nuffnang

Monday, April 29, 2013

:)

Rindu dia.
moga dia selamat.
moga dia sihat.
moga dia dilindungi.
moga dia sabar & tabah. :)

Saturday, April 27, 2013

saya bertuah

Assalamualaikum..

sejak kecil lagi maa & abah mengajar kami utk saling sayang menyayangi sesama adik beradik.
saya sebagai kakak kepada 4 adik.
juga sebagai adik kepada sorang abang.
rasa terhibur bila kami berkumpul.
kami saling jadi pelengkap hidup masing2.

yang paling best dlm family.
kami akan cari satu masa free utk holiday.
satu masa free utk makan besar.
meraikan hari jadi & hari ibu bersama.

time makan.
tak dinafikan bila makan.
abe yg dah ada wife pun. masih bersuap dgn maa.
saya dan abe masih berkongsi aiskrim yg sama.

bila keluar berdua dgn abe.
kami lebih byk masa berbual soal masa depan.
pelajaran saya? kewangan saya?
siapa pilihan hati saya? bila nak kahwen!?

begitu juga dengan adik-adik
mereka juga ada kelemahan masing2.
mana boleh ditegur, akan dinasihatkan.
hal pelajaran. hal kewangan. hal berkawan.

maa selalu pesan.
kalau dah kahwen. ada family.
jangan lupa adik beradik juga.
kena still ambil tahu kehidupan masing-masing.

so! saya bertuah!

sekali lagi.dear.

Assalamualaikum..

sekali lagi..
dia akan ditugaskan ke Indonesia.
perasaan sama mcm dia pergi Brunei.
2minggu tu bukan sekejap sangat lama!
sebab tak dapat contact.
okay 
terpaksa akur.
sebab
ukur tanah memang bidang yang dah sebati dalam diri dia
sejak zaman belajar lagi.
doaku, semoga di mana dia berada dia selamat & dilindungi.
dan
semoga cepat naik pelamin.hahahhahahaa
sayang dia sangat2! 
:)

Friday, April 26, 2013

Kematian tidak mengenal usia

Assalamualaikum..

iye. kematian tidak mengenal usia.
sebab!
semalam 25/4/2013 kemalangan berlaku di jalan muadzam-kuantan.
dan saya kenal si arwah.
seorang lelaki yang sangat pemurah dengan senyuman.
kalau nampak & pandang dia.
mesti dia senyum.
juga seorang senior  saya di sekolah dulu.

kemalangan yang meragut nyawanya.
perjalanan utk membeli ubat buat ibunya.
kebiasaanya dia akan membawa ibunya bersama ke hospital.
tapi..
maybe ajalnya seorang. so dia kini telah menghadap Ilahi.
setelah 25tahun di atas bumi.

berita kematiannya masih segar utk diperbualkan.
masing-masing menceritakan bahawa arwah nie seorg anak yg baik.
menjaga ibunya yg sakit.
disenangi kawan-kawan.
tidak gemar akan facebook. sebab katanya ia hanya mendatangkan perkara negatif.
yes. memang akui itu.

semoga arwah ditempatkan dikalangan org-org beriman.

 saya yg mendengar berita kematiannya mengalir air mata. apatah lagi keluarganya. Al-fatihah.

p/s: moralnya. sebelum ajal menjemput. pastikanlah. diri ini bersedia menghadap Ilahi. jangan terus leka dibuai mimpi dunia. Jangan biarkan sebuah penyesalan membawa ke liang lahad.


Wednesday, April 24, 2013

Alarm :)

Alarm berbunyi "iiii love u like a love song baby.."

Jam menunjukkan 5.45am.

tekan snooze!
 
sekali lagi bunyi..
tekan "dismiss"

aha. waaaaa dengar azan.
ambil hp. call AA. sebabnya hari nie ditugaskan jadi alarm plak..
selalunya dia yang jadi alarm. adehh!
maybe dia nak tengok arahan dia diikut atau tak.. haish hebat permainan.
semalam pun dia suruh kejutkan.. tp tekan dismiss..terus tersedar.. masa dia yg call.
hahahaha.

"eh bangun..bangun...dekat pukul 6 dah nie." saya menyuruh tanpa bagi salam.

"erkk..ok. mekasih." suara baru bangun tido

"bangun!!' kata saya lagi..

"ha ye..Assalamualaikum".

dum.. sambung tido kejap.
eh2 eh. ta lama lepas tu dia call.

"eh awak nie kejut  saya tadi, awak sambung tido semula ke??" tanya AA.
"ala...nak bangun la nie." 

tak patut betul saya nie. patutnya bangun la terus.
:)

dia selalu cakap.. masa bujang boleh la dia kejutkan. nanti kalau dah kahwen.. isteri yang kena bangun dulu.
tapi.. saya selalu balas... eh.. masa kahwen la suami kena kejutkan sebab suami nak jadi imam subuh.. dan lagipun awak dah biasa bangun awal..Sarawak kan subuh awal. hahahaha.

p/s : actually.. bertuah la bila dia jadi alarm. kalau saya. selalu lupa nak kejutkan dia. kalau study week lagi best. dia selalu sgt suruh bangun study ppagi2 buta.. hehehe..:) syg dia.oppsss!

Tuesday, April 23, 2013

Masalah membuatkan aku dewasa.

