nuffnang

Friday, November 30, 2012

Maaf?

Assalamualaikum.

maaf?
selalu mintak maaf tak?

kadang-kadang minta maaf nie tak kena tunggu kita buat salah pun kan.

sebab!

kita tahu ke kita tak buat salah?

bak kata org ego la kan.. "buat apa nak minta maaf bukan aku yang salah?"

walaupun hakikatnya dia yang salah.

pleaseeeee. jgn ego sgt. tak kemana pun ego tu.

okay..stop!

Maaf bukan bererti kita salah/kalah or whatever la kan.

tak salah pun minta maaf. bukan kena bayar pun.

p/s : jgn rasa diri kita tak buat salah dalam sesuatu hal. tahu kah anda gurauan anda td/semalam/kemarin telah menghiris perasaan kawan anda. 

Wednesday, November 28, 2012

Zikir Harian

Assalamualaikum.
morning. ha awal update blog.
iye.
lepas solat subuh.
[jgn lupa baca al-mathurat ye]

belum mandi lagi. kelas start pukul 8.30 means lepas update baru mandi hehehe.

okay.
nak share tentang zikir harian.

jom amalkan. In Shaa Allah. tenang!

Jumaat
Ya ALLAH

Sabtu 
La ilaha ill-Allah
maksud : tiada Tuhan Yang disembah melainkan ALLAH 

Ahad
Ya Hayyu Ya Qayyum
 maksud : Ya ALLAH, Tuhan Maha Hidup, Lagi Berdiri sendiri ( tdk perlu kpd pertolongan)

Isnin
La hawla wa la quwwata illa billahil aliyil azim
maksud : tidak ada upaya utk menolak sesuatu kemelaratan & mendatangkan sesuatu kemanfaaatan melainkan ALLAH juga Yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

Selasa
Allahumma salli'ala saidina Muhammadin wa'ala ali sahbihi wa salim
maksud : Ya ALLAH, Rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Rabu
Astaghfirullahal'azhim
maksud : aku mohon keampunan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Khamis
SubhanAllah hil'azim wa bi hamdihi
maksud : Maha Suci ALLAH dengan kepujiaaNYA, Maha Suci ALLAH Yang Maha Agong.

p/s: amalkan lah zikir dalam harian kita, sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan jadi tenang.:) semua skrg guna hp canggih2 kan.. so download je kat market.. seacrh Zikir Harian. :) ha ada fadhilatnya sekali. selamat beramal.

Assignment vs Eksperimen

assalamualaikum..
before tido.
update blog sat..

Ameer call guna digi maa.
cerita sikit tentang Ameer Hidayat.
berumur 7 tahun.
petah bercakap.
adik bongsu saya. a.k.a Ben10.

Ameer : assalamualaikum.kak ida.
saya : waalaikumussalam adik.
Ameer : kak ida buat apa?
saya : baru je lepas solat..adik?
Ameer : tengah makan.,,kawan kak ida buat apa?
saya : tengah buat assignment.
Ameer : ooh.. ta meletup ke?
saya : apa yg meletup adik?
Ameer : yela..buat eksperimen. 
saya : ha..hahah [ketawa]
Ameer : kenapa pulak?

bla..bla.. dia bercakap tanpa henti..

tersalah sudah..assignment vs eksperimen.

kih kih kih..

Monday, November 26, 2012

presentation done :)

Alhamdulillah.
bersyukur kpd Ilahi kerana beri kekuatan pada saya.
untuk menempuh cabaran itu. [cabaran kot pada saya kalau kena present].
okay. saya mengaku. saya ta confident bila present.
confident level very low. out!
sejak dari zaman diploma
sehingga la sekarang.

tapi dengan doa yg keluar dari mulut.
mcm2 la.
selawat ke atas Nabi.
al-fatihah..
ayat Kursi..
saya dapat lakukan.

bak kata panel : "ha jampi la mcm2.."

see? panel pun nampak level confident saya mcm mana. sampai perasan mulut saya berjampi. :p

saya dapat rasa perbezaan presentation saya sebelum nie dengan yg tadi.
syukur sgt.

berbalik pada PSM kan.
ha.
ada masalah pd objektif kajian saya.
tp sokay..
sebab panel suruh buang satu objektif.
ha itu memudahkan kerja saya. "straight forward" je bak kata panel2.. :)

anyway. Thank you so much pd SV sy. Cik Zarina Binti Abu Hassan
kawan2 saya ex-diploma Uthm
kawan2 se-SV : der. mek. jijul & shah.
coz
membantu sy.:) actually yg ejek2 tu.. membakar semangat kot. sikit pun ta terasa hati. ok. peace.!

sem depan sambung pd PSM 2 plak. harap2 kilang dpt beri kerjasama :)

p/s : usaha+doa+tawakal+berkat ibu bapa in shaa Allah semua dipermudahkan. :)

Sunday, November 25, 2012

Ketenangan itu

ketenangan
itu
bukan dengan kekayaan.

ada org sangka kalau dia kaya.
dia bahagia.
tapi belum tentu.

jika ALLAH hendak memberi kebahagian pada sesiapa pun..
ia ta boleh ditahan dengan apa2 tangan pun...

