nuffnang

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday #2#


"Kemana pun kita berada..kita pergi...dan dengan siapa pun kita berkawan..ALLAH akan sentiasa bersama kita"

Islam Adalah Cara Hidup

:)

Thursday, November 24, 2011

Angkara Guna 2 no hp!!

hehehhe..kesian kat abah :)
dah 2kali kot tersalah call..
hehehe.almaklumlah...saya guna Maxis & Celcom..ha kan? dah jadi masalah pada orang!!! hahaha

Abah : Hello Assalamualaikum...

saya : waalaikummussalam..kenapa? [buat2 pelik,bila abah bercakap mcm formal dgn saya]

Abah : Ida..nie Mej.Anuar ... [hamboi..cakap ngn anak siap sebut pangkat bagai!]

saya : Huh?? [blur jap...] nie ida la...:)

Abah : ha yela..Ida [oowwh..okay abah salah call lagi!]..saya [ta sempat abah teruskan ayat]

Saya : Abah!! [saya panggil dan ketawa]

Abah : la..Ida anak ke..? [turut ketawa]

saya : dah 2kali dah abah salah call tau..nie no.Maxis ida..yang hari tue no.Celcom ida..

Abah : alah..banyak sangat no.hp nya...okay2 ta pe la..abah ingat kerani Abah tadi..

hehehehe..sian kat abah...:) maaf ye abah...banyak sangat Ida ye dalam Hp tue..hehehhe..angkara siapa?? angkara ida jugakkkkk.hehehhee :)

Jangan Bersedih :)

jangan bersedih kerana seseorang tidak menghargai kita :)
..kerana sememangnya ada seseoang yang akan menghargai kita seperti mana kita menghargainya..:)

Penilaian Ibu adalah terbaik

Jom baca nie..ceritara.pendek yang ada isinya :)

Handphone dimatikan, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku melangkah keluar setelah dari pukul 5,00 petang di dalam bilik

“Amni, kamu dah solat ke?” Ibu bertanya selepas melihat kelibatku keluar dari bilik.

“Amni cuti ibu..” jawab ku ringkas.

“ dari tadi ibu lihat kamu asyik di bilik je. Kamu buat apa?”

“ kawan Amni call bu..hari jadi dia, dapat free call. Tu yang lama bergayut tue.”

“kawan kamu pun cuti juga ye..?” tanya ibu.

Aku diam, kerana sememangnya yang bercakap denganku bukan seorang perempuan. Mana mungkin seorang lelaki cuti.

“urrmm.lelaki la bu.”

“lelaki?? kalau macam tu..ibu reject dia awal-awal..jangan bawa dia jumpa ibu.”

Aku diam lagi.

“nak tahu kenapa ibu tak bagi jumpa ibu?”

“tahu..” jawabku ringkas.

“dari sebelum maghrib kamu bercakap..sampai masuk isya’ kamu bercakap. Jadi kawan lelaki kamu tak solat? Dia tinggal di negara mana?”

“Amni pun lupa ibu nak ingatkan dia.”

“Ibu tak kisah kalau kamu nak berkawan. Tapi ingat dalam usia kamu nie..hati mudah memberontak.”

“Ye..ibu…Amni tahu. Mekasih ibu..”

Benar cakap ibu. Kami bercakap sebelum azan maghrib dan berhenti selepas isyak.. jadinya?? Dia tak solat maghrib. “salah aku jugak, aku tak tegur tadi. Aku lupa untuk ingatkan dia..kebetulan pula aku datang bulan.” Hhrrmmm."hurrmm..mesti dia pun anggap aku sama dengan dia ta solat.." huurmmm.

Moralnya:

Cari la time yang sesuai nak bercakap..

Huurmmm kenapa tak solat? Kan itu satu kewajipan?

Kita perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain..:)

jangan lawan cakap ibu tau.dengar apa itu nak cuba sampaikan..:)

P/s : Ibu yang melahirkan kita. Jadinya dia tahu yang mana terbaik dan yang mana buruk buat kita. Kepada lelaki di luar sana. untuk memikat gadis2 melayu perlu lah memikat hati si ibu. J selamat beramal

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #1

untuk pertama kalinya try wat wordless wednesday

Okeh

Tgh kenyang
layan tentang Dhia.
study Prinsip Pengurusan.

wish me luck :)

saya sedang merindui kawan baik saya Nor Fasihah Yakub

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Skuad Harimau muda!!!!!!!!



