nuffnang

Monday, August 29, 2011


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Kepada

Mereka yg dicintai, disayangi & dikasihi

Juga!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54

Kepada

Semua Rakyat Malaysia.


pic asal Kad Raya nie saya dapat dari blog nie sebab saya suka pelita tue..sangat cantik! so saya edit mengikut cara saya... harap maaf ye tuan blog tue..

Sunday, August 28, 2011

Nak sgt makan pizza!

lagi berapa ary lagi nak raya.
mood berbuka memang kuat kot..
time berbuka kalau boleh nak makan semua yang kita suka kan?
hehehe..
so hari nie kan. saya memang TERINGIN sangat nak makan pizza BUATAN sendiri.
hahahaha..
ta kisah la maa ke sape2 ke nak buat kan..
tapi yang pasti BUATAN SENDIRI.
uurrmm
memandang saya je teringin kan.. maa pun malas nak buat..
so saya search --------> resipi pizza
*
*
*
*
*
jeng jeng jeng dapat pun!

RESIPI PIZZA <-----KLIK SINI kalau nak tengok resipi tue..hehehe

lepas balik terawih...operasi memasak di mulakan..
hahaha..
dengan bahan yang ta berapa cukup...
tepung roti...saya jadikan tepung gandum..
ha...isi dada saya tukarkan pada sosej..

siap sudah! [lupa nak amik pic nak upload dalam blog nie..]
pizza dh masuk perut lorrrhh..hehehe..
maa puji! maa ckap sedap..
ahak! tengok org la kan??ooppss! ta baik riak..hehe.

jom tido!
bangun awal tau!
bangun solat malam! mencari lailatul qadar.
bersahur!

Anyway! selamat bersahur semua!


Friday, August 26, 2011

Lailatul Qadar

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

[2] Isnin –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

[3] Selasa atau Jumaat –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

[4] Khamis – Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

[5] Sabtu –Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar

Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata :

Bahawasanya Nabi S.A.W beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Doa pada malam lailatul Qadr

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني Allahumma innakaafuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni,”

“ Ya Allah sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan, maka ampunilah daku”

P/s : semoga kita mendapat ganjaran lailatul qadar. J selamat beramal.

Wednesday, August 24, 2011

saya redha

PADANG LUAS - Dua maut, manakala dua lagi parah dan seorang cedera ringan dalam satu kemalangan ngeri melibatkan dua kereta di Kilometer 26, Jalan Temerloh-Bahau, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Rafieh Haron, 52, yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa secara bersendirian, manakala Salmiah Ahmad, 59; Md Ferdaus Muhtar, 36; Norfazilah Abdullah, 24 dan Muhtar Lateh, 64, masing-masing menaiki kereta Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa, Rafieh dan Salmiah meninggal di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa ini meninggal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain pendarahan teruk di bahagian anggota badan yang lain.

“Sementara itu, dua lagi mangsa, Md Ferdaus cedera parah di bahagian kepala dan perut selain patah kaki kanan, manakala bapanya, Muhtar pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zahid berkata, seorang lagi mangsa, Norfazilah hanya mengalami luka di bahagian kaki namun pengsan semasa kejadian itu.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Md Ferdaus berjaya dikeluarkan dari kereta kira-kira jam 1.44 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Padang Luas untuk rawatan susulan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh,” katanya.

Mohd Zahid berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Md Ferdaus dari arah Temerloh dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kereta Perodua Kelisa.

Katanya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kematian? Kehilangan? Perkara yang saya takut dalam hidup. Kehilangan orang yang kita sayang. Kematian yang mengejut dan tak disangka-sangka. Masih terngiang-ngiang suara tok iman membaca talkin di tanah kubur. Rasanya baru semalam saya bergelak tawa sambil membuat kuih bersamanya. Masih terbayang wajahnya yang redup dan tenang. Saat di bilik mayat, terbujur kaku, jahitan dikaki, luka-luka dikedua tangannya dan pendarahan yang teruk. Kemalangan yang meragut nyawanya.

Seperti seorang anak menangisi pemergiaan seorang ibu, begitu juga lah saya yang merasai kehilangannya. Selama 1bulan 16hari saya bekerja, arwah lah tempat saya berkongsi kasih saat berjauhan dengan maa. Saya dilayan seperti anak sendiri .Kena marah macam anak sendiri. Dimanja seperti anak sendiri. Berkongsi suka duka juga seperti anak sendiri. Buatkan saya kuew tuew kegemaran saya untuk berbuka puasa. Gaji kedua saya, saya hadiahkan sepasang telekung buatnya, dan saya pasti arwah belum gunakannya.

