikir. tapi nampak mcm senang mula2.
sebab konon2nya nak duduk bertiga. sewa boleh sama2 bayar.. ingat tempat kerja sama tempat kerja dengan dia. tapi..
sebaliknya. tempat kerja pun kat lain.
ada peluang nak duduk sebilik? aha. tak bukan.

okay xperlu explain sebab saya yang bersalah akan tetap bersalah.
saya pergi interview 29hb. dan niat nak cari rumah or bilik sewa.
pergi interview sebab dia juga..
sebab dah nak tarik diri sebelum pi interview. tapi sebab dia pergi la..
tengok keadaan sana.
bila sampai sana. saya rasa saya masih boleh buat keputusan. hurmmm

1st dapatt bilik sewa. tak berkenan langsung sebab 1rumah tp penyewa lelaki? tuan rumah boleh best je cakap. "buat hal masing2.duk dalam bilik masing.."
tapi makcik.. tetap sebumbung dengan lelaki bukan muhrim. Paham tak makcik??

mesej semua kawan yang menetap kat kuantan. Izah. Nik. Ain. 
yang bakal praktikal kat kuantan pun saya tanya sal rumah sewa. Saufee.
bakal adik ipar pun saya tanya. kot2 ada kawan dia perlukan housemate..
tapi malang nya mereka juga tak dapat membantu..tapi mereka balas mesej pun dah besar rahmat.tanya2 samaada dah dapat ke belum umah sewa.. mereka pun nak membantu tapi tak dapat.

cari la bilik sewa. macam deretan kedai2 tu.
tapi semua jauh..nak bawa kenderaan? kena bayar parking la wey. duit kan? berbaloi kah?
jalan kaki. tak kena duit. penat je. tapi!
masuk kerja pukul 9.30am boleh la nak gerak dalam pukul 8.00am gitu.
tapi kalau balik, pukul 6.00 sampai bilik?? bukan ke time maghrib?
ada org jamin kita selamat di jalan petang2 hari.
setiap hari jalan kaki.. tak ada org perhatikan?
fikir negatif sangat kah? oh no. langkah berjaga.

memang la, pada yang bersalah mcam saya nie..
yes! orang nampak pentingkan diri. sebab meninggalkan sorang kawan pergi kerja sorang2. jalan kaki sorang.
saya buat keputusan tak fikir orang lain. hah! kecewa sangat.
okay.
saya nak explain sikit.
sebelum saya buat keputusan.. saya tanya dah.. boleh ke awak sorang kalau saya tak ada??
"aku tak kisah ida.. aku boleh ajak dia duduk ngan aku..." kata kawan nie.
memang asal kita nak duduk ber3 sebilik.
tapi lain jadinya bila kita dah sampai.
dah sibuk2 cari rumah sewa.. dia diam. dia tak dapat membantu. apatah lagi sebut pasal kita menyewa ber3.
oh kawan.. come on. apa semua nie.

tapi apa2 pun saya tetap bersalah.
yes.saya mengaku bersalah. dan berkali-kali mintak maaf pun. tak akan pulihkan keadaan.
saya tetap tak kerja.
saya cemarkan nama kawan yang telah rekemen kan nama saya.
"aku mintak maaf..sebab tak jadi kawan baik utk kau..aku pentingkan diri.." hurmmm

apa yang sedih..
habis segala bagai diungkit-ungkit.
sedih tahu.
"nak seribu daya, tak nak seribu dalih."
tapi memang wajar kawan tu nak marah. sebab saya bersalah dan akhirnya aku sentap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...