NGAUMMMMMMMMMMM!!!!
cayalah Skuad Harimau Muda Malaysia..
kebetulan hari nie Sultan Johor punya besday so, kami warga UTHM pun cuti...heheheh..
so SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR!!! [menyelit sikit]
Dayangku a.k.a Dk housemate ku mengajak saya & kak Shira ke kedai mamak??? what?? mamak? kita pergi u jela...kata saya. malu la lepak kedai mamak..heheheh
so ke DTII UTHM la kami....
masa mula2 Indonesia menjaringkan gol pada minit ke 5...huh..kecewanya saya...namun begitu pada minit ke 33 Malaysia menjaringkan gol plakkk..wah bangga sihhhh... dalam dewan tue ta payah cakap la..dengan sorokan dari penonton..ha yang paling ta boleh bla..bila time penalti..heheheh.."aku ta nak tengok dah...aku takut aku kecewa.." kata saya selepas Fakri ta berjaya menjaringkan gol..:( [ta pe awak,,,nt cuba lagi..cewahh!]
dan akhirnya berjaya juga mendapat pingat emas kan....
hahahahah...see??? bukan main bersorak lagi...:)
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.

Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. -- BERNAMA



Sunday, November 20, 2011

Thanks RimaDania

hyep... thanks sgt2 pada RIMA DANIA
coz beri saya shawl pink yang sangat cantik warnanya..[eh memang pink warna paling cantikkan kan??] heheheehhe...


se-petang ahad yang ta ada keje nie....:)
dan terjadi la pic nie.hehehe
saya try shawl nie...
ha lihat la hasilnya...
pic yang ala2 bangga dapat shawl baru..heheheh

anyway..thanks lagi pada RIMA DANIA..a.k.a Afiah Kamel.

saya sayang awak!


:( menyerang lagi

huurrmm..mengeluh panjang..
bila bangun pagi2...rasa mata sakit jep...
sebelum hari ni..dah perasan pun mata mcm bengkak..
rupanya..tanggapan saya betul..
BISUL DI MATA menyerang lagi...


huurrmmm..sekali lagi mengeluh...sakit...
tahu tak ketumbit???
ketumbit....jenis kedua...yang ada bisul..nampak nanah dalam kelopak mata bawah..
sepanjang duk UTHM nie..saya ta pernah ta pergi PKU..wajib la pergi tiap sem..
siap Doktor tue cakap.. "rekod awak semua pasal bisul kat mata nie.."

teringat sem lepas...doc tue pecahkan bisul..sakit yang amat...menangis ta payah cakap la..ta fikir pun saya student u yang berumur 21 tahun..sakit. sem nie kena dalam kelopak mata bawah..so?? doc tue nak pecahkan lagi ke??? ta kan??

cari info pasal bisul kata mata nie..:(

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan
nanah atau abses.

Perebakan
Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul
yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh
merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan lokasinya
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia
dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar
lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya
disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak
merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau
jerawat.
Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian
yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung,
muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali
sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung.
Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.
Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.

Thursday, November 17, 2011

Tahniah

Tahniah kepada adik2 yang dapat UPSR 5A..
bukan senang kan nak dapat 5A???
saya dulu pun ta dapat 5A k..
tapi budak2 sekarang...
amboi...
pejam mata dah nampak A..heheheh

teringat zaman sekolah rendah dulu..
dari darjah 1 ke darjah 6..
perkara paling ta boleh lupa bila!!! saya fail BM masa darjah 4 kot..
kena marah :( tahu tak kenapa??
hahahhahaha..kerana...saya salah letak jawapan masa hitamkan paper!!!!!!
oh no!!!!!!!! mcm apa!!!
no.1 jawapannya di no.2
no.2 jawapan no.3..
dan tiada jawapan di no.1
masa cikgu kutip jawapan..baru perasaan no.1 ta ada jawapan!!!! huh! maen letak jep jawapan tuk no.1 time tue..menyesal sgt. ta tgk betul2.

then result dah keluar..saya kena panggil dlm kelas!! huh! [malu sgt] tp time tue... budak2 kan..
saya nangis depan cikgu..
bila saya ceritakan hal sebenar! [nangis?? saya kan perempuan]

lepas tue..saya belajar sungguh2 dapatkan A utk pemahaman dan penulisan..

