nuffnang

Sunday, February 26, 2012

Duit Hantaran

Awak : saya sayang awak.
saya : jadi?
Awak : saya nak jadikan awak pemaisuri hidup saya.
saya : ada duit?
Awak : tengah kumpul.
saya : okay. kalau awak jodoh saya. ada duit masuk je meminang. saya kena habiskan study saya dulu.
Awak : berapa awak mintak?
saya : berapa awak sanggup?
Awak : 10K?
saya : owwh.. okay. saya tunggu. berapa tahun awak boleh kumpul?
Awak : 2tahun.
saya : okay .:) [senyum dan senyum.]

ha..persoalannya : BERAPA AWAK SANGGUP. sang lelaki.. kamu sanggup beri berapa hantaran kepada sang gadis yang kamu cintai itu???

dan BERAPA AWAK MINTAK?. sang gadis. kamu nak mintak berapa duit hantaran kepada sang lelaki yang  sangat menyintai kamu.??

fikir-fikirkan lah. :)
yang penting saya sayangkan AA.

Friday, February 17, 2012

Menghalau Jin dgn Surah al-Baqarah

Assalamualaikum, salam jumaat.

Sedang asyik duk belek2 Majalah Solusi [kepunyaan adik saya] tertarik dengan artikel "menghalau jin dengan surah al-Baqarah". so sedikit info utk dikongsikan bersama :) jom baca.

Gangguan jin merupakan yang tidak dinafikan. Jin dapat melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka, Nabi s.a.w menganjurkan beberapa cara yg boleh mengelakkan diri daripada gangguan mereka, antaranya dengan membaca surah al-Baqarah.

Tip ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya."Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tempat perkuburan. Sesungghnya syaitan menjauhi rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya."(Riwayat Muslim)

kelebihan 2 ayat terakhir :
  •  "sesiapa yang membaca 2 ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, kedua-dua ayat tersebut akan menjadi penyelamat bagi dirinya.". [riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Mas'ud al-Ansari.] 
  • manakala dalam riwayat al-Tirmizi daripada Nu'man bin Bashir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya ALLAH menulis sebuah kitab yang dianggarkan 2000 tahun sebelum menciptakan langit dan bumi, dua ayat daripadanya diturunkan ke bumi sebagai penutup surah al-Baqarah. Jika kedua-dua ayat itu dibaca selama 3malam di dalam sebuah rumah, pasti syaitan tidak akan mendekatinya."  
  •  selain itu, sesiapa yang membaca surah al-Baqarah menjadikan doanya mudah dimakbulkan.Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menyebutkan, daripada Ibn Abbas r.a., beliau bercerita: "pada suatu ketika, Jibril a.s berada di sisi Baginda s.a.w, tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: "bergembiralah dua cahaya penerang yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi pun sebelum kamu iaitu Fatihah al-kitab [surah al-Fatihah] dan akhir surah al-Baqarah. Engkau tidak membaca suatu huruf daripadanya, melainkan permintaanmu pasti akan termakbul."
wallahu a'lam.

P/S : ayat suci al-Quran adalah senjata umat islam kan?? so dekatkan diri dengan surat cinta daripadaNYA .

Thursday, February 16, 2012

Doa


“Ya ALLAH Jangan Kau Biarkan Masa Depan Kami Ditentukan Oleh Diri Kami Sendiri, Walaupun Cuma Sekelip Mata.”

Wednesday, February 15, 2012

Kebahagian dalam Perpisahan


Wah! Tajuk entri dah macam lagu Syahir AF kan. tak!!!! Ia tiada kaitan langsung L

Apa yang perpisahannya nie?
Okay. Saya dah kehilangan org yg saya sayang. Fullstop!


Sedih?

Semua org pun akan sedih kalau org yg kita sayang, dah nyahkan kita dalam kamus hidup dia. [sila jangan tipu diri sendiri..korang pun akan sedih, right??] sedih!

Hubungan kami hanya sekadar kawan, namun ini kehendak dia utk memilih Sinar [bukan nama sebenar] sokay! I’ll be a strong girl..eeyyaah! walaupun hatiku luluh hahahahaha .

Saya di remove dlm FB dengan alasan, dia tak akan sakitkan hati saya lagi.. [alasan bodoh saya terima]

Hello kenapa tak awak cakap “saya dah ada Sinar [bukan nama sebenar] dlm hidup saya. Dan please awak jgn ganggu hubungan kami..” kan senang! Saya perlu paham semua tuh.

So dengan itu saya merelakan semuanya! Ok fine.
Saya block awak dalam hidup saya. Harap maaf awak.

Kebahagiaan?