Dalam pukul 2pm, maa dapat call dari Mak Do [makcik kedua], maa menangis…saya turut menangis bila diberitahu. Rasa hati terhiris, sakit sangat dengar berita tue. Rasanya baru 2hari lepas saya kerumahnya tapi arwah tak ada tapi saya sempat berbual dengannya di dalam hp. Dia sempat pesan pada saya amik kuih muruku yang baru dibuat untuk hari raya nanti [Terkilan sebab tak dapat buka puasa sama, coz saya nak balik cepat!] setelah dapat berita kematiannya. Kami bersiap untuk ke Hospital Temerloh. Saya pakai jubbah hitam kerana sememangnya janji kami untuk pakai jubbah pada raya tahun ini. Tapi hajatnya tidak kesampaian.

Sememangnya orang islam tidak baik untuk meratapi pemergian seseorang kerana sudah tertulis yang hidup akan mati jugak. Tapi hati siapa yang tahu, saya cuba bertahan. Sedih! Sedih sebab sayang. Sedekahkan yassin buatnya. Saya berpeluang untuk memandikan jenazahnya dan mengkafankannya.Ya ALLAH ampunilah dosa makcikku. Mencium untuk kali terakhir sebelum kain kapan diikat.

Jenazah di bawa pulang kerumah selepas berbuka puasa. Sekeping roti dan air kotak milo cukup bagi saya untuk rasa kenyang. Jenazah dikebumikan selepas solat terawih. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam orang yang beriman. Amin!

p/s :kita yang hidup ini pasti akan mati. Beramallah seolah-olah esok kematian menjemput kita. Hanya amalan dan doa anak soleh yang sentiasa mengiringi kita. Berhati di jalan raya ingat orang tersayang, jangan kerana kecuaian kita. Orang lain menjadi mangsa. L

kucing tue :-(

Saya sayang maa saya. dan saya juga tahu semua ibu di dunia ini sayang anak-anak mereka. Tapi apa kaitan kucing & saya? saya suka kucing? Ohh..no!!. tapi tidak suka bukan bermakna membenci. Cerita pasal kucing. Tadi, pulangnya saya dari solat terawih. Saya singgah beli topup. Hhurrm..”la..pasal pulak kucing nie.. tak takut mati ke? Duduk tengah2 jalan.”..

Memandangkan saya bertelekung lingkup, tak kan nak turun pergi beli topup. So adik kesayangan saya yang tolong belikan. Masuk je kereta.

“kak ida, kesian.. tengok kucing tue..patut la dy duduk tengah jalan. Anak dy dah mati.”

Hah! Saya terkejut jugak! Berusaha nak tengok. Free kan balik gear.

Ala..sedihnya saya. ada orang langgar anak dia. L. Patut lah kucing tue tak berganjak dari situ.

Siapakah yang tidak berhati perut itu! Atau sebenarnya orang tue pun tak sengaja langgar.

Sedang asyik duk tengok2 reaksi kucing tue.. kereta Gen2 kaler merah lalu! Perhhh! Memang tettttt!!!!! Tak mengelak langsung! Hhuurmm.. simpati pada kucing tue. Mesti kucing tue sedih kehilangan anak dy kan?

Sama juga macam saya, bila saya kehilangan orang yang saya paling sayang atau orang yang paling rapat dengan saya. saya sedih, kadang kala tak tertahan sampai mengeluarkan air mata. Mesti kucing tue nangis kan. Hhuurrmm uhuk..

So….dari penulisan saya nie, moralnya ialah sayanglah haiwan, berhati-hati ketika memandu, ingat! Bukan awak sorang je yang ada kereta, tak perlu bawak laju-laju sampai membahayakan org sekeliling… dan hargai seseorang yang kita saya. I love my family & including u!

Saturday, August 6, 2011

Pengalaman Kerja selama sbulan 16 hari!

pengalaman kerja selama sbulan 16 hari
sebagai Cashier.
masuk kerja 9.15 am. Setiap hari kena kira duit cash sebanyak RM567.00. setiap sorang kena pegang satu kaunter. setiap hari juga sistem rehat bertukar. putaran sistem 1,2 & 3.
sistem 1 :11.45am-12.45pm, 4.45pm-6.15pm
sistem 2 :1.15pm-2.15pm, 6.45-8.15pm
sistem 3 : masuk kerja 11.30 am, 3.30pm-4.30pm

lepas masukkan cash dalam drawer, tugas masing mengikut kaunter.
kaunter 1 : basuh kain
kaunter 2: sapu sampah
kaunter 3 : mop lantai

uurmm..pengalaman mcm nie la buat saya lagi semangat nak terus belajar dan belajar..[penat kot kerja jadi orang bawahan..syoknya jadi bos].

24/7/2011 saya resign.
pengalaman yang ta kan pernah saya lupakan. ia bermakna.

tercipta kenangan antara mereka-mereka yang memberi tunjuk ajar pada saya.
Arif
Kak Noli
Kak Baya
Kak Zai
Kak Nani
Kak Liza

nie kenangan bersama mereka...berbaju hijau..itulah baju uniform kami.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...