dan subjek paling saya benci masa sekolah rendah dulu...matematik!!!! huh.. tertekan time tue..
tertekan coz cikgu tue asyik nak denda je...masa tuhhhh mencinyyyyyaaa cikgu tue..hahaha
tapi sekarang..cikgu...cikgu la saya paling ingat masa zaman sekolah!
Cikgu Salwana & Cikgu Nizam..hehehe
Cikgu Salwana tue asyik cubit jep...cikgu Nizam dgn rotan nya..
"sapa salah 1 naik atas kerusi" saya selalu lah kena!!!!
UPSR dapat B je? tue dah kira pandai tau!! haahhah..masa tgk result UPSR.."pandai jugak aku"..hahah
korang memang cikgu matematik terbaikkkkk..
sampai ke sek.menengah saya jatuh cinta dgn matematik! terima kasih cikgu Aisyah :) dan ta pernah dapat B dah..asyik A jep..hahahahah :) [ooppss..ta baik riak]

tapi nak bagitahu...UPSR bukan segalanya..saya dah lepas UPSR..PMR...SPM..dan diploma....walaupun SPM ta sehebat PMR..tapi bersyukur kerana dapat sambung Diploma...dan masih bercita-cita utk sambung belajar...alhamdulillah.. kawan-kawan yang UPSR dulu 5A..sama2 dengan saya masa Ijazah..:)
see? kita berusaha lebih pasti dapat lebih kan??
InsyaALLAH..jika diberi kesempatan..teringin nak sambung Master lagi...

p/s : gagal sekali tidak bermakna gagal dalam hidup atau tiada peluang utk berjaya...kegagalan dulu lah..yang membuatkan kita berjaya sekarang..:)


Wednesday, November 16, 2011

Menghargai Bila ia ada

walaweh..
malam nie saya ada test kot!!! hehehhe
cop! update blog sat..hehehe

menghargai?
apa yg perlu dihargai.
hurrmm.ceritanya begini..

seorang kawan saya menceritakan bahawa dianya..
dilamar oleh si jejaka A. ooppss silap..[si A meluahkan rasa sayang..dan mengharapkan..ehem...together larh!]

kata saya.. tiada masalah utk terima A kalau dia ok.baik.serasi atau sama dengannya.

kawan saya kata..masalah hati timbul?

masalah hati??
kenapa? kau sayang ke tak si A?

katanya..SAYANG.. tapi hati dia sedang menyayangi orang lain...si B

okay..si B sayang kau tak?

katanya..pernah si B kata sayang...skrg??? ta tahu.[sayang tapi...maybe as fren..hahahha..jahat mulut saya!]

okay..si A menyayangi kau ikhlaskan? dia nak terima kau seadanya kan?? dia sayang kau..kau sayang dia.. so ta salah kau terima dia..

abis macam mana si B?
menyayangi ta semestinya memiliki kan?

so..anggap je la si B sayang itu sebagai kawan...
hargai org yang betul sayang pada kita..

p/s : kepada diri sendiri dan kawan2.. menghargai seseorang w/pun jauh disudut hati menyayangi seseorang.. sayang orang yang menyayangi diri kita..ingat..kadang2 kita rasa seseorang itu layak utk kita...tapi sebenarnaya buruk buat kita...kadang2 kita rasa seseorang itu tidak layak utk kita..tapi sebenarnya baik utk kita.


Monday, November 14, 2011

Test!!!!!!!!!!

hahahhaa
memang bahagia la kan..
menjadi seorg student nie..

esok..15/11/2011 ada test!!
FORECASTING

16/11/2011 ada test lagi
Management Information System.

study?
hurrmm..
ada sikit ilmu di dada..
tapi belum bersedia nak jawab test..

tgk?? duk update blog kan nie???
okay...papai..

p/s : ta salah pun nak update blog..bagi rest otak sat..heehehhe..anyway.. saya harap saya boleh tuk jawab test... chayookkk!

mekasih kawan-kawan

mekasih pada kawan-kawan atas semangat dan nasihat
yang u all berikan pada enrty 11/11/11 tuh..
saya dah delete dah entry tuh..

thanks sgt u all bagi semangat..