"hah!! bentak hatiku...

sabar kan separuh dari iman. 
 pujuk diri ku.
kenapa perlu saya merungut.?
ta semua sempurna.
byk kekurangan.

baru tahu..

dugaan. masalah. membuatkan aku dewasa.

saya percaya.
setiap yg berlaku ada hikmahnya. :)

Wednesday, April 17, 2013

test dtg lagi.

Assalamualaikum

esok ada test..
:)

mood sekarang tgh malas..
kalau kat rumah mesti dengar maa cakap "awak ta ada assignment ke ida?"
"ada"
"pergi buat"
maa selalu bagi semangat kalau saya malas tau..
kat rumah boleh plak...study 2calculation.
nie lagi 2calculation..:) adeh

hehehe update blog.
then study.hehehee..:)

moga esok dpermudahkan :)

tip : suruh maa & family doakan kita setiap apa yg kita lakukan..:)
semangat & doa itu penting..:)

sesungguhnya bertuahnya saya!

budak baru belajar.

Assalamualaikum.

hye saya budak baru belajar.
ber "Keek"
ber "wechat"

hehehe.
tp syok  sebab wechat nie kawan2 semua.
lucu! dgr suara masing2.
ihihihih

kalau keek nie.. tgk artis2 je.. hehehhe..

:) jom berwechat.seronok sembang bersama.. hahahahhaha

Tuesday, April 16, 2013

sakit !

Assalamualaikum

huwwaaaa. T_T
sakit gigi bongsu.
tumbuh senget :(

huwaaaa.
mouth ulcer!

sedih la mcm nie. sakit kepala.
menjadi2 plak sakit ni ye. :(

dushh..
si Ayoh lie plak..suh rehat kononnya.
padahal dia nak p stadium..
tgk lawan Kelate Sarawak.
ta la. boleh puji la Ayoh lie nie...
boleh lagi dia msg wlpun tgh layan bola.
kt stadium plak tu.
kalau dpn tv memang layan dh.. :)
thanks Ayoh lie.
sebab selalu ambil berat.
selalu tunjuk risau walaupun ntah2 ta risau kot.hahah

kami punya jarak.
:)
selagi belum halal.
we'r respect each other's...

:) sayang dia. opss!

Monday, April 15, 2013

Tak Jadi Balik PR

Assalamualaikum.

saya masih di rumah.
kalau tak sekarang dah kat Parit Raja dah kot.

kita merancang Allah yang menentukan.
kan?
memang ikut perancangan hari Ahad lagi nak balik PR.
tp...

jam menunjukkan 3pm gerak dari rumah.
coz  Ayu (adik ke2) nak balik Serdang naik bas dari Segamat ke KL pukul 4pm.
sebab terlalu nak cepat.!
lupa nak makan bihun sup yang maa dah hidangkan..
lupa nak salam Ameer (adik bongsu) yang awal2 lagi nak bersalam.
tapi saya.."nanti..nanti la adik, jap lagi."

so dalam perjalanan baru ingat!
terlupa nak makan! terlupa nak salam Ameer! yang lain dah bersalam.
bersalah dalam diri. :( sebab tu sanggup ta balik PR

so saya membatalkan niat nak balik PR.
dalam perjalanan tu, mintak Ayu call maa and cakap kat maa yang saya tak jadi balik.
tepat pukul 4pm sampai stesen bas Segamat...
bas Transnasional dah nak gerak.
Ayu cepat2 berlari.
saya pun gerak balik rumah semula.. "motif hantar Ayu naik bas je" heheh

maa call.. maa ajak p kenduri kesyukuran.
ikutlah.
malam tu makan puas2 bihun sup.hehehe

hari nie (Isnin) bangun ta sambung tido dah. sebab nak balik PR la kan..
hehehe tapi..
"maa esok bukan ada kelas pg n ptg pun.." kata saya
dengan harapan nak suruh maa cakap.. "balik esok lah"
tp bukan maa yang cakap.. Abe.. lepas tu maa.:)
so
inshaaALLAH esok (Selasa) balik PR. sebab ada kelas malam.:)

Thursday, April 11, 2013

JD X?

Assalamualaikum..
apa yang JD X?

JD X?

alhamdulillah.
mintak betis dapat peha.

sejak last sem nie..
saya dah lama berhajat nak ada kereta sendiri. tp family je tahu. orang lain tak tahu pun..

asalnya..
nak pakai motor je.
tp memandangkan perempuan kan?
maa abe cakap guna kereta la.
beli kancil cash.
boleh dapat dalam 7k.

so tunggu la kawan2 abe cakap ada kereta nak jual..
so ada la.. wira nak jual dalam 7k.. tapi abe tak kenal owner kereta tu.
jadi was-was plak kan..

so kancil.dlm 6 k..
ok la.. pada tak ada.
so masing2 penyumbangkan dana masing2.

saya dah pun pergi tengok kancil tu.
okay.! cantik dalam.. luar.. kaler ta seberapa.
maa tak berkenan.
so saya ikut je la apa maa nak kata.

nak jadikan cerita. owner kancil tu tidak dapat dihubungi..
so saya rasa mcm tak berkenan dah la..
maa lagi tak berkenan.

tengah syok2 makan kat mall.
abe cakap kita cancel kancil tu.
ada kawan dia. nak jual satria 1.6.
so pada 8/4 JDX dah jadi milik saya sekarang.
JD X?
not jadi x? tp JDX. :)

alhamdulillah.
perancangan Allah terbaik. kita je ta tahu..
ada rezeki lebih.maybe dah keje.. ada pendapatan tetap..boleh cari kereta baru.JDX boleh bagi adik2 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...