nuffnang

Friday, July 27, 2012

saya yang rabun. itu bahaya!

assalamualaikum.
berkisahnya begini.
pada suatu pagi selepas sahur. subuh dan time nak hantar Ameer ke sekolah.
saya mencari ke mana hilangnya spek mata saya.
"owh! atas TV kt dapur."

"hah! tercabut tangkai?" tangkai? 
hahaha apa2 jela kan.
ta boleh dipakai.
okay! 

tahu ta betapa terseksanya mata tanpa spek?

huhuhu.

kisahnya bermula.
ha baru nak mula nie.

dah rabun kan. mana la nak nampak hidung mata org!
yg nampak bentuk muka je uitttt.. kepala.
dah mana saya tahu. saya pandang org tu. dia senyum ke? pandang saya ke?

dah saya pandang sorang mamat nie.
sumpah! ta nampak pun dia.. dia senyum ke apa ke.
tp memang saya perhatikan dia.tanpa sedar mata dia pun pandang saya.

last2 kan dia lambai.

malu!!!!!! 

mesti dia perasan kan. 
mesti dia cakap saya syok kat dia.

oh no! rabun punya hal nie.

lepas dari tue. saya pandang org ta pandang lama2 dah. :)
hehehehe.

Wednesday, July 25, 2012

Ameer Main teka-teka plak

Ameer : adik teka k.ida ea. 8+9 berapa?
Saya : 17.
Ameer : teka lagi 6+7 berapa?
Saya : 13!
Ameer : teka lagi...[sambil dy tgk kertas]
Saya : ah. keje sekolah ke? malas! wat sendiri. pahtu k.ida cek betul ke tak.
Ameer : ala.. adik nak teka k.ida je.
Saya : pahtu mu salin je la ?!.. ta ada. buat dulu.
Ameer : cikgu nie suka bagi soalan banyak2 la. adik dah bosan buat keje matematik nie..

saya tarik kertas dy. hahahaha! semuanya 120 soalan! 60 aktiviti 3 dan 60 aktiviti 4.. hahaha. terbaik cikgu..tapi soalan memang senang. plus plus plus jep

saya : cikgu nak adik jadi pandai macam k.ida. hahahaha.
Ameer : Tapi ameer dah pandai. senang keje skolah ni.


Macam-macam la budak sekarang. haisshhh...

Tuesday, July 24, 2012

Twitter dan saya. hahahaha

Hyep.
bosan kot.
ok. on FB. ta ada yg best.
on Twitter. tweet retis2. sorang pun ta balas.
ok ku sedar siapa diri ini. hanya cebisan peminat yg ta berapa minat. hahaha.
text si dia. haish. busy plak dy

Actually, saya ni bukan minat sangat artis2 nie.
dulu gila sangat dengan pelakon korea. tapi ntah kenapa *tertutup sudah pintu hatiku*
 wah!!! nyanyi lagu Agnes Monica kau!
hahaha.

mana artis2 yg tak bawa faedah pada saya. 
saya UNFOLLOW. 
hihihi.

tapi kan.
tengah dok tweet si Awin.
tetiba je....



nampak je post ni kat home. terus gatal tangan nk reply. hahahaha









heheheh. ha kan. tak sombong pun. boleh jep balas. hehehe. Moga Kak Cat sentiasa sihat kan. Comel baby boy dy!

:)
hahahahahahah!

opsss! terlebih sudah.

Salam Ramadhan

hye! Assalamualaikum
rasanya belum terlambat utk saya mengucapkan selamat menjalani Ibadah puasa kepada semua umat islam :)

bulan yg mulia ini.
perbanyakkan lagi ibadah.
jika hari biasa kita membaca surat cinta [Al-Quran] dalam 2-5 page sehari.
so dibulan mulia ini, sementara tunggu subuh. waktu berbuka. dapatlah sehari dalam 5-10 page kan?

jika hari biasa kita hanya solat sunat seperti dhuha dan bangun malam,
so dibulan mulia ini kita boleh tambahkan lagi solat sunat. solat terawih! 

lain-lain amalan yang kita boleh lakukan. adalah bersedekah. :)

okay kawan2 selamat menjalani ibadah puasa ok.



Tuesday, July 10, 2012

Thanks for 10/7

 

"Ya ALLAH, lindungi dia di mana dia berada.. jauhi dia dari dugaan yang tak mampu dia hadapi. Kuatkan semangatnya di saat dia menghadapi dugaanMU. Permudahkan segala urusannya." Amin

 
 p/s : sekuat mana pun kita sayang..kalau bukan jodoh..kita tak mungkin bersama. begitulah sebaliknya. doakan hubungan kami!

Thursday, July 5, 2012

Rahsia Perkahwinan

Wahai lelaki..Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu...

  1. Jagalah dia dengan baik.
  2. Kasihanilah dia.
  3. Berilah kasih sayang kepadanya.
  4. Hargailah dia.
  5. Ucapkan terima kasih atas kelebihannya.
  6. Nasihati dia.
  7. Bawalah dia ke jalan ALLAH S.W.T
  8. Perbetulkan kesilapannya.
  9. Bersabar dengannya.
  10. Terimalah & cintailah kekurangannya..
  11. Jadilah yang terbaik & redhalah padaNYA..

Wahai wanita..Jika benar kau kasih & cinta lelaki itu
lakukanlah perkara yang sama:-)

Entri ditulis oleh : AA
di edit oleh : IdaRaidah 

* Tercipta engkau dari rusuk lelaki
   Bukan dari kaki untuk dialasi
   Bukan dari kepala untuk dijunjung
   Tapi dekat dibahu untuk dilindung
   Dekat jua di hati untuk dikasihi
   Engkaulah wanita hiasan duniawi*.

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.  

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” 

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

credit to : blog Hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...