:)

Thursday, November 10, 2011

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

hyep..saya masih join contest lagi..hehehe..
macam ta banyak esemen jep kan.heheh..
jom la join.. lau nak join..klik sini tau! sebelum 13 nov 2011 before 10.00am tau.


nama sebagai Blogger
Princess LaLoLi

Nama Blog
Queen Of Heart

Tahun Mula berblog
2009

target blog 2011?
..nak rajin2kan diri update blog..hehehe
..nak meriahkan blog..
ramaikan follower..:)

hooraaayyyyyyyyyy! dalam takut rupanya boleh :)

alhamdulillah...
saya dah ada lesen moto setelah dari tahun 2009 dok renew sampai sekarang...
huuurmmm..bayangkan..lamanya lesen L moto saya..
hehehhee..
kereta pun dah dapat lesen besar..
baru hari nie..saya berani amik test JPJ..
[hahahahaha..gelakkan diri sendiri.. kerana takut lalu titi]
kes nya..takut jalan atas titi jep saya ta pergi test tau..
[tgk?? keyakinan ta ada kan dalam diri??] jangan ikut cm saya nie..
kerana kita perlu yakin dengan diri sendiri kan?? kan??
kan??

dalam takut rupanya..saya lulus..:)

Wednesday, November 9, 2011

contest barang paling sayang

banner Nur..
jom la join contest nie..klik sini
laupun dah due date..saya ta peduli...nak join jugakk..hehehehe..
ha ini barang yang paling saya sayang??
kenapa saya sayang??
kerana
dia banyak berjasa kepada saya..
banyak kenangan dari hp nie..
tahun beli May 2007 sehingga sekarang 2011
lama kan??
pernah tau dy meragam..mintak tukar batery..
okay saya layan..
pernah tau dy meragam...mintak kawan baru..
okay saya layan..saya beli nokia..
tapi kawan dy ta bertahan lama..skrin rosak...memag hp lipat mudah rosak..hahaha..
K810i masih lagi bertahan..
sepanjang guna...3x dy mintak tukar batery..
okay ta pe...sebab dy barang paling saya sayang..saya sanggup!
tapi dy mintak kawan baru lagi..saya bagi samsung.
w/pun..saya ada samsung...saya tetap sayang K810i saya.

saya akan sayang dy..sampai akhir hayat dy..
hehehehe..

tapi ini ta bermakna saya ta sayang barang2 lain...

Monday, November 7, 2011

Sehari Di aidilAdha

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
pagi2 bangun.. mandi sunat hari raya.
ke masjid.solat hari raya.
balik masjid baru makan [ta tahu masa dlm masjid...perut asyik berdendang lagu rock dah] ke tempat korban lembu?? oh tidak la...nanti saya ta leh makan lembu tue puas2 plak..so nenek & makcik ku jep ke sana.

hehehe..okay..
destinasi kedua.
Tanah Perkuburan Felda Keratong 01, iaitu kubur Arwah Abah..yang dah lama tinggalkan kami..sejak 9tahun lagi..dan setiap tahun kami ta pernah lupa utk menziarahi kubur abah.

ke destinasi ke 3..rumah akak ipar..makan bihun sup daging+perut!!![nyammi! sedap!]

destinasi terakhir ke rumah nenekda ku...
haa..lapa lagi..TAPI..kena siang daging dulu.heheh..
okay..memang best la kan..:)
petang baru leh makan....nyami..nyamiii..
malam??
jeng jeng jeng..cucuk satay! bakar satay!
[kalau yang hitam sebelah tue..saya yang bakar]hehehe..
banyak nya makan

walaupun..ta ramai tahun nie sama-sama meraikannya..[pakcik balik kelantan..kehilangan seorg makcik yang selalu memeriahkan rumah nenek]
tapi..saya tetap bersyukur kerana masih lagi dalam keluarga bahagia.

ha nanti saya wat entry tuk gambar sehari dihari raya k..:)

Saturday, November 5, 2011

Contest Pilih Watak Kartun Anda Paling Comel

warna kegemaran Pocoyo ialah Biru..comel kan dy?? sebuah kartun animasi dari sepanyol..:) yang menceritakan seorang budak yang mempunyai semangat ingin tahu..:)
comey kan??

nak join? klik sini
jom..join..:)

Thursday, November 3, 2011

pencarian blog follower bawah 500


nak join? klik sini

tarikh tutup 11/11/2011 2pm. :-)

Jawab soalan Zaien :-)

Kau jenis orang yang macam mana ?