jika ALLAH menghalang kebahagian pd seseorg
dia tidak boleh dihulurkan dengan apa2 tanganpun..

jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita w/pun sekelip mata..
dunia boleh buat apa2..
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH.

jika ALLAH mengatur utk kita..dan apa yg org sangka rugi..
tp ALLAH akan bagi keuntungan pada kita yg mana jalan2 manusia ta sangka. 
tapi ALLAH boleh wujudkan keajaiban pd dunia

p/s : sehebat mana pun kita, kita tetap perlukan ALLAH.. sesungguhnya dgn mengingati ALLAH hati akan tenang.. itu adalah ketenangan sejati.:)

sumber : ustaz Asri

Saturday, November 24, 2012

beribu batu jarak kita

alangkah 

bahagianya

bila

saya

menjadi

yang

halal 

utknya

sekarang!

dan
sebab

belum
halal

kami

punya

jarak

beribu 
batu!



p/s : okay ingat pesan maa.

maa : habiskan belajar dulu.
saya : kalau ta habis? then kahwin.
maa : belajar ag? isteri ag?
saya : okay pe. sweet!
maa : nak kahwen dah ke?
saya : eh. ta saja cakap. opsss!

Monday, November 19, 2012

Projek Sarjana Muda

oh Tuhan.
baru saya terasa kepenatan..
kesengsaraan..
menghadap laptop...
hadap jurnal2 fully english.

owh..
penat.

Ya ALLAH permudahkan segala urusan saya dan sahabat2 seperjuangan saya.

saya tahu saya mampu hadapinya.

sob..sob.. sedih..

bye2 nak edit2 lagi PSM nie..:)

doakan saya okay!

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul! tunggu aku datang :)

hello 
assalamualaikum
 "ISTANBUL AKU DATANG"

sweettttttttttttttttttt! cerita dia.

ta rugi la saya and 3 lagi kawan sy pergi  tengok.

owh mengisahkan Dian yang sangat sayangkan Azad dan sanggup ke Istanbul utk memikat hati Azad. Dengan harapan Azad melamar dia.
Bermulanya cerita bila Azad menyuruh Dian mencari rumah sewa lain. Dian tertipu dan tinggal bersama Harris :) [sweet nya Betto]
oowh Dian sangkakan si Harris nie gay! lucu. padahal si Harris nie pelukis kot..
Dian nie blogger rupanya.:)
konflik berlaku di sini angkara model Harris yang keluar dari bilik dengan tidak berbaju. 
ooouucchh keluar dah sikap sebenar Azad.

dan Akhirnya Dian berkhwin dengan.......... :)


nanti korang tgk la ye..:))
baru tahu dia kahwin dgn siapa.

dan

istanbul.. tunggu aku datang. InshaAllah

Saturday, November 10, 2012

itulah kawan.

ketika senang dia bersama kita..

dan

ketika susah dia jauh dari kita.


AWAS!
jangan jadi kawan seperti di atas.

susah senang perlu bersama. walaupun kita tidak dapat selesaikan masalahnya.tp sekurang-kurangnya kita ada bila dia nak luahkan apa yg dia tgh rasa. :)

Monday, November 5, 2012

Surprise!!

hye Assalamualaikum.
habis sudah cuti midsem.
okay esok dh start kelas mcm biasa.

Surprise!?
apa yy surprise nya.

pada 1/11/2012 around 12pm. kami sekeluarga tgh lunch. :)

pong !pong! pong! hon kenderaan berbunyi di perkarangan rumah.

"van pos laju la".. kata maa.

"nie mesti barang ida." sambung maa lagi.


"bukan barang ida la maa.. ta ada pun "dia" cakap nak pos". balas saya.


Assalamualaikum.. kedengaran suara abang posman.

"sekejap sekejap." maa melaung.

belum sempat maa keluar. abang saya keluar..

"ida...." suara abang memanggil. "barang mu la nie. mu kena sign".

"aik? barang apa pulak?" berhenti makan dan basuh tangan.. cari tudung dan keluar.

oowh memang barang saya.. dari dia. okay surprise la nie.

selesai urusan ngn abang posman. mekasih abang posman!

masuk rumah. semua mata tertumpu pada bungkusan kertas minyak yg saya pegang..

tahu ta mcm mana perasaan tu?
happy la kan.

terus bukak tanpa sabar.. dan lupa seketika yg masih ada nasi di dlm pinggan.

buka! dgn pantasnya.

saya ketawa kegembiraan.

surprise!! music box pink & beg kecik froggy.

thanks u so much AA..

pink..warna favourite dia. :) thanks u so much. ha baru rasa dia romantik..hehehehe.

p/s : cinta jarak jauh memang indah.. mungkin setahun sekali baru berjumpa. itu pun bukan berdua2an mcm pasangan lain. berdating beramai2 bersama keluarga. dan syarat baru ditetapkan kami tdk akan berjumpa sehingga kami akan disatukan. okay saya yg letak syarat tu. bagi dia bersungguh sikit..hhehehe. ada hikmahnya dia di sana dan saya di sini. oleh kerana susah nak jumpa. sebab tu banyak sgt barang di pos. ha sweet!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...