Apa yang bahagia?
Tak ada yang membahagiakan bagi seorang pelajar seperti saya, bila result exam dah keluar. Ha. Gempak ke result?? Hah! Tak ada la gempak sangat kan..tapi happy lah CGPA menaik..[yes!leh sambung master.]

Saya akan lakukan yang terbaik utk masa depan saya. Itu janji saya pada maa.
Hah itu lah. So perpisahan dan kebahagian berlaku serentak.. tak tahu mana yang lebih ni… sedih atau gembira.


insyaALLAH esok.if sedih..i hope..I'll be OKAY... tak sabar nak masuk sem baru. :)
hah ini lah berlaku......:) hahahahaha. 

Monday, February 13, 2012

Ohh Gigi.sorry!

seperti cuti sem sebelum nieh... saya mesti ada date dengan Dr.GiGI. hehehe
memandangkan cuti syok sangat sampai lupa singgah "Klinik Pergigian".

"huh!13hb dah nie..20Hb dah nak balik BP. mesti ta sempat nieh.."

okay tindakan bijak..lepas zohor pergi ke klinik yang ditemani oleh Ameer [ my youngest bro larh!]

"nak yang mana ? Ic or kad merah." [kata saya kepada seorg staf lelaki yang berada di kaunter]

"Ic siapa punya ?" [tanyanya kepada saya]

"lorh pasal la..saya punya lah bukan mak saya punya.." [ta cakap pun cam nie..hehehe]

"saya punya la pakcik". [jaga kesopanan]

"kad merah la..IC simpan." katanya

"baik pakcik."

lelaki itu memandang saya. marah lah tu, saya panggil dy pakcik..sorry ABANG oppss abang staf.
hahahaha. dah tahu IC saya punya mahu tanya lagi.

no.giliran saya 20.

"apa masalah?"

"saya nak cek jep gigi saya. kot ada rosak."

"bla..bla..bla...." [bahasa dR dy cakap...dalam hati saya. sah banyak rosak gigi ni.]

"adik..gigi adik okay jep. ta ada rosak pun. CANTIK gigi adik.." [senyum larh saya!]

"kalau saya cuci gigi sakit ta?" [soalan nampak sangat saya nie penakut kan.]

boleh plak dR ketawakan saya."sikit jep adik ta sakit pun."

"kalau macam tuh, adik buat temujanji ye.."

"okay.mekasih dR."

"saya nak buat temujanji." kata saya kepada abang staff tuh.

"paling awal 24hb."katanya

"okay..." konon setuju.. "eh! saya dah balik u dah la... awal lagi.."[macam saya plak dR.]

"ta ada la dik..paling awal 24hb, kalau ta ...adik buat kat sana jep la." [rupanya ta bijak tindakan saya tuh]

"ha ta payah la...lain kali la." muka hampa. "mekasih pakcik."

itulah akibatnya..masa mula2 cuti sem ta nak pun pergi jumpa.. ha kan tengok dah tinggal sisa2 cuti baru ingat dR.gigi.. hehehe

sory Gigi cantik.. len kali ea. maybe PKU boley tengok2 kan gigi cantik tuh.. hihi

p/s : jagalah gigi kerana gigi juga adalah aset terpenting. saya ta suka bercakap dengan org yang mulut berbau! heheheh,,opss

Friday, February 10, 2012

Sayangi Kaki anda :)


1.   Rendamkan kaki selama 30minit di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam biasa ataupun garam mandian. [tapi saya guna garam biasa jep..hehehehe]
2. Lapkan tumit/tapak kaki dengan perlahan dengan menggunakan kain/tuala kecil bagi menanggalkan sel2 kulit mati dan kekotoran
3.   Mengguna batu sungai/pumice stone dan digosokkan pada tumit yang keras bagi membuang kepingan keras pada tumit.
4.     Bersihkan dan keringkan kaki dan sapukan losyen pada kaki.

p/s : kaki juga penting utk dijaga..right?? not  only ur face. J selamat mencuba

Thursday, February 9, 2012

Tahniah lagi. :)

"sekolah mana-mana pun sama. kalau rajin belajar, bersungguh2..InsyaALLAH pasti berjaya."

tapi

bila dah berada di sekolah yang kira bagus bagi student utk "kacangnya" nak dapat straight A's ,sayang plak utk ditinggalkan.

tapi

ditawarkan pula dgn sekolah yang selalu diimpikan?? hurrmm..
jauh dari keluarga??? hurrmm..
kena berdikari?? huuurmmm
mengeluh la panjang mana pun....tugas seorg pelajar adalah utk belajar. form 4 bukan utk ber"honeymoon" lagi okay??

jawapannya simple..

"kita tahu siapa kita, t/jwab kita, makanya di mana pun kita berada MISI dan VISInya tetap sama..iaitu ingin berjaya di dalam SPM dengan cemerlang"
kan????

so
to my beloved bro.
plz.. jgn pernah berputus asa w/pun jauh dgn keluarga...

kerana keluarga tetap dihati..
:)

so kenangan SBP dihati, terima kasih pada cikgu2 yang berusaha utk mberi ilmu sehingga kamu berjaya menempatkan diri ke MRSM.

good luck adeq!!

p/s : suka mengingatkan diri sendiri.. ALLAH yang memberi rezeki kpd manusia. makanya berusaha, berdoa dan bertawakallah kepadaNYA..

juga perlu ingat...Redha ALLAH terletak kepada Redha Ibu.... :)


Tuesday, February 7, 2012

bila syg bertukar benci

pernah ta sayang sangaaaaaaaaaaaaaaaaattttttt kt sesorg tue...

tapi tetiba

dy jadi org paling dibenciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!

"Ya ALLAH lembutkan ati saya supaya dapat maafkan semua salah dia pada saya. dan tolong hindarkan saya dari seorang kawan macam dia.."

Sunday, February 5, 2012

Ibu :)

hadiah terbaik dari seorang ibu adalah  KASIH SAYANG.

bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, saya pasti korang pernah merasakan KASIH SAYANGnya kan..doakan mereka supaya mereka dapat rasa pula kasih sayang korang.

saya sangat sayangkan ibu saya.
Puan Zakiah Harun. 
terima kasih sangat2
utk segalanya.


apa kata tiap kali salam, kita ucapkan ini.."maa/ibu/emak/maa/ummi sayang sangat pada maa. halalkan makan minum dan maafkan saya dunia akhirat"

malu?? ta perlu larh.
saya ta malu pun ungkapkan semua tuh.
itulah ayat yang selalu maa saya ajar pada anak2 nya.
kerana tiap2 hari saya lakukan kesilapan dlm sedar tau ta

betul kita akan puas bila cakap.
try la..

hah! kenapa petang2 nie nak post macam nie! wat sedih jep!! okay
jangan sedih2 okay!

senyum :)

Friday, February 3, 2012

mahu yang mana?

kadang-kadang kita perlu rahsiakan perasaan hati  disembunyi bagi menghargai seseorg itu.

tapi 

pernah tak kita fikir??

semakin kita rahsiakan/sembunyikan...ketidakikhlasan lahir dgn sndiri..

mahu yang mana??
kecewa skrg dan ada kebahagian menanti..

atau

bergembira skrg dan kekecewaan menunggu.

fikir2kan lah!

p/s : pada mereka. sila jangan tipu hati anda hanya utk menghargai seseorang okay... ia amat sakit.. hurrmm... jangan katakan sayang andai hati tidak pernah berkata begitu..

love you like a love song..:)

Thursday, February 2, 2012

Bubye January


Ta ada yang menarik pun.biasa2 aje..hihihih
1-11 jan 2012 : saya bercinta dengan buku. 
13-29 jan : bersama keluarga tercinta. Merayap jep keja saya! Ke sana ke sini. Itu dan ini.
kenduri kahwin! kenduri aqiqah Mikhail :) makan dan makan :) 
Surprise bufday to my aunty! I call her “Mak Do”..beli kek jep! Hehehe.
Sedih dan gembira 2 perkataan yang kalau kita story org paham.[paham ke??] okay! to my beloved bro.. congrate coz ditawarkan ke MRSM K.Kubu Baru. tapi belum tentu dy nak pergi..[solat istikharah!]
Ayam Panggang Madu  :) bersama adik2 :)
Bufday mereka!! 
 30 jan 2012 : eyaah result tuk subjek Forecasting already out !! Hahahaha. Itu bermakna semua result saya dapat pun tahu..Berapa dapat?? Ooh belum tahu lagi tuk full result.. tgh berdebar lagi nie..:) anyway ia setimpal dgn usaha saya J paper berderet2 kot!!! Hahahaha. Plzzzzz answer me, why ?? I love POM subject [production & operation managemet ] And why POM is da lowest grades for this sem!!! I got B- !! okay! Satu soalan masa final saya tak boleh jawab!!!  15markah!! Yang lain belum tentu betul lagi . spoil betul. Dean’s list?? Oh..ta mengharap la plak.. juz wait & see.. 
okay ! moga february membawa kegembiraan lagi.. maybe dapat hp baru ke kan..hahahaha! love u like a love song <3


snap2 jugak adalah kerja saya bersama mereka yang nakal2 nieh :)
*wif anak buah*kita nak on9 pun dy pun nak on9..mikhail...sang pujaan hati
POCOYO! hehehhe
*wif adik bongsu saya* salah satu tugas saya drumah adalah menghantarnya ke sekolah..Darjah 1 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...