Ø Sangat simple..suka berkawan..:-)

Ada bestfriend tak?

Ø Ada..:-)

Suka lelaki/perempuan yang macam mana?

Ø Lelaki macam Ashraf Muslim okay?? Hahaha…

Apa kebaikan bercinta waktu belajar?

Ø Time tensen belajar mesej dengan Bf..lepas tensen kat dy..hahahahaha

Apa tabiat buruk?

Ø Suka menyanyi..tapi suara..kalah Misha Omar..kelas kau jah!

Belajar kat mana?

Ø UTHM,Batu Pahat.JOHOR.

Nama manja apa?

Ø Ida

Apa hadiah paling kau sayang?

Ø 2 Gelang Emas dari maa J

Sayang Bestfriend macam sayang adik beradik tak?

Ø Sama ke? Tak kot.lain.

Suka najwa latif?

Ø Suka..cintaMUka Buku.

soalan aku pelik ke?

Ø Ta pelik pun..simple..suka jawab..heehhe..sbb banyak dah jawab soalan org.hahaha

Jawab soalan Rima Dania :-)

Apakah maksud disebalik nama anda?

· Si gadis comel..hehehehe…

Kenapa anda suka berblogging?

· Suka sebab ia ta bosan..menulis apa yang kita nak tulis..ada orang kisah?? Saya tak kisah..hehehe

Anak ke berapa dan nyatakan kelebihannya?

· Anak ke-2..kelebihan?? huuurmmm..seorang akak yang baik..hehe..ta suka marah2 adik…tapi suka membebel…hehehe..menjadi contoh kepada adik-adik…ikut jejak belajar sampai tua..hahahaha..insyaALLAH.

Cita-cita nak jadi apa? Kenapa?

· Huurrmm dulu masa kecik nak jadi Cikgu..tapi ta dapat masuk IPG..masuk ler politeknik…pastu masih lagi berkeinginan menjadi seorang Guru..NAMUN BEGITU..UPSI ta nak amik saya masuk U sana..so UTHM jep baik hati kan? so..masih lagi bercita-cita sebagai Pendidik..iaitu Pensyarah..

· Kenapa?? Hurrmm..bagi saya mendidik adalah kerja mulia.. saya suka kalau nak ikut jejak langkah seorang pensyarah saya masa zaman politeknik..baik..mcm seorg ibu..:-)

Senarai azam 2012?

· Saya nak dean list lagi..:-)

· Saya nak beli satu benda nie..memang dari hasil duit kumpul saya sendri..barang apa?? Rahsia.

· Saya harap saya masih dengan dia.

· Actually banyak la lagi..tapi ini je mampu taip..heheheh

Kalau shopping, selalunya suka tengok apa??

· Kasut! Tapi ta beli pun..usha harga dulu..oh My..mahal! sokay…tunggu ada duit dulu.hahaha..selalunya mcm tuh.

Kalau jalan-jalan suka pakai dress up yang macam mana?

Simple jep..ikut mood..lau nak bergaya sikit..pakai skirt labuh..dengan shawl..tpi selalunya pakai jeans..dgn blous/kemeja.:-)

Teringin nak melancong kat negara mana?

London! Korea.!

Misi dan visi hidup?

· Dari dulu ta pernah berubah..ingin menjadi anak yang membangga kan ibu bapa dan keluarga..juga menjadi solehah kepada sang suami..:-)

Ciri-ciri bakal husband yang anda nak?

· Mcam Ashraf Muslim?? Okeh?? Hahha..sejujurnya..dia boleh bimbing saya..mencapai visi dan misi..hehehe..

Pic paling cool??

cool ke?? hahahahaha.

Tuesday, November 1, 2011

Jawab 11 soalan.:-)


mekasih pada Tipah coz sudi tag saya...:-) cuba sedaya nieh utk siapkan blog nie..[padahal tensen tadi jawab test pom..] hehehhe..macih..maciihhh...

The Rules

1.You must post this rule

2.Each person must post 11 themselves in their journal

3.Answer the question the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer

4.You have to choose eleven people to tagged and link them to the post

5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER

6.No tag Back!

7.No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAG IF YOU READING THIS" YOU LEGIMATELLY (a.k.a REALLY,TRUST,WITH ALL HONEST)have tagged 11 people.

11 perkara tentang saya J

1- Saya simple jep..ta ada yang menarik sangat lah..suka bercerita J

2- Saya suka color biru muda.

3- Saya SANGAT suka froggy.

4- Saya akan bagi froggy bank saya makan syiling setiap hari..:-)..sangat sukakan duit..hahaha.

5- Saya sangat benci cicak!! Geli! Cicak jahat…pernah masuk baju saya!

6- Saya akak kepada 4 adik..juga adik kepada seorang abang..:-)

7- Saya juga ada lesung pipit..tapi sebelah kiri jep..[ta nak kalah dengan Tipah]hehehhe.

8- Saya juga berspek mata..tapi kadang2 jep pakai..time dalam kelas jep..

9- Saya bekasan pelajar akaun time diploma dulu..now degree saya dah berubah hati pada management..:-)

10- Saya dilahirkan pada 19/10/1989 dari pasangan Sallehuddin dan Zakiah.

11- Saya tahu menangis bila menghadapi kesukaran yang amat..then call maa..lagi menjadi2 nangis..okeh!

11 perkara yang Tipah nak tahu ye..:-) ha na..ini dia..

1- sape yang kamu call last sebelum tido semalam?? *tipu dosa..heee~*

· for sure..ibu saya..a.k.a maa saya lah! Sumpah ta tipu.hehehe.

2- pilih sorang kawan dan apa yang istimewa pasal beliau??

· Dia? Tersangat istimewa..dia suka buat saya geram..suka cari pasal..kalau dia cakap A..saya kata B..ha..itulah istimewanya dia..coz saya tetap bahagia walaupun tak sekepala dgnnya.

3- tempat yang nak sangat pergi..

· kalau dalam Malaysia..nak sangat pergi..Langkawi for second time..maybe..kalau Oc. Saya nak pergi Mekah! J

4- ciri-ciri suami/isteri yang akan kamu jadi bila da kawen..

· dia boleh bimbing saya.menjadi isteri yang baik..:-)

5- tabiat yang tak leh buang dari dulu sampai sekarang..

· hehe…suka tangguh2 keje..hehhehe

6- rase2nye apa yang sebabkan tipah comel??

· Ha tahu!!!!!! Awk punya lesung pipit! Dalam…lebih dalam pada lesung pipit saya! Hehhe

7- apa yang patut tipah ubah pada diri tipah nih...

· kalau demam..jangan makan banyak tau!

8- suke makan bihun, mee atau kueyteow???

· Kueyteow!

9- pepagi bangun tido prefer kentut or korek hidung??

· Ooppss..malu.hehehe..

10- kalau awek/balak tinggalkan anda..agak2 ape pesanan anda untuk si dia?

· Bajet awak sorang je lelaki dalam dunia nie??? Pesanan saya..awak jangan menyesal tau tinggal saya..coz memang ta pernah jumpa dah perempuan cam saya..heheh :-b

11- cinta sebelum or selepas kawen?kenapa?

· saya nak cinta selepas dan sebelum…kerana..kasih sayang sebelum kahwen adalah terhad..iaitu ada batasnya…jadi cinta selepas kahwen..kasih sayang itu mungkin lain utk diungkapkan…kan?? kan?? setuju ta?? ehehehe

soalan saya pada yang mereka di tag.:-)

1. siapa perlu korang terima cintanya..yang disayangi atau yang menyayangi?

2. Hadiah terbaik utk yang disayangi/menyayangi.?

3. Harapan korang utk yang disayangi/menyayangi.?

4. Bila seseorang buat korang kecewa..apa korang buat? Maafkan..atau…berdendam?

5. Kalau ibu korang tak merestui hubungan korang…korang nak buat apa?

6. Kata-kata pada si dia..andai terpaksa lepaskan si dia kerana cinta terhalang oleh org tua?

7. Kalau tak dihalang oleh orgtua..korang nak kahwen time umur berapa?

8. Kahwen nanti..nak pakai baju color apa?

9. Nak anak berapa orang??

10. Kalau dah kahwen nanti..kat mana tempat menarik yang korang nak pergi dengan husband/wife?

11. Hadiah yang korang harapkan dari seorg suami/isteri.

tag pada mereka :-

iekabeans

fiya

MisPinuyu

awin

Jus

ain Rosli

Zue

AzSyraf

Budak Namo Biey

Effa

Ain